Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

Tok Aman Bali Beach Resort Part III ~ The Awesome Food


Last part untuk cerita Tok Aman Bali Beach Resort ni goes to awesome food. Mula-mula start dengan breakfast dulu. Yes, bilik dah termasuk breakfast for 2 adults. But we got free for three kids (errr...Uyyin kira kids la jugak kan? heheee,,,,). Alah bebudak makan banyak mana sangat. Tapi ada baca review sebelum ni, ada family yg kena caj juga untuk kids, maybe atas budi bicara kot.

So let's tengok menu...

Telur half cook
 
Baked beans ~ normal menu kalau breakfast kat hotel/resort

Roti bakar...sebelah tu ada jugak pilihan muffin

Wedges. Boleh tahan sedap.

Sausage

Nasi Lemak ~ sambal dia sedap, bukan jenis manis style Kelantan.

Mee Kari ~ pun sedap jugak

Cereals~ semestinya tarikan untuk kids. 

Yg tak de dalam gambar ada few kuih, fruits dan salad. Air jus oren je yg ada pagi tu. Or maybe sebab weols quite late jugak pagi tu, so another choices of drinks dah licin kot. Sebab nampak bekas air ada 2...hihi

Ok, yg tu breakfast, Malam sebelumnya weols dinner kat Sutra Bayu Cafe. Ok, kat resort ni ada 2 tempat makan, 1 Thai Restaurant, 1 lagi cafe ni. Actually breakfast should be kat Sutra Bayu tapi maybe sebab cafe ni kecil sikit tu yang pindah ke Thai Restaurant.

And we choose to have dinner here sebab ni kan kampung aku,,,haha,,so, dah tahu sangat kalau keluar dari resort ni apa je tempat makan yg ada...maka baiklah dok diam2 je dalam resort ni try new food kan.

Sutra bayu cafe ~ ada few choices untuk dinner kat sini

Buffet Dinner, Steamboat, Buffet Ikan Bakar dan ada Malay Set Promotion. Harga korang tengok lah ya kat gambar2 atas bawah ni.

 

Kitorang pilih Malay Set berharga RM 49 untuk 3 orang makan katanya, Tapi time hidang dapat 4 pinggan jugak nasik. So, overall buleh dikatakan diorang tak berkira sangat dengan bebudak ni. Untuk set ini ada lauk Asam pedas ikan pari, sayur goreng campur dan sotong masak apa tak ingat nama.

Ni asam pedas nya, Memula was-was jugak nak makan sebab mind setting ini Kelantan, so asam pedas bukan lah menu orang sini, Maka assumption aku is tak kan sedap punya. But trust me, rasa memang wallah. Ala2 style Melaka dah wei... memang sedap.

Bila sotong ni sampai seriusly memang terkejut sangat tengok ini bukan untuk 3 orang makan lg dah. 5 orang pun silap2 tak habis. Banyak. Sedap memang sedap tapi tak tahu apa nama masakannya, ada rasa masam2 pedas2 manja giteww.
 
Last sekali sayur campur goreng, rasa pun tak megecewakan jugak. Secukup rasa. Tapi tak habis kitorang makan semuanya. Sebab big portion. Banyak.



Air Ribena

Ok tu je lah, sekian cerita bercuti di kampung sendiri. Korang yang tercari-cari tempat penginapan selesa kat Kelantan ni boleh consider Tok Aman Bali Beach Resort in your list okay. Duduk diam2 kat sini insya Allah tak kelaparan. The food is awesome!





Monday, August 24, 2015

Jalan-Jalan Kenyangkan Perut: Warung Maggi Tiram Pok Weil



Selamat malam uols yg mana-mana masih stay up tu. Aii..baru nak panas enjin blogging terus masuk gear 5 entry makan-makan ek? Hehee...

Sebenarnya teruja jugak lepas 2 tahun muncul semula ni baru perasan, entry warung pokmat tu ada 80K ++ view...fuhh... Ramai rupanya yg singgah cari tempat makan!

So let's proceed semula misi jalan-jalan kenyangkan perut dengan next location

Maggi Tiram Pantai Kemayan. A.k.a Maggi Tiram Pok Weil.

Terletak kira-kira 20km dari Kota Bharu, warung ni dlm jajahan Bachok. Dibuka setiap hari jam 1 tghari hingga 12 tengah mlm kecuali hari Isnin.

Boleh gunakan google atau waze untuk ke sini.




Menu utama semuanya berasaskan tiram. Tapi yg paling best (since aku tak berapa makan maggi) goes to fresh oyster! Ya, tiram mentah ala2 dalam citer Mr.Bean dulu-dulu tu..haha

Perahan asam limau tu dah cukup untuk 'masakkan' isi tiram...jangan risau untuk makan mentah.. RM 2 seekor/sebiji.

Dalam gambar tu aku makan sorang je.




Tiram air asam pun tak kurang sedap jugak. Harganya RM 10 semangkuk. Gabungan rasa pedas dan masam yang memang marvellous...

Tiramnya pula rasa lembut dan segar. Ohh...memang rasa tak cukup makan semangkuk, berkongsi pulak tu kan..haha

So tunggu entry seterusnya. Resipi masakan tiram.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...