Wednesday, March 30, 2011

Ibadah yang paling nikmat

Maaf la ye...aku masih dalam mood KCB ni lagi. Almaklumlah, aku baru je separa merdeka dalam menyudahkan 'tugasan besar' yang diamanahkan oleh majikan aku. So, nak release tekanan tu...aku sambung lah baca novel Ketika Cinta Bertasbih Siri 2.

Part 2 ni lokasi penceritaan boleh dikatakan kesemuanya di Indonesia...ada Jakarta..Solo...dan banyak lagi yang aku tak ingat.

Ayat yang paling aku suka dan tak boleh lupa...bila Anna Althafunnisa mengajak suaminya Azzam mengulangi kembali ibadah nikmat itu kerana hari masih pagi...haha... dan dan tu aku pon nak jugakkkkkkkkk melaksanakan ibadah itu...tetttttt..(kebetulan abes baca buku ni sekitar jam 1230 malam.... malam masih muda kannnn)

P/s: Aku tau...ujang pun tak sabar nak menunaikan ibadah nikmat ni...hahaha

Dari Novel Ke Movie

Saat entry ni aku taip kat keypad henpon nokia x3 kaler pink yang aku sayangi, aku ngan suami tercinta baru je pas layan movie ketika cinta bertasbih part 1.

Gigih aku download movie ni semata2 nak bagi laki aku tengok. Nak harap dia baca novel memang kirim salam je la kan. Aku rasa, tunggu auni pandai membaca pun belum tentu laki aku abes baca satu bab.

Mana taknya, baru suh baca sinopsis terus dia soh aku citer a to z. X thrill sungguh.

Tapi kan, movie ni feel dia lain lah. Aku x berapa menjiwai sangat watak dia compare kalau baca novel. Full review kita tunggu sampai aku abes tgk part2 la ye.

Kang azzam tu hansem banget kan!

Saturday, March 26, 2011

Ketika Cinta Bertasbih

Semalaman aku fokus mengadap novel yang aku beli masa Pesta Buku Antarabangsa tahun lepas! Aku ulangi...tahun lepas ye! Means, dah setahun usia buku tu. Ingat lagi aku cerita yang ini? Masa aku tersedar tu, aku tengah queue nak bayar buku ni lah. Dua siri aku beli. 

Kononnya nak baca masa aku dalam pantang around bulan 7-9 last year, tapi kirim salam je lah. Pantang anak sulung dengan anak nombor 2 rupanya tak sama. Kau tak kan ada banyak masa nak santai-santai ye. Seminggu pertama je kot kau akan tenang. Lepas tu perang hari-hari.

Ohh...berbalik pada novel ni, Ketika Cinta Bertasbih hasil garapan Habiburrahman El-Shirazy atau lebih dikenali sebagai Kang Abik sangat-sangat membangunkan jiwa aku. Dah namanya dwilogi pembangun jiwa kan. Maka haruslah. Ni Siri 1 yang aku baca semalam. 


Terima kasih kepada suami yang tercinta kerana mengizinkan isterinya meredakan tekanan melalui novel ini. Terima kasih juga kepada anak-anak mama kerana tak merebut novel ini dari mama, terutamanya kakak yang kelihatan seperti memahami bahawa buku tebal itu milik mama, bukan milik kamu seperti kebiasaannya (anak aku ni, apa yang aku ada-mesti dia nak jugak. Tapi nak yang aku punya, dah beli untuk dia, tak mau!)

Aku merupakan orang yang sangat tak suka tengok citer Indon, tapi sangat suka baca karya novelis Indonesia ni sebab bahasa yang mudah aku fahami. Ohhh...aku dah 'jatuh cinta' dengan watak Azzam... Aku suka orang yang cemerlang dalam perniagaan membuat tempe dan bakso itu walaupun dah 9 tahun ambil B.A tak habis-habis jugak.

Kalau dapat aku undurkan waktu, aku nak jadi seperti Anna Anthafunnisa. Aku nak keperibadian seperti itu sejak dari muda remaja lagi. Tapi sekarang aku dah belia. So, kalau jadi macam dia pun takkan sama dah...hohooo...sebab, dia tak kawen lagi. Aku plak anak dah 2...

Aku nak merasa nikmatnya dikhitbah oleh orang2 soleh (dilamar) tanpa bercinta ni...hohoo...tapi tak dapatlah. Aku muda-muda dulu bercinta sana sini bagai nak rak, kahwin pun dengan pilihan hati kan (nasib baik soleh jugak)

Ok lah. hentikan angan-angan. Hari ni nak sambung baca Siri 2. 


Pics from google.

4 Jenis Manusia Yang Menjengkelkan

  1. Aku sangat benci orang yang suka merendahkan kebolehan orang lain dan memikirkan hanya diri mereka yang hebat.
  2. Aku benci orang yang suka berlagak bagus semata-mata kerana dia lebih tua, hakikatnya yang muda ini terlebih dahulu makan garam dari dia.(Ye..aku tau terbalik) Tapi tetap nak fight jugak dengan aku. Lantak kau lah. Anak baru sorang tak payah nak berlagak dengan aku. Lain lah kalau anak kau berderet, then aku hormat kau. Aku tak maksudkan kepada ibu-ibu yang hanya ada anak tunggal. Tapi ibu-ibu yang baru berapa bulan bergelar ibu, then cakap dah nak bongkak. 
  3. Orang bodoh yang suka mengulangi kesilapan bodoh akan kekal selama-lamanya menjadi bodoh. Sangat bodoh. Padanlah kau tua dengan kebodohan kau je. Tak de peningkatan langsung dalam hidup. Maka jadilah kau orang tua yang bodoh.
  4. Orang kaya yang suka menasihati orang miskin supaya mengikut rentak hidup mewah seperti mereka. Katanya demi anak-anak. Kau, kalau nak bukak mulut- tengok kiri kanan boleh? Jaga perasaan orang miskin beb! Tak semua orang mampu macam kau. Siapa tak nak kalau itu adalah yang terbaik untuk anak? Tapi duit membataskan segalanya. So, watch out your bad mouth!
Siapa makan cili, dia terasa pedas. Aku tak shoot sapa-sapa secara khusus hokeh. Sekadar meluahkan in general. Ok, dah. Lega!

Korang ada jumpa manusia-manusia macam ni tak?

Friday, March 25, 2011

Apa jawatan kau?

Bila bos bertanya pada kau, "Apa jawatan kau di sini?", agak-agak korang lah, apakah maknanya pertanyaan itu?

Naik pangkat kah? Atau turun pangkat? Ke bertambah-tambah pangkat???

Lepas tu, satu lagi soklan yang sangat tersirat maknanya, "Kau tak menyusahkan husband kah, perlu ambil dan hantar kau datang kerja?"

Eh, bos aku nak bagi aku drebar ke??? Wakakaka......berangan!

Tapi kan, apa maksud ek dia tanya gitu? Confuse....

Thursday, March 24, 2011

Prosedur Beli Rumah

Aku kena catat kan ni kat sini. Takut lupa nanti. Kata diari digital kan. Okeh, semalam aku dah jumpa dengan Mortgage Advisor (aku refer kat name card brader ni). So, dia pun advise lah aku apa yang perlu aku buat.

Memula je dia bukak mulut, terus aku tanya.... 

"U datang jumpa I ni, I kena bayar pape tak?"  

Giler straight punya soklan kan? Tapi aku tebalkan jugak muka bertanya...ye lah, duit beb! Kena concern lebih sikit kannnn....

Then dia pun explain lah...apa peranan dia dalam proses jual beli ni..time bila aku kena bayar itu ini... dan macamana sukar sekalipun proses permohonan loan tu nanti, dia akan pastikan loan aku approve jugak sebab kalau tak, tak de lah upah untuk dia. Upah dia tu termasuk dalam lawyer fee nanti.

Itu yang aku faham lahh... kalau ada memana lawyer ke atau sapa-sapa yang tau apa aku tulis ni salah, tolong perbetulkan ek!

So sekarang dia akan try apply menggunakan details aku sorang, tapi masa sign S&P tu nanti, nama laki aku still akan ada sebagai pemilik bersama sebab:

  1. Nak buat loan 90%, withdrawal 10% from EPF si dia.
  2. EPF akaun 2 aku tak lepas, ada berapa sen je.
  3. Kalau ada masalah tunggak bayar, both laki bini boleh apply pengeluaran EPF akaun 2 (tu pon kalau ada balance lagi lah)

Now, apa yang aku kena buat is tunggu dapatkan letter offer untuk house loan dari bank. Once dah dapat and aku dah decide nak pilih bank mana (cehh...macam lah beratur bank nak offer, padahal akaun kau tak secantik mana!), aku kena sediakan wang tunai sebanyak 3% dari nilai harga rumah sebagai deposit kepada owner (aku tak bayar booking, sebab owner tak mau) dan juga separuh dari 5% harga rumah untuk lawyer S&P. Untuk lawyer bank, brader tu kata dia akan tolong adjust masuk dalam loan. Then, aku kena jugak sediakan cash untuk insuran rumah selama setahun yang bernilai kira2 RM 1.8 K. Tahun mula2 je kena bayar segedebuk. The next year is by monthly. 

Okey, clear part tu. Then, dengan letter offer dan juga S&P yang telah ditandatangan tu, aku kene bawak gi KWSP untuk apply for 10%++. Dah dapat nanti aku akan serahkan balance lagi 7% kepada owner melalui agent. Semua urusan bayar2 ni kena buat kat office advisor ni. 

Sekarang aku ada extra 3%++ dari EPF tu untuk bayar balik kepadaaaaaaaaaa

Mangsa yang jadi tempat aku pinjam duit untuk bayar lawyer S&P tu...hihii.... 

Okey, now let's think: Mana aku nak cekau CASH untuk ituuuuuu :)

Aku: Bila kira2 balik, aku kena ada cash RM 10K ni...hurm....nak 'rompak' bank mana ek? Any idea guys??? Yang aku nampak: Bank PaMa je...wakakakaaaaaa 

Wednesday, March 23, 2011

Skim Rumah Pertamaku...Cluster House Alam Idaman

Dalam sibuk2 dengan keje opis, aku ada gak masa selit2 cari rumah. So, last week ada lah deal ngan ejen ni...nak tengok rumah teres kat Meranti Indah. Dekat je ngan Cyberjaya. Kenan memang kenan, tapi harga dan2 tu nak naikkan ke 190K plak...perghhh...giler mahal lah! Dorang advertise RM 180K je.

Pastu Mr Ejen tu bawak kitorang tengok cluster house ni pulak...kat Alam Idaman, Taman Tasik Puchong....nice!

Sapa-sapa yang tak tau apa itu cluster house, meh aku explain. Cluster house ni rumah kembar 4. Tapi dia main cantum kot bontot. Maknanya 2 mengadap depan, 2 mengadap belakang. Unit aku dapat ni pulak bercantum 2 je depan belakang. Sebab end unit kan. Harga plak RM 175K yang aku rasa kira ok lah. Belah kanan tu ada lagi tanah dalam 7-8 kaki which is kalau aku nak buat makan2, boleh la bukak table kat tepi tu.



pic from google yep.

Last Monday, aku submit lah semua dokumen yang diperlukan. Kitorang ni nak buat 2 nama, since aku baru keje 3 tahun, so EPF sedang mana lah sangat. EPF laki aku lain lah, dah masyuk... campur2 gaji bersama lebih 3K. Dan semalam, banker dah call laki aku. Boleh plak dia kata tak leh apply 2 nama kalau nak buat ikut SRP tu. Sebab income campur laki bini lebih 3K.

Cuba korang baca kat sini, soalan no.4 tu....apakah maknanya? Yang aku faham...3K satu kepala kan??? Ok, part ni aku tak abes debat lagi ngan banker tu. Tunggu malam kang aku nak contact balik. Aku tak leh berdebat time opis hour ni. Nanti opis aku macam kena langgar garuda plak dengar aku bising2...

Pastu dia cakap pulakkkk....SRP ni kalau gomen senang lah apply...Woiiii! Pekejadahnya gomen....kau baca kat sini, soklan no.3 tu terang2 dah dia kata skim ni utk pekerja swasta.

Hurm...rasa2 korang lah, Skim Rumah Pertamaku ni membantu atau tidak??? Sebab aku rasa cam sama je... tak nampak kut celah mana membantu rakyat kalau harga rumah melambung2. Bagi loan 100% lagi menambah beban ada lah. Keje makan gaji tunggang tonggek duk bayar interest je...huhuu

Tu belum consider lawyer fee lagi...adehh

Tiba-tiba aku rasa cam give up :(


Ketagih join Contest atau GiveAway?

STICKY POST

Ada sapa-sapa yang ketagih join ke? Hihihiii..ofkos lah ada kan, tapi aku terbalik pulak. Ketagih 'anjurkan' Contest dengan GiveAway. Sebab aku rasa, tu pun salah satu cara aku bersedekah dan membuat amal jariah. Lain orang lain sebab dia kan. 

Since GiveAway aku yang pertama kat sini dah tamat lama dah (tamatkan awal), so aku nak come out dengan satu contest cara baru. Korang tak perlu buat entry khas untuk contest ni. Terpulang lah nak guna cara apa untuk promosi. Yang aku akan tengok nanti, url link blogger mana yang akan menjadi referral tertinggi blog aku. Dont worry, aku tak kan kira kalau referral link tu datang dari aku sendiri.

Contoh macam aku selalu lepak kat blog-blog famous amous. Dan tinggalkan link kat komen. So, even url link blog tu merupakan penyumbang tertinggi, tapi blog itu bukan lah dikira sebagai top referral since url link tu datangnya dari aku sendiri kan. Aku akan nilai kalau ada nampak backlink yang dibuat dalam entry blogger tu ke blog aku.

Tempoh masa? Aku bagi sebulan lah (senang nak view analytic)...ok kan? atau aku akan lanjutkan jika dirasakan perlu :)

Macamana nak jadi top referral? Tak kira berapa entry korang akan kaitkan ngan aku, janji aku akan combine kalau nampak ada referral link dari permalink yang berbeza, tapi main url yang sama, contoh:

http://familymoza.blogspot.com/auni.html --> 7
http://familymoza.blogspot.com/ani.html -->10

Aku akan kira sebagai 17.

Berapa hadiah aku nak sediakan? Bergantung pada penyertaan. Yang pasti, top referral tu hadiahnya adalah lumayan! Cash RM 50! Err....lumayan ke? hurm...bagi aku RM 50 tu dah lepas duit dapur seminggu :)

Top commentator juga aku akan kira bermula hari ni hingga lah tarikh tutup untuk kategori top referral tu. Hadiah juga merupakan Cash RM 30.

Cuma ada satu je syarat... U ols should be ada account Maybank la ye... Kalau tak, aku tolak la RM 1 if kena buat interbank transfer...hihiiiii

TOP REFERRAL LINK - CASH RM 50
TOP COMMENTATOR - CASH RM 30

*update 1: yang ada buat back link ke sini boleh la tinggalkan komen u ols kat entry ni ye... back link yg pertama je...yg seterusnya x perlu :)

*update 2: kalau ada yang tak faham, contoh nak buat untuk referral link ke sini macam entri si ujang ni ha...

Tuesday, March 22, 2011

Cerita pergi ujibakat...hihiiii

Semangat bangun pagi, siapkan anak-anak. Then singgah tapau brekpes. Sampai kat sri pentas ngam2 kul 9. Orang dah ramai, tapi masing2 tak leh masuk lagi. Maka, aku pon tunggu lah lam keta. By dat time guard bagi masuk, maka ketinggalan lah aku kat belakang..huhuu

Tapiiii...sedang aku berjalan nak queue ke belakang tu tiba2 ada orang tarik tangan aku! Rezekiiiii...jumpa kawan sekolah, apa lagi aku pun menyelit lah depan dia kannn.... dapat lah nombor 17!

Alah...kalau aku kira-kira balik pun, memang aku orang ke belas-belas datang. Tapi sebab melayan anak-anak dalam keta kan. Lambat turun sikit dah ke belakangggg....

Ni kawan sekolah aku tu, Maheran. tak silap aku dia pun ada blog. tapi lupa lak apa link nya...hihii

Yang tak berapa bestnya hari tu... ada 4 orang pakai baju kemeja sama kaler ngan aku! Damnnnn!!!~ bak kata ujang. Tu aku tak kisah sangat, yang lagi kebetulannya, kami duduk setempat~angka giliran dekat2...hohooo...punya lah kebetulan kan. 3 orang laki, aku sorang pompuan. Yang 2 orang mamat ni duk depan aku. Tak lah ketara sangat. Yang sorang lagi mamat ni duk sbelah aku...perghhhh...orang lain tengok memang nampak kitorang cam kapel. Dah la mamat tu pun peramah kan, asek lah ajak aku sembang....aku pon layannnnnnn :)

Tapi rupanya mamat tu dah umo 30...hihii..berani sungguh. Age limit sampai 27 je.

Perjalanan audition tu malas nak citer. Tak de pape yang menarik since aku keep repeating the same kesilapan. Ntah bila nak improve. Harap2 ada lah lagi ujibakat dalam masa terdekat. Kali ni aku nekad nak all out prepare!

Masa tengah menunggu, Sharifah Shahira ngan krew Nasi Lemak Kopi O datang buat lintas langsung. Macam2 nasihat dia bagi...kata dia, dia mula mengacara pun dah lewat-umur 35...rezeki anak-anak. Aku pun think positif. Mungkin kali ni tak de rezeki aku. Mana tau masa umur 35 nanti kot ada ke...haha...Berangan!

Aku tak terpikir pon nak bergambar kat sini. Keluar je dari building tu, terus laki aku suruh pose-katanya takkan mama tak nak update dalam belog...wakkakakaka.....suami yang sangat memahami!


Habis audition, kitorang lepak kat tepi tasik Shah Alam. Tapau nasik kat seksyen 6 dengan air mangga sehinggit yang sangat wallah....kitorang berkelah kat sini...mengimbas kembali kenangan masa bercinta dulu...hihii

Ni lah aktiviti kitorang masa kapel...erk!

Aku: Rasa air mangga tu sama, harga pon sama lagi...tapiiiiiiiiii...plastik makin kecikkk!

Saturday, March 19, 2011

Gigit Kasut Anda Sebelum Anda Digigitkan!

Rentetan dari hasrat aku yang ini, maka aku pun nekad la nak buat all-out punya preparation. Mula-mula aku praktis depan cermin. Nak tengok ke konfidenan diri aku. Sambil2 tu si kecik aku pun praktis sama. Dia tiru apa aku buat...

Aku: Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Anda bersama saya, Shazwani Shakeri selama 1 jam dalam rancangan Majalah 3.

Kakak: Cemekom calam..ptubjjhgiuyrokg;iuiieurfnfkjsgt;;;sgfshgthgkaaahtoisayrjgjjk....igaaaa

Kalau macamni gaya, ada harapan aku tak dapat anak aku yang dapat...

Tetiba aku rasa macam kurang sesuatu...aku tak de kasut! Last aku beli kasut 2 tahun lepas, tu pon kasut flat sebab aku tengah memboyot. Last time aku beli kasut bertumit ni 4-5 tahun lepas. Masa tu memang aku gila buat event sana sini. Ada la 2-3 koleksi high heel yang aku memang beli khas untuk pakai time event. Tapi ntah ke mana dah semuanya.

Sejak keje sini, aku x penah lagi pakai kasut bertutup yang proper. Sebabnya opis aku sangat sempoi...kau pakai selipar jamban pon tak de orang nak heran. Cuma time nak masuk meeting skali skala tu baru aku menggagau carik sandal yang sopan sket.

Maka, pencarian kasut aku pun bermula lah lepas dinner malam semalam. Gigih betul. Kalau tak pegi jugak audition tu tak tau la aku nak kata apa. Takut kena perli ngan laki aku je... 

Sampai je kat IOI, aku jadik rambang mata. Last aku gi kedai kasut dalam bulan puasa tahun lepas. Masa tu ponnn tengah memboyot. Maka sandal ala makcik-makcik je lah jadi pilihan aku. Mula-mula masuk Bata. Tapi yang sangkutnya bukan aku. Anak Aku! Ohh...dia dah menunjukkan ciri-ciri keperempuanan yang sangat tinggi. Memandangkan sekarang ni tengah bulan, maka rengekan dia untuk beli kasut baru aku buat-buat tak dengar je lah. Laki aku dah serba salah. Dia macam nak belikan untuk anak dara tu...tapi aku kata balik, tak pe...tunggu aku dapat ikan besar nanti kita shopping kasut sampai boleh buat gulai kasut ye bangggg :)

Masuk kedai ke 2, aku malas pikir panjang. Nampak simple, terus aku rembat. Dalam wallet aku ada 5 hengget je..so aku minta lah belas ehsan laki aku. Konon2 tu hadiah anniversary kami yang ke-3 15 Mac lepas....berjaya!

Balik rumah....tau apa aku buat??? Jap jap...nak google....








erk..tak de! Hurm...aku sorang je ke buat macamni? Korang tak pernah ek? Tapi aku memang percaya...kalau kau gigit kasut tu, nanti tak akan melecet...hihiii.. Tak kira lah korang nak kata apa..yang penting petua tu memang jalan kat aku. Kalau aku lupa gigit, terukkk lah kaki aku melecet nanti.


Simple je....


Tapi aku suka :)




Tak dapat untuk dia, yang aku pun jadi....hurm...dah namanya girl kan

Thursday, March 17, 2011

Pengacara TV! Haruskah Aku???

Update ringkas je ni. Semalam masa tengah tengok TV (read: tonton), ada lah iklan ujibakat pengacara untuk TV9/ TV3. Hurm.... cita-cita aku selama ni. Tapi bila dapat tau ada open lagi, aku rasa macam tawar hati je. Adakah kerana peningkatan usia aku? Err....rasanya umur 25 ni tak lah tua lagi kan. Had umur untuk ujibakat tu pun sampai 27 je.

Dulu aku pernah pergi kat Astro. Siap ada orang dalam lagi yang mempercepatkan giliran aku... Tapiiiiiiiiiii.... malangnya masa tu aku tengah mabuk2 loya2 mengandungkan si kakak. Apalagi...depan kamera pun aku lembik! Asek uwekkkk...uwekkkk je... Patah semangat aku!

Kali ni aku tak delah mabuk ke apa...Cuma aku fikir:

  • Sapa nak jaga anak-anak aku..ari Ahad pulak tu... Atau boleh ke aku angkut kakak masuk sekali tempat audition sementara papa jaga si adik? Ahahaha...berangan!
  • Aku nak pakai baju apa? Dah lama tak gi audition rasa cam kekok..huhuu
  • Hurm...nak kena mekap ke? Aku dah lama tak sentuh bedak ngan lipstik....
  • Apa yang aku nak buat as preparation nanti??? 


Apa pendapat korang? Haruskah aku???

Friday, March 11, 2011

Spa 36 hengget je??? Percayalahhhhhhh

Puas aku korek-korek..mana la nak save gambar promo ni hat chanteks sket. Tapi time aku nak, time tu lah aku tak jumpa. So, aku paste gambar hat ni je lah.

Yang ni aku tergoda dari blog bakal isteri ujang. Memandangkan aku penatttt bekerja dari awal tahun sampai sekarang, so memang aku plan dah nak reward myself kan... 

Planning aku nak manja-manjakan diri makin menjadi-jadi lepas tengok offer ni:


Giler murah kau!!! RM 36 hengget je pon....90 minit punya sesi pulak tu kan...So, rugi lah kalau tak grab...nak nak lagi, macam2 mende kau boleh dapat dalam 36 hengget tu... berminat???

Klik SINIIIIIIIII

Offer ni ada 2 hari je lagi kalau tak silap aku...cepatttttttttt lah beli....hihi.. Mana tau kita leh gi dating kat spa ke kan...aku pon tak de geng nak ke sana...ahahaaa

Suka Minum Kopi?

Ingat tak entry aku yang ini? Setelah aku menunggu dengan sabar, maka semalam tibalah ini dari eyriqazz


Dan isi nya adalah ini..siap ada surat chenta lagi u....hihii


Dan saat ini aku menunggu waktu petang untuk mencubanya...hihi...sebab bila petang2, aku dah lemau sikit...aku sukaaa minum kopi :)

Thanks bro.....

Lokasi masih sama, pengantin je tak sama

Kalau kenduri Baied semalamnya tu sangat sesakkkk, kali ni sangat aman damai. Lagi aman bila aku dapat tinggalkan dua budak kecik tu kat rumah. So, attend wedding kali ni ala-ala honeymoon la sikit. Bila orang tanya baru kawen ke, aku iyakan aje...haha... Sekali datang kawan mak aku...terus dipotong zasss....."budak tu anak dah 2 la.."hohooo...tak leh nak menyamar langsung!


Hadiah yang aku gubah menggunakan riben2 baki masa kenduri aku 3 tahun yang lepas...hohooo.. Aku korek stor rumah mak aku, tengok2 banyak lagi saki baki reben... pe lagi, aku pakai lah. Saki baki hadiah kawen pon ada lagi..opssss!


Kali ni aku tak sempat gambar ngan pengantin. Makan-makan je terus balik. Sebab risau makhluk halus dua orang yang aku tinggalkan tu... Hurm..cantik lah dress Nadia ni... napa lah masa aku kawen dulu tak buat kain ekor-ekor yep...Hurm ...kena kawen lagi sekali kah? Oh nooo...buat photo shoot sudahhh...hihii


Aku kemain risau takut 2 orang budak kecik ni bercakar..sekali balik tengok...baikkkkk je korang tido berjemaah kan?


Kali ni tak de gambar Tok Ti, tapi ni kawan sekolah masa sekolah rendah gak..sekelas ngan Nadia ni..single mingle lagi nih... Azyani.. berminat? contact la...ahaha...Jangan marah yang..nanti aku jual :)


Err...baru perasan, semalamnya aku menyeksi, hari ni aku gi kenduri berjubah pulak...ahaha..hipo..hipo....

Thursday, March 10, 2011

Kenduri Kahwin yang macam konsert Tok Ti

Update last weekend yang hampir basi:

Setelah mendapatkan macaron di sini, perjalanan pulang ke Kuala Lipis diteruskan. Sampai sana dalam kul 11 lebih camtu. Esoknya aku nak ke wedding Ali & Zura a.k.a Baied, teman sepersilatan aku masa kat Clifford High School dulu... Selembik-lembik kitorang ni pun, pesilat negeri Pahang tau...haha... Kadang tengok macam tak percaya je...hihiii... Baied ni partner aku main tongkat kalo tak silap..ke keris...aku lupa jap. Kena check balik medal aku..haha

Ni masa mula2 sampai kat dewan jubli...giler sesakkkk..hohooo...aku rasa tak lain tak bukan sebab Tok Ti ada la ni... orang beratur nak amik makanan sampai ke pintu dewan. Aku tak lah kemaruk nak makan. Tapi nak jumpa Baied je...sebab dah lama tak jumpa dia. Since aku tahu pengantin x sampai lagi...aku pon lepak luar je dulu. Sapa-sapa yang nak mentekedarah tu silakan lah. Aku malas nak sesak2 rebut makanan ni.


Gigih aku peluk hadiah tu, nak cakap kat satu dunia yang aku bagi hadiah kat pengantin...haha... Sebab aku ni jenis malas beli hadiah sebenarnya, suka hulur2 selit2 time salam je. Lam gambar tu anak-anak aku bersama uwe dan atuk dorang.

Kat bawah ni plak pengantin baru sampai, tengah tengok orang bersilat, tapi tak best lah. Budak2 ni bersilat ikut step! Orang ikut gerak hati..keyakinan, baru lah persembahan kau mantap beb! Ini nampak cam duk hafal lepas ni nak pukul sapa...nak buat bunga apa...ohhh....adik aku memang tak pandai melatih lagi! 

Masa ni aku selit gak muka aku sebab takut lepas ni tak sempat nak amik gambar ngan pengantin kan. Sama tak muka Ali tu ngan kakak dia? Aku tengok memang seiras...


MAsih tak puas hati gambar aku tak proper, aku selit gak masuk lam dewan..nak2 lagi bila kakak nampak cam ngantuk je..huhu..dan hasilnya....


Wahhh..geramnya aku...malamnya ko tak mo tido, time aku nak makan kenduri ko belasah tido plak dua beradik ni ye...huhuuu..Ni lah payah g kenduri ngan anak kecik. Sebbaik mak bapak aku ada sekali. So, mak aku gi line up nak makan nasik. Aku dah cakap, tak amik untuk aku pon xpe..pas ni kita gi lunch kat kedai je. Sebab aku tengok cam makanan tak cukup.

3 kali mak aku beratur. Kali ke 3 baru dapat. Tu pon bapak aku dengan ringan tulangnya telah pergi ke 'dapur' dewan, tolong penanggah angkut tong nasik bawak ke depan. Bapak aku ni gamaknya rasa bertanggungjawab since dia memang rapat dengan arwah bapak mertua Baied (bapak Ali). Cantik2 pakai baju batik sekali jadik penanggah..haha... tu lah dia bapak aku!


Ohh..ni dia hadiah yang aku bagi kat Baied..handmade lagi taw..nak tau isi dalam? Meh tengok kat sini. Ada sapa-sapa nak tempah leh la roger aku yep...hihi...Dan lagi tu nak promote. Padahal aku bizi cam hapa tah. Bila masa nya nak menjahit lagi pon aku tak tahu. Tapi kena carik masa lapang gak...adik aku nak kawin bulan 5 ni aku nak bagi hadiah sama je...hahahaaa

Sesi bertemu kawan lama... yang lain lupa nak snap gambar...ni kawan masa skolah rendah. Nama dia Zaharatul Aini, tapi kitorang panggil dia Sapatu..hihi...jangan marah yang...aku saja nak mengimbau kenangan lama... Masih single, tapi dah berpunya. Dalam ramai-ramai kengkawan aku, aku sorang je express.... Orang lain baru anak 1..baru nak kawen..baru nak tunang... Aku je cepat sangat sampai 2 dah...hohoooo


Lepas dah dapat makan (tu pon bersuap ngan laki aku), orang makan beradap kat depan, kau pun nak jugak makan beradap kat belakang yang tak berapa nak beradab la kan...padahal nak jimat pinggan dan tak mo kotorkan tangan aku...hahahaa

Aku gigih tunggu sampai pengantin siap makan..sebab nak gak bergambar kenangan ngan dia... Cantik kan kawan aku? Pas nih aku rasa mesti dia jadik model..untung2 Tok Ti lamar dia jadi model SimplySiti pulak...hihii..Almaklumla..Tok Ti kan suka bantu kaum keluarga adik beradik.... :)


Last but not least, dah nama pun kenduri kaum kelorga mereka kan..haruslah aku tempek gak gambar Tok Ti hari tu. Masa ni dia nyanyi untuk pengantin. Lagu Cindai. Lagu-lagu lain aku tak ingat, sebab tak fokus. Sebok nak gambar ngan pengantin je..hihii


Eh..aku baru perasan..lengan baju dia lain-lain ek?

Melepas Hajat dengan Macaron Cikmin

Setelah sekian lama aku mengidam kan ini hasil godaan di blog kak chik, maka akhirnya dapat juga aku merasa minggu lepas. On the way nak balik ke Kuala Lipis bagi menghadiri majlis perkahwinan (details in next entry) kengkawan aku, singgah jap kat Bentong...pick up sendiri macaron ni dari Cikmin . Ingatkan dapat jumpa direct in person dengan tokey nya, tapi husband cikmin plak yang tolong hantarkan (eh..ye ke husband? kot silap betulkan ye cikmin...haha)


Testis monial aku? (Ye...tau ejaan aku salah tu....) Orang kata manis, tapi bagi aku tak manis sangat. Mungkin aku ni pemanis orangnya, atau memang sifat semulajadi mereka yang manis wajah tak mudah merasa sesuatu makanan itu terlalu manis? Oh..apa2 aje lah...

Inti dalam tu sedap.... Tapi aku rasa yang luar tu macam tak berapa crunchy..ke macamana sepatutnya yek? Sebab aku ada beli tart dari bakery kat opis ni. Setelah aku belek, yang kat luar dia tu sama dan rasa crunchy sikit. Nanti aku beli tart tu aku tunjuk kat sini. Rasa pun almost sama juga...

Apa-apapun overall nya macaron ni memang sedap! Mak aku tanya...berapa hengget sebekas..ada 20 hengget tak? Aku tak jawab...haha..mati aku kena bebel kalau dia tau aku beli 45 hengget sebekas! Mak aku memang kedekut sket bab-bab makan ni....Haha....

Tuesday, March 8, 2011

Bling... Bling.. Bukan Anak Mami :)


Agak-agak korang apa tu? Hihii...bukan nak menunjuk tapi saja nak gembira kan hati sendiri. Ni habuan untuk aku yang sepatutnya dapat 3 tahun lepas lagi. Lama mak aku peram. Sebab masing2 tak de masa nak bersama-sama gi kedai emas. 

Last2, balik kampung last week untuk wedding schoolmate aku, mak aku ajak la singgah jap. Ingat nak jeling-jeling cuci mata je, rupanya orang tua tu bawak cash lam handbag..perghhh....berani giler lah mak aku ni! Aku ni paling banyak pun 50 hengget je kot lam wallet...takut sangat nak bawak cash sejak kes aku kena ragut dan jugak kes aku gi tinggal wallet yang berisi 800 tunai dalam toilet kat PWTC.

Setengah jam lepas aku tinggal tu, time nak bayar  buku...aku baru perasan wallet tinggal kat toilet. Masa tu tengah mengandungkan Aniq...aku apalagi, tak cakap panjang dah ngan laki aku tu. Dengan perut boyot tu aku berlari semula gi toilet. Muka tok sah cakap la. Aku rasa kalau toreh pipi ni memang tak keluar darah dah. Mana taknya duit gaji aku untuk belanja sampai ujung bulan. Kalau lesap maknanya apa la aku nak makan bulan tu kan? Sebbaik duit berkat dan masih ada rezeki aku. Walaupun dah setengah jam terbiar kat toilet, masih ada lagi..huhu...Nak tahu kenapa???


















Toilet yang aku masuk tu tak de air. So, sapa nak masuk kan? Tapi aku degil...nak masuk jugak. Mak buyung kan, asek kencing je kerjanya. Ada air atau tak de, aku kena kecing jugak...Wakakaka.... Jangan tanya plak cemana aku beristinjak...

Friday, March 4, 2011

Seribu Kemaafan

Kena buat gak entry pasal ni. Kalau tak, takut ada yang cop aku sombong plak. Orang dah datang, tapi aku balas kunjungan pon tidak. Harap semua2 maklum ye. Aku bukan sombong. Jauh sekali berlagak, nak orang datang tempat kau je tapi kau langsung tak mau keluar dari dunia kau sendiri. Aku bukan camtu eh.

Keadaan ini takkan lama. Middle of April nanti aku akan bebas. Merdeka. Masa tu baru boleh blogging dengan aman tenteram. Sekarang ni dunia aku ada sedikit huru hara. Macam-macam perkara aku kena fikirkan. Selesaikan. Dari pejabat sampai la urusan rumah.

Doakan aku jangan check in Tanjung Rambutan udah la ye.

C.E.R.A.I

Hurm.... Bagaimana agaknya rasa menjadi single parent pada usia muda? 

Semanis Kurma TV9 3 Mac 2011

Bila kaum wanita mendominasi keluarga. 

Buletin Pagi TV3 4 Mac 2011

Statistik menunjukkan ada satu pasangan yang akan bercerai setiap 15 minit. 


Wednesday, March 2, 2011

Suami kita sebenarnya pandai masak



Cuba korang teka apa nama masakan ni. Hanya jawapan yang benar-benar tepat je akan menerima hadiah misteri dari aku. 

Hidangan ni istimewa sebab dimasak dengan penuh kasih sayang oleh suami tercinta...kah kah kah....giler poyo ayat aku kan! Mau dalam hati ada taman ni kalau laki aku baca... *senyum*

Orang laki ni, sebenarnya boleh je masak. Special lagi tu! Antara sedap dengan tidak je..hihii...Tapi, aku ada tips untuk membuatkan para suami ni rajin masak (tips ni dah tak mujarab kalau ada para suami yang baca...haha)

Caranya: Sila puji dengan kerap bila suami anda masak. Tak kira la sedap atau tak...Sekian, terima kasih.

Album kahwin kena makan dengan anai-anai!!!

Semalam masa aku tengah menyelongkar lemari kabinet yang baru aku beli beberapa bulan yang lalu untuk mencari barang2 nak buat hadiah kawen untuk adik dan bakal adik ipar Siti Nurhaliza (kenduri this coming Saturday), aku terjumpa la album kahwin yang aku sorokkan dari kakak. Damn!!! 

Giler terkejut kau! Kena makan dengan anai-anai....arghhhhhhhhh....dah la softcopy pun ntah mana-mana aku campak!!! Album memang jahanam terus. Tapi nasib baik semua gambar tu terletak kat tengah...ada sekeping je kot yang mereka sempat ngap...huhuuuuu....Terkedu kejap. Dan-dan tu laki aku terus nak keluar, gi beli ubat anai-anai.

Yang aku plak terus congak-congak buat kira-kira... Bukan nak buat album baru! Tapi aku tengah kira duit aku, cukup tak nak buat bayar deposit pindah rumah baru!!! Sakit hati aku...satu-satu barang musnah. Tak leh jadi ni... Lemari baju aku dalam bilik tu entah-entah dah retak menanti belah..huhuu...Makin lama aku stay sini, makin banyak duit aku habis agaknya.

Nak tunggu beli rumah aku rasa maybe by early next year kot baru dapat :( So, patut ke aku pindah cari umah sewa lain???

Ops...sebelum tu, sebut pasal kawen ni nak tunjuk gambar gi kenduri Ahad lepas... Both Saiful & Salina ni merupakan teman sepersilatan aku. Yang Abang Saiful ni tahap otai giler dah. Rindu kat bebudak silat. Err...lepas ni aku nak bersilat semula lah...Agak-agak laki aku bagi ke? Hihiiiii....... 



P/s: Kebaya aku sebelum kawen tu...hehe...masih boleh dipakai, tak de mana-mana part yang sendat pon...semua sama macam dulu...Bangga giler wehh!

Aku: Bekas pesilat negeri pahang tau... Jangan pandang ku sebelah mata....hehe

Tuesday, March 1, 2011

Owhhhh Sandra Azwan!

Ngee~~~ sapa tu??? Ekceli aku ditag di blog sana tapi terasa nak buat kat blog sini memandangkan aku jemu tengok header aku yang hari tu dan korang pon nampak kan aku dah remove dengan meninggalkan status:

~TAK NAK LETAK HEADER~

Actually, bukan tak mo...tapi header aku tak lawa pon *sob sob* Sebab tu aku teruja bila mama kembar 3 tag aku untuk join INI

Lebih mengujakan aku lagi bila view blog Sandra Azwan ni beb! Superbb....seriously nampak sangat fresh!



Urban muslimah...nice jugak kan kalau dapat header konsep ala2 macam ni....cuma tambah sikit lagi, urban muslimah mommy...ahaha

Suka tengok all these sketches! Kerja seni yang sangat teliti! What a lovely art!


Last but not least, this is why the reason I'm making this! Hihiiii..Untung-untung tagline tak nak letak header aku tu boleh buang jauh-jauh kan...


Nak tag: Ujang, Adzriel AB, Kak chik@ella, Cik Jue & Angah (will inform them)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...