Thursday, August 27, 2015

Ragam Customer Online

Assalamualaikum semua. 2 - 3 hari ni hati rasa sangat tercuit dengan ragam customer2 online ni. Ada yg rasa nak gelak, ada tu yg x tahu rasa nak marah ke sedih...hehe...bercampur aduk... Biasa kan kita tengok kalau kat FB.. Dah terang lagi bersuluh ada contact number untuk dihubungi, tapi bakal2 customer ni nakkk jugak komen PM.

Yg ni sampai sekarang aku x paham apakah sebenarnya pemahaman diorang ni pasal PM. Tapi aku rasa memang majoriti rakyat Malaysia malas baca. Padahal dah ada reply kat komen2 atas tu... what to do.. but still diorang nak jugak komen PM...hahaa...layan  kan aje lahh


Tapiiiii.... bila dah layan...macam ni pulak jadinya! Hahaaaa....dah kenapa dik ko bagi salam PM. Akak bukan PM...rasa nak nangisss...huwaaa

PM di sini bermaksud PRIVATE MESSAGE. So once kita contact seller tu, tak perlu lagi dah nak pm-pm. Itu la pm nya...err...ada erti ke?


Macam2 lagi ragam customer ni... Kalau nak bukukan memang boleh buat tebal kamus. Yg ni lagi satu. Memang rasa nak tergelak. Pernah tak kita masuk pasaraya, mintak kurang harga produk yg dah sale item? Usah kata yg sale... produk harga biasa pon x dapek dah

So kenapa kita tak boleh treat macam ty jugak pada homebaker macam kami ni..huhu..kesian dik...cari makan buat produk beli brg mentah rega runcit...nak jual rega borong (CONTOHHH) memang nak nangis lah.

Kalau katanya adat membeli...nak la tawar menawar ek? Ok...macam ni lah.. aku pegang 1 prinsip. Kalau bab makanan memang aku x pernah amalkan konsep ni. Kenapa? Makanan yg nak jadi darah daging kita tu...ko nak mintak tawar2 harga... kalau aku..takut tawar terus rasa makanan tu 1 hal...pastu takut seller tu tak ikhlas bagi ke..haa....macamana tu...kesian sikit beb org yg dh penat lelah buat ni..

Tak de nya dorang menjual sampai boleh g Mekah balik hari. Silap2 hasil jualan itu je la nak suap anak bini kat rumah. So next time beringat sikit ye kalau nak amalkan ADAT MEMBELI yg satu ni.

Ok tu je lah nak share... buat panduan kita bersama...


Tuesday, August 25, 2015

Bye Bye Hot FM Kelate. Selamat tinggal MPRN.

Lambat benor good bye wishes nya...haha... tak pe la at least ada jugak dicatatkan dalam blog. Senang bila anak2 tanya esok lusa bila mama berhenti kerja. Kenapa mama tak de lagi kat radio...and so on... Budak2 once bukak mulut macam2 soalan la ye tak.

30 April merupakan hari terakhir aku berkhidmat di Media Prima Radio Network di stesen radio Hot FM Kelate.

Kenapa berhenti??? Tak sayang ke???

Gilerrr tak sayang? Hurmm... tapi kan apa boleh buat, nampaknya tak berjodohan panjang di situ. Aku buat keputusan tarik diri sebelum kontrak tamat. Banyak punca2 keputusan dibuat. Cukup la aku simpan sorang2 jauh di lubuk hati gitewww kan... yang penting pokok tak bergoyang kalau xde angin kecuali pokok  berhantu...hahaa

Dan cukup lama jugak masa yang diambil nak timbang baik buruk lebih sana sini. Akhirnya di sini jua aku. Kat rumah bersama anak-anak BUAT MASA INI.

Macam ada perancangan lain je? Opss...

Nanti aku cerita details antara kriteria yg perlu diambil kira sebelum buat keputusan macam ni di zaman kegawatan ekonomi.


Monday, August 24, 2015

Mimpi Ngeri 2014

Petang-petang ni tiba2 rasa nak throwback sikit memandangkan 2014 langsung tak ada entry di blog ni. Sekurang2nya nak catat serba sikit supaya tak lupa.

Januari 2014 mimpi ngeri aku. Tua2 baru nak kena chicken pox. Ke demam campak tah. Tak dapat aku bezakan dua tu. Puncanya daripada kedegilan seorang ibu di taska budak2 ni duduk. Dah tahu anak kena penyakit berjangkit, tetap nak hantar ke taska. Habis dengan cikgu2 pon  kena.

Masa ni aku pakai mask ada la dalam 3 ke 4 minggu jugak. Memang penuh parut kat muka. Rasa tak tahu nak sorok muka kat mana. Nasib baik kerja dalam konti sorang2 je kan. Cuma memang aku elakkan terserempak dengan orang ramai.

Dalam gambar berlabel 2014 tu kira2 sebulan selepas dijangkiti, ada event kot masa tu.. tu pasal gigih tempek mekap tebal2. Gambar tak ada filter ye. Cuma mekap memang tebal. But still nampak parut2nya kan.

Yg kiri tu gambar sekarang. Alhamdulillah ... setelah setahun lebih pudar jugak parut tu. Mula2 ada la pakai skincare tapi bertahan 2 bulan je kot then give up tak pakai apa. Cleanser pon tak ada.

So entry ni bukan promote skincare ye..hahaa.. bebaskan kulit wajah anda dari produk2 chemical..tu yg aku amalkan selama ni.


Resipi Tiram Air Asam

Tiram air asam #dapurshaz

Disebabkan tak puas makan yg kat kedai hari tu... dan kebetulan terjumpa orang jual tiram di Pantai Tujuh, Tumpat maka belilah tiram mentah.

Balik rumah menung jap tak reti nak masak macamana. Husband cungkil2 nak bukak tiram fuhh mencabar jugak. Dapatlah sekilo je kot bukak..pastu surrender.

So masaklah yg sekilo tu dulu...

Puas google resipi..tak ada pilihan dan tak ada yg sama macam makan kat kedai. Godek sendiri aje lah ye.

Resipi mudah versi campak-campak je:

Isi tiram
1 btg serai diketuk
Air perahan asam limau yg mencukupi ~ kalau kt Kelantan ni byk jual jus limau dalam botol sebab orang Siam memang banyak guna dlm masakan
Hirisan bawang besar
Secubit belacan
Cili potong
Seasoning

Campak semua dalam periuk. Didihkan. Air jangan banyak sangat. Boleh juga rebus tiram dulu, dah mendidih baru masuk bahan2 lain.


Jalan-Jalan Kenyangkan Perut: Warung Maggi Tiram Pok Weil



Selamat malam uols yg mana-mana masih stay up tu. Aii..baru nak panas enjin blogging terus masuk gear 5 entry makan-makan ek? Hehee...

Sebenarnya teruja jugak lepas 2 tahun muncul semula ni baru perasan, entry warung pokmat tu ada 80K ++ view...fuhh... Ramai rupanya yg singgah cari tempat makan!

So let's proceed semula misi jalan-jalan kenyangkan perut dengan next location

Maggi Tiram Pantai Kemayan. A.k.a Maggi Tiram Pok Weil.

Terletak kira-kira 20km dari Kota Bharu, warung ni dlm jajahan Bachok. Dibuka setiap hari jam 1 tghari hingga 12 tengah mlm kecuali hari Isnin.

Boleh gunakan google atau waze untuk ke sini.




Menu utama semuanya berasaskan tiram. Tapi yg paling best (since aku tak berapa makan maggi) goes to fresh oyster! Ya, tiram mentah ala2 dalam citer Mr.Bean dulu-dulu tu..haha

Perahan asam limau tu dah cukup untuk 'masakkan' isi tiram...jangan risau untuk makan mentah.. RM 2 seekor/sebiji.

Dalam gambar tu aku makan sorang je.




Tiram air asam pun tak kurang sedap jugak. Harganya RM 10 semangkuk. Gabungan rasa pedas dan masam yang memang marvellous...

Tiramnya pula rasa lembut dan segar. Ohh...memang rasa tak cukup makan semangkuk, berkongsi pulak tu kan..haha

So tunggu entry seterusnya. Resipi masakan tiram.


Saturday, August 22, 2015

Ibu tak berapa nak muda nak buat comeback

Stay tune. Cuma nak bagitahu blog ni akan kembali bernyawa. Sebab rasa rugi sangat tak simpan kenangan-kenangan kat sini.

Ada satu masa bila kita mula terlupa apa yg berlaku sebelum ni, blog yg akan jadi reminder :-)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...