Tuesday, January 5, 2016

Pacific Regency Hotel Kuala Lumpur


Masih lagi dalam mood nak habiskan cerita cuti-cuti hujung tahun 2015. Target nak kembali aktifkan blog ni lah kononnya. Dah kata jobless kan...takkan tak de masa? Padahal makin bizi adalah...hihi. Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah semenjak jadi stay-at-home-mom ni. Holiday kali ni sambung lepas Janda Baik, balik kampung Jelebu jap... pastu settle kan urusan bisnes kat KL sambil2 bawa anak2 makan angin keluar asap.

   

Kali ni aku booking Pacific Regency Hotel berdekatan Menara Kuala Lumpur. Kalau tak silap katanya hotel bertaraf lima bintang. Rate sekitar RM 240 semalaman kot. Lupa dah. Padahal baru beberapa bulan yg lepas...haha...ok, malas nak tengok bil.

Kenapa hotel ni jadi pilihan? Meh tengok ruang dalam bilik!






See...luas giler kan. Even though ada 1 je katil King size tapi tak kisah la. Budak2 ni mmg tido berhimpit pun kalau dalam aircond, yg penting ada tempat untuk anak2 membuas.



Siap ada dapur letrik lagi tu. Tapi tak masak apa2 pun. Sebab makan kt luar.


Yg ni pun kriteria penting jugak. Bath tub like a must kalau bawak anak2. Kalau tak de, kena cari yg ada pool. Baru la diorang enjoy.




Pool pun ada...tapi kat rooftop. Melawat je. Tak berendam pun. Sebab kebetulan ada pelancong2 asing yg berpakaian sangatlah tak sesuai untuk tontonan anak2 dan bapak nye...haha



Janda Baik - The Best 2015 Family Short Vacation!

Assalamualaikum...phewww... lama betul entry ni terperap as draft. Maklumlah bisneswoman kan bizi...kihkihkihhh...padahal line slow nk sumbat gambar bebanyak memang la kann...

Holiday kali ni sangat2 lah last minit preparation. Alamak! Lupa dah bila ni...malas nak flahback tengok date. Tapi kira-kira one week before school holiday around November 2015. 1 family dpt berkumpul kecuali second sibling with his wife yg baru balik honeymoon... tak dapat nk join lah kan dh banyak amik cuti.

Percutian kali ni ditaja penginapannya oleh Dapurshaz Enterprise (baruuuu je register kat SSM semalam! hahaaa). Ok, since last minit booking..dapat lah booked Ena's Place. Tengok review kat blog pun macam ok..so proceed!


Utk chalet yg ada 2 bilik ni, rate per night RM 300. Tambah RM 50 sebab kitorang sewa dapur skali. Yg dapur n food ditaja oleh cik Misi.



Chalet ni ada ruang makan berasingan. Ala2 camping pun ada. Kat bawah ni bilik dapur yg kitorang sewa. Complete peralatan nak masak. Nak BBQ pon buleh.




Permintaan ayahanda nak makan sandwich.


Lambat nauuu nk hidupkan apinya...last2 otai turun padang...haha







Muat 4 bijik skali susun kt depan chalet. Kat bawah ni gambar kt dalam. Ada connecting room kira sesuailah kalau nak dtg dlm group yang besar... Apa2 pun semua enjoy, umi siap request nak datang lagi. Ye la..dah tua2 ni kan ni lah masanya diorang nak rest and relax. Insya Allah.



Aleena Tudung Tawarkan Tudung Murah!




Jika diperhatikan, koleksi tudung semakin hari semakin mahal dan ada yang sampai mencecah harga ribuan ringgit Malaysia. Adakah tudung yang dijual dengan harga yang amat mahal ini benar-benar menjanjikan keselesaan dan menjadikan anda kelihatan lebih menarik? Well, ramai wanita bersetuju bahawa koleksi tudung yang murah juga ada yang diperbuat daripada fabrik yang berkualiti dan memberikan anda keselesaan yang sama. Soal penampilan pula, ia terpulang kepada teknik dan kreativiti si pemakai untuk mengenakan tudung tersebut agar tampak lebih menyerlah. Oleh itu, bagi wanita bertudung di luar sana, jangan bazirkan wang ringgit anda semata-mata untuk memiliki sehelai tudung berjenama. Beralihlah kepada jenama-jenama online yang kini tumbuh bagaikan cendawan dengan menawarkan koleksi tudung murah yang juga tidak kurang menarik.




Salah satu jenama tudung online yang cukup terkenal di kalangan netizen adalah jenama Aleena Tudung. Boleh anda temui di ZALORA Malaysia, jenama ini menawarkan aneka koleksi tudung seperti wide shawl, cotton shawl, satin shawl, instant shawl dan banyak lagi dengan tawaran harga yang cukup murah dan berbaloi untuk dimiliki.


Bukan sahaja murah, anda juga tidak perlu bersusah payah mengharungi kesesakan lalu lintas kerana koleksi tudung ini akan dihantar terus ke rumah anda dalam tempoh masa yang amat pantas. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pulangan semula secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Tunggu apa lagi? Buat pembelian anda di Aleena Tudung hari ini juga!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...