Friday, May 31, 2013

Cuti - Cuti Utara : Perjalanan Kota Bharu - Kedah

Wahh.. eksaited ni nak hapdet blog... Sebab ada banyakkkk gambar dalam phone...haha... So haruslah kita story mory kann... Oke, jomm!

Perjalanan dimulakan seawal jam 4.30 pagi. malam tu punya lah eksaited...dapat tido 2 jam je kaww... kol 12 lelap, kol 2 pg dah terjaga tak leh tido...pastu siap2 terus la... jam 4 kejutkan anak2...mandi siap... Turun dari rumah kol 4.40 pg camtu la... pastu elokk dah nak sampai Pasir Mas, tetiba teringat baju nk pakai gi kenduri elok tergantung kat pintu bilk lupa nak bawak!

Apalagiii....bersedia tadah telinga dengar laki membebel...nak tak nak memang kena patah balik... so, start semula perjalanan dalam kol 5.10 pg camtu. berenti Subuh di area Ayer Lanas kalau tak silap. Lepas tu perut dah mula berkeroncong, start lah cari kedai2 makan...

Sekali melintas Banjaran Titiwangsa...

Subhanallah... 

Masa ni dlm pukul 7.50 pg... memutih awan tawww... cantik sangat pemandangannya. First time ni nak lalu Grik... taktau plak ada pemandangan macam ni kat atas sana. Sejukkkk sangat!



 bebudak ni pon tak tahan berlama-lama kat luar... Cepat2 amik gambar dan terus ajak masuk keta.






Dalam setengah jam macam tu kot kalau tak silap, kitorang sampai plak kat tasik Banding ni... Subhanallah... tak kurang cantiknya pemandangan ngan kat atas tadi.... pagar ni bukan senget, tapi sebab snap masa keta tgh bergerak kann.. matahari tengah naik tu, dlm kol 8.30pg camtu



Then nampak ada exit ke Jeti Pulau Banding, kitorang pon turun lah dengan harapan ada kedai makan, yes! Kedai baru bukak... Kitorang merasmikan nasik lemak kedai ni...haha... taste? tak lah sedap sangat tp boleh la buat alas perut. Makan panas2 kat tempat sejuk ni semua pon rasa sedap.


yg sedapnya sebab ikan bilis baru goreng, panas2 lagi dan rangup! harga pon standard je.. 8 hengget 9 kupang kata pakcik tu untuk 2 gelas air dan 2 pinggan nasi lemak. Anak2 bersuap je.


Ni lah jeti Pulau banding... tempat ni sesuai sangat utk kaki pancing dan orang yang suka relax kan otak...


Ok... tu je utk starting... nanti kita sambung bila dah sampai Kedah atau lebih tepatnya Sungai Petani.

P/s:  Korang pernah tak buat kerja patah balik ni? 

Monday, May 20, 2013

Jalan-Jalan Kenyangkan Perut: Nasi Lemak Bersinar


Edisi jalan-jalan kenyangkan perut hari ni adalah untuk kategori sarapan ye kawan-kawan. Jangan lupa ambil sarapan biarpon anda nak diet. Sebab makan pagi ni sangat2 penting untuk membekalkan tenaga seharian kepada kita. Ewah! Dah macam pakar pemakanan plak. 

Oke, Nampak tak tu logo Nasi Lemak Bersinar? Curlastt kawww... nampak up sket tarafnya dari nasi lemak tepi2 jalan. Bukan nak condemn nasi lemak tepi jalan taw... tapi di kelate ni sangat payah nak dapat nasi lemak tepi jalan yang sedap macam kat tempat lain. Kalau nasi kerabu...nasik dagang...nasi berlauk tu bersepah2 la kan.

So, bila berkenalan dengan Nasi Lemak Bersinar ni aku terus falling in love. Biar pon harganya aku rasa agak2 mahal. Oke, kita tengok dulu signboard yang ada kat luar kedai ni. 

Kedai ni terletak betul2 depan Air Kelantan di Jalan kuala krai. Dan yg bestnya kedai ni bukak ari Jumaat di saat banyakkk kedai kat area opis tutup.

Waktu operasi? 7 pg- 12 tghari je ye.


Dan ni menu aku seperti kebiasaannya:

Nasi Lemak Kosong + Telur Mata Kerbau = RM 2.50
Sambal Sotong = RM 1.50
Paru Goreng = RM 1.50

Maka total menu dalam gambar di bawah is RM 5.50


Yang ni pulak aku slalu tapau... Siap ada kotak weii... Sebab tu aku panggil kedai ni restoran nasi lemak segera.. ala2 fast food la.



Ceritanya macam ni. Kau pergi oversea. Segala jenis makanan Malaysia harga mencekik kan? Haa...camtu lah situasinya dengan aku ni. Tapi sebab rindu... dan rasanya yg ok la, sedap. So..mahal2 pon makan jugakk...












Thursday, May 16, 2013

Jalan-Jalan Kenyangkan Perut: Mee Cambo di Bazar Tok Guru


Baiklah kawan-kawan...kembali lagi kita ke rancangan Jalan-Jalan Kenyangkan Perut ye. Kali ni kita isi tank masa lunch semalam. Mak buyung kat opis ajak makan mee cambo kat Bazar Tok Guru.

Mee Cambo ni kalau tak silap aku mee cambodia. Ala-ala mee sup. Lauknya daging dan perut. Tapi kalo tak makan perut tu boleh je request tak nak. Kita boleh pilih samada nak mee/ bihun/ kuey teow kasar/ kuey teow halus. Semua ada. 

Cuma kat MF Mee Cambo ni tak leh datang lewat sangat. Macam aku gi semalam dalam kol 2.30 kot. Nasi Air dah licin... mee cambo pon dh last2 tu. Lepas dari aku...ada 3-4 org makcik2 dtg nk makan dah yilek. Rumusannya, kalo teori aku laa... kedai yg laku ni maknanya menu dia menepati citarasa ramai :)


Tengah-tengah lepak makan tu tetiba ada la budak laki ni tegur tanya kitorg dari Hot ke. Jawab je la kan.. Mak aihh mulut budak ni macam bertih jagung...haha... mintak aku tolong pomot dia jadi deejay jugak. Pastu siap tanya twitter aku apa...dia nak follow. Ok abes citer kat situ.

Yg kat bawah ni kedai yg sama jugak. Aku perasan budak laki tu keje kat sini. Suka tengok dia layan pelanggan. Orang oder laicikang. Terus terang dia cakap boleh, tapi bahan tak berapa cukup ni kak. See... jujur kan? No wonder kedai ni laku. Ramah tamah org2 kerjanya...


Dah balik opis, belek twitterr.. OMG! Budak laki tadi rupanya owner kedai nii... memang tak sangka. Sebab nampak budak sgt2. Taktau siapa sebenarnya budak tu...tapi follower di twitter ada dalam 13.5K kawww... must be somebody....

And i guess... MF stands for - Mohd Faizal. Maybe!



Wednesday, May 15, 2013

Resipi Kerabu Megi Ala Thai


Errr... hah? Gambar tak cukup menggoda ek? Tu laa...dah masuk bekas tapau baru teringat nak snap gambar... Malas nak hias2 bagai...terus snap! Tapi kalo nak tengok gambar yg versi lagi menggiurkan klik SINI la deh. Walau dah masuk tahun ke 2 menetap di KB tp baru tahun ni aku berkenalan dengan kerabu megi. Semuanya disebabkan PESTA THAI tahun ni. Padahal tahun lepas pon dah pegi, tapi napa tah tak terliur pon tengok kerabu ni.

Disebabkan rasanya marvellous, maka aku beli sekali megi cap siam masa pesta tu. Tapi disebabkan tak reti nak buat sendiri...dan lupa nak rujuk cikgu google, maka leburlah megi tu menjadi megi tomyam yang pedas giler babas... siyes pedas! Sampai buang je tak leh makan.

Then bila timbul rasa nak try lagi, megi siam tu dah abes... aku google, orang kata guna megi cap Ruski pon menjadik jugak...so aku try la... guna resipi campur2... sebab aku pon penah tgk 2-3 kali org siam buat depan mata.. tp taktau bahan.

Dan kali ni, untuk yg keberapa kali tah aku buat. Tapi kali ni guna megi tomyam cap siam ni. jangan risau, ada cop halal. Megi ni senang nak dapat kat area sempadan - Rantau panjang atau Pengkalan kubor. Aku kan duta Kawasan bebas cukai area Kelate... tiap2 bulan mesti nak menapak ke sana. Cari apa pon tak tau. 

Oke, memang beza tekstur megi siam ni berbanding Ruski. Sebab dia tak mudah kembang. Tp Ruski more better la dari megi cap2 lain kat mesia ni. mudah kembang adalah tak sedap untuk kerabu.



*Abaikan yg biru tu.. tu adalah bihun sup. Tak seswai buat kerabu megi.

So, let's check out bahan-bahannya :

1 paket megi siam tomyam/ jenama Ruski
Udang/Sotong/Lain-lain seafood
2 sudu besar perahan limau nipis
1/2 biji tomato
1/2 labu bawang besar yg kuning tu
Daun kesum
*Boleh jugak letak sayur macam kubis. Celur sekali dengan megi.


*Rencah yg paling sedap untuk dicampur sekali is seafood ye kawan2 - kerang, udang, sotong, fishball dll. tapi kalo nak letak ayam pon boleh, belasah je...


*Pastikan guna limau nipis ek. Tapi kalau berani nak cuba guna limau kasturi..sila lah try..hehe

Cara-Cara:

Celur megi bersama dengan rencah seafood. Bukan rencah megi tu ye. Dah masak, toskan. Air rebusan tu jangan buang semua sekali. Ambik dalam 2-3 sudu besar untuk campur sekali dalam kerabu megi.

Gaulkan bersama daun kesum yang dihiris nipis-nipis, tomato dan bawang besar yang dipotong bentuk baji. 

Akhir sekali jangan lupa gaulkan dengan perahan limau nipis dan rencah megi tadi. Jangan letak semua rencah megi tu taw! Kepedasan nanti uols. Tapi kalau yg memang makan pedas, korang potong sekali cili api. Haa...baru marvellous namanya!

P/s: Kalau korang datang Kelantan, nak merasa kerabu megi ni...ada dijual di foodcourt Tesco- stall western. Dan di tepi2 pantai Geting Tumpat ramai yang jual. Tempat2 lain aku tak tau :)


Monday, May 13, 2013

Jalan-Jalan Kenyangkan Perut: Ozarah Cafe, Jln Tok Hakim


Amacam intro snowy ice? Cukup menggoda ke tidakk? hahaa.. makin dikata sakit mental aku tengok makin rancak orang dok post gambar makanan ni kan... So, let's follow aku... jalan-jalan kenyangkan perut. Entry ini bertujuan membantu anda2 yang nak melancong di Kota Bharu. Kalau dah cuba segala jenis makanan tradisi yang ada, moh la kita meng'western'kan selera pulak.


Cafe ni namanya Ozarah. Terletak di Jalan Tok Hakim atau berdekatan taman hijau kata orang. Dalam bandar KB ye ni uolss... Kalau nak google.. search jln tok hakim. 


Oke, as per pic. Operation hours adalah seperti yang tertera ye. Menariknya tempat ni ada wifi...yeay! Haha... aku adalah kedekut nak subscribe data plan kat phone maxis ni. Tension beb... kat rumah tak de line. So, kat rumah guna line Digi...tp phone cabuk je kejap2 abes bateri. Memang takleh harap.


And I guess - Snowy ice ni adalah killer menu Ozarah Cafe. Sumpah sedap giler! ice dia lembutt sangat.. err...boleh ke cakap ice lembut? ahahahaa


Yang ni Chicken Chop in blackpepper sauce - suami punya. RM 12.90
Aku rasa sikit je..kuahnya not bad. Cuma dihidangkan dengan telur tu macam pelik sket kan. Mujur anak2 suka giler makan telur..


Dan yang ni Chicken Chop in creamy oregano sauce - it's mine! RM 13.90.
Overallnya, sauce dia menepati citarasa tekak aku. tekak org lain wallahualam.


See... Snowy ice yang menggiurkan seperti kata aku...ini adalah killer menu nya.


Garlic bread + Mushroom soup untuk anak-anak. RM 5.90 
Sup yang pekat! marvellous.


Ok now, untuk anda yg nak tahu harga dan menunya... check it out!







TAMAT





Wednesday, May 8, 2013

Hotel berhantu... Pernah alami?

Selepas hampir 4 bulan terperuk di bumi Kota Bharu, langsung tak bergerak ke mana dek kekangan cuti yang dibekukan... Aku bercadang nak ke Sungai Petani untuk ke wedding member. Rancangan asalnya nak gamble pergi weekend je.. means on monday aku dah kembali bertugas.

Tapi alhamdulillah, di saat2 aku surf hotel sana sini... dapat pulak cuti utk week commencing 25th may nanti. So, apa lagi panjang langkah la weii.... terus bercadang nak ke Penang dan juga Langkawi..

Ke Penang sebab teruja dengan pengalaman bercuti blogger Wahida. Tapi still nak ke Langkawi jugak sebab alang2 dah ke utara kan... Kita balun semua...ahaha. Tengah sibuk surfing nak booking hotel, aku tertarik dengan kg Tok Senik Resort. Sayangnya sebab tak ada kad kredit, so aku tak dapat la rate yang ditawarkan i.e RM 150 semalam. kalau by phone booking - RM 180 per nite.

Disebabkan perbezaan ni aku termenung jap. Fikir habis2an ni nak buat pilihan. Tapi dh 90-10% lebih kepada sanggup utk RM 180 tu. Tetiba mari idea nak review komen orang yg pernah menginap kat sana kan...


haa...amik kaww... terjumpa la kisah misterinya. Memula kuat lagi semangat nakkk jugak. tapi bila fikir2 balik...hurmmm....dengan anak2 kecik, so tak mo lah amik risiko. memang la banyak rumah kat resort tu. tapi buatnya aku yang terkena rumah yg sama, tak ke naya namanya, kan?

Korang pernah ke ada pengalaman pelik2 kat hotel ni?

Monday, May 6, 2013

Deactivate Facebook. Kenapa?

Air laut pasang dan surut.

Ombak kadang-kadang tinggi, kadang-kadang langsung tak ada.

Cuaca cerah, adakalanya mendung.

Hujan rintik-rintik, adakalanya lebat.

Ribut adakalanya manja-manja, tapi selalunya mengganas taufan.


Itu lah sebenarnya yg mewarnai kehidupan kita. Setuju kan? Hati yang selalu disabarkan dengan iman, bila-bila masa sahaja boleh kalah dengan bisikan syaitan. Tambah-tambah lagi bila bersendirian. Syaitan bersorak riang sebab mudah nak menang.

Sebab tu lah dalam dunia ni kita diciptakan berpasangan. Hidup bermasyarakat. Supaya sentiasa ada yang membantu untuk berpesan-pesan andainya kita lalai. Ya. Adakalanya lalai yang hanya beberapa saat bisa membunuh. Membunuh nyawa yang tidak berdosa.

Ya Allah, jauhkan lah syaitan dari terus mendampingi hidupku. Dan anak-anakku.


Friday, May 3, 2013

Romantika De Amor : My Precious Iris (MyPI) by Suami Terchenta!


Opss...sorry, should be by Melur Jelita la kan..ahaha... saja kreditkan khas buat suami yg susah payah dapatkan novel ni pada hari pertama pelancarannya, setelah 3 kali menjejak Bilik Melaka. Oke, malas nak celoteh panjang kisah sadis nak dapatkan novel ni... let's review!

Bg yg tak tahu lagi.. Novel ni merupakan sambungan I Love you Stupid (ILUS). Kisah Iris, Firman Ebrahim, divas, mai tuan, Fatimah, Matt dll...

Jujur kuakui, mula2 belek ILUS - timbul rasa bosan dengan perangai divas Iris n the gang! But slowly rasa itu hilang bila Iris ke Kemboja.

Oke, done ILUS. Now MyPI.

Siri ke 2 ni sangat banyakkkkkk menyemarakkan perasaan kasih dan sayang suami isteri. Seriously said, kalau anda ada berantakan dengan suami, apakata sama2 duduk dan baca novel ini dengan penuh penghayatan... Aku yakin korang takkan rasa nak sia-siakan pasangan masing2 dengan membazir masa utk bertengkar sepanjang masa. Ada erti?

Dan langit tak selalunya cerah, realiti dalam alam rumahtangga. Perselisihan faham pastinya timbul. Tapi cara kita menangani dengan penuh kasih dan sayang, contohilah Firman.

Tak banyak aku boleh review novel ni sebab nak hormati divas lain yang belum membaca. Cuma part yg buatkan aku gelak2 sambil membaca di tengah malam:

"Siput babi konpius.. aku ni siput atau babi... sebab tu dia jalan lambat... jalan sambil berfikir!"

Opss... dan lagi PERINGATAN untuk divass:

AMALAN SUKA BACA LOMPAT2 ATAU BACA BAB ENDING DULU ADALAH DILARANG KERAS - nanti korang jugak yang meroyan tak faham jalan cerita!

Thursday, May 2, 2013

Masuk Kelas MakeUp. Bukan Perfect365 ye....


Oke let's start with tempekan gambar pelajar dan tok guru mekap besar2... ambik feel nak hapdet belog yg nak bersawang ni. Perangai yg kalo xde gambar rasa malas nak hapdet...haha! kenal kan cikgu sayaaaaa...

Leuniey Natasha.

tak kenal? Oke takpelah...sob...sob....

Mula-mula aku terjah kelas mekap ni sorang2...tp balik dapat kenal ramai kawan2. Ni la yg aku cari... bukan nak belajar sgt, sebenarnya lebih kepada nak bersosial... nak kenal orang... Maklumlah dh setahun lebih menetap kat sini tapi masih kurang kawan :(

Partner kat sebelah ni bakal guru. Budak Raub. tapi belajar di KB. Cantik kulitnya. Aku pesan kat dia dah pas ni nak nikah tak payah bazir bayar ratus2 utk mekap. Buat sendiri je dah cantik sangat aku tengok hasil sentuhannya.


SEBELUM


SELEPAS

Ada beza kan? Bukan guna apps Perfect365.

Lepas join kelas baru aku tau apa guna berus2 mekap ni. Dah satu kerja plak skang ni tergila2kan beli berus...hahaa


Yang ni berus untuk blusher :)


Dan ini solekan utk siang hari....simple


Yang kat bawah ni pulak solekan untuk malam.



oke, now dah tahu teknik2 nak kekalkan mekap. best jugak gi kelas ni. At least kalau ada event biasa2 je, tak payah la gi tadah muka kat jurusolek...conteng sendiri ponnn boleh :)

Last but not least, with cikgu yg cantik jelita.... dan kawan2 baru...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...