Sunday, July 31, 2011

HR steak house terbaik!

JJCM terakhir sebelum ramadhan, salmon, chicken chop, milo ais dan laici hanya RM23.50 je. Murah kan! Kat kg baru ni.

Saturday, July 30, 2011

Mengandung & Bersalin itu seronok!

Klik SINI untuk cerita aku bersalinkan Aniq Zaquan. A year ago...

Pejam celik pejam celik, dah setahun rupanya. Teringat lagi tahun lepas, sehari sebelum menantikan kelahiran adik..aku sempat berjalan-jalan ke Putrajaya, tengok wayang di Alamanda secara percuma (kerana pengurusnya merupakan kawan sekolah suami, thanks untuk layanan 1st class itu!). Kami turut dihidangkan 'makanan & minuman', macam honeymoon package plak..hihi...

Lepas tengok wayang...makan2 di Kajang, dan bersolat di Masjid Putrajaya. Sehinggakan aku ditawarkan kerusi roda...tapi aku tetap memilih untuk berjalan walau terkedek-kedek. Malu lah kan, pergi tengok wayang boleh, takkan nak pergi solat kat masjid sampai perlu wheel chair..hehe

Miss the moment... now genap setahun sudah. Happy Beday Aniq!

*Rindu nak mengandung lagi....err......

Friday, July 29, 2011

Seharian di Pakistan Zindabad!

Semalam aku ke Pakistan. Tak percaya? Atau korang nak ikut aku gi Pakistan lagi hari ni? Klik SINI.

Dah sampai? Okey, korang stay je kat situ. Aku rasa, sehari dua dah cukup kot untuk korang jelajah ke seluruh bumi 'Pakistan Zindabad' tuh. 

Sebelum aku mengulas dengan lebih lanjut, marilah kita bersama-sama menyedekahkan bacaan Alfatihah buat arwah 'nafastari'. Walaupun penulisnya dah tiada kat muka bumi ini. Tapi arwah dah meninggalkan sesuatu buat kita semua. Karya penulisannya aku kira cukup berbakat. Sekali imbas, ala-ala Habiburrahman El-Shirazy.

Penceritaan arwah mengenai kehidupannya di Pakistan membuatkan aku terasa seperti berada kat sana juga. Dan rasanya cukup lah sekadar membaca catatan arwah. Aku langsung tak berkeinginan nak menjejakkan kaki di sana :)

Dating malam jumaat

*edited*

Adehh...dia buat hal lagi...penat2 je aku taip semalam, ghopanyer keluar tajuk je??? Hurm... Cerita dating ni bukan dengan suami, tapi insan lain... yang berumur 2 tahun setengah..ehehe

Laki aku sebok tengok bola...umpan lah apa sekali pun, tak de nyer dia nak keluar.... So, destinasi aku semalam  Pizza Hut, tapi tak makan pizza...kitorang makan merepek2...ahaha...

Tujuan asal semalam nak keluar beli syampu je... Tapi kena pow Pringles jugak...huhu... Harga hampir sama dengan syampu aku!

*Lepas ni kena pk banyak kali kalau nak detim berdua ngan anak dara.

Thursday, July 28, 2011

Nikmat hidup dah kembali

Alhamdulillah, setelah 3 hari pemergiannya, aku dah dapat kembali nikmat hidup iaitu MAKAN. 3 hari sebelum ni, aku sampai tak sehat...tak lalu makan... sedih sangat. Sebab? Yang sebenarnya...

Kawan baik aku kat opis, kawan kongsi sebungkus nasik kerabu pagi2, kawan lunch yang mesti nak makan nasik hari-hari...kawan yg setia menemani aku kat surau time memerah susu, dah pulang ke Sabah. Aku rasa macam lost sangat2. 

Kat rumah boleh la lupa sebab ada anak2. Bila masuk opis, kosong sekosongnya aku rasa. Sebab tak de lagi kawan yang sekepala. Dah la Sabah tu jauh..ntah bila lah lagi aku boleh jumpa. Aku bukan orang senang yang boleh pejam mata je beli tiket flight dan terbang ke Sabah. Bukan rezeki aku lagi buat masa ni. Mungkin in future.

Tapi hari ni nampaknya semua dah kembali pulih. Aku dah dapat makan nasi sepinggan penuh, dengan sup tulang semangkuk, 2 jenis sayur dan segelas teh o ais. Licin! Alhamdulillah.

p/s: korang pernah berpisah dengan kawan baik?

Dah loya-loya baru nak gelabah!

Alhamdulillah, rezeki suami aku dapat gaji awal sekarang ni. So, semalam list food to eat aku sangat lah mencurigakan suami. Di antaranya:

-Durian
-Spaghetti SR/Pizza hut
-Steamboat MAEPS
-Nak makan kat kedai makan yang bumbung dia tiga segi (ni mengidam masa mengandung kakak)

Tapi, bukan makanan2 itu yang kami cari dulu. Memula keluar rumah je terus melencong ke Klinik Zuraidah. Dengan harapan, nama Zuraidah ni doktor pompuan...boleh la aku injek malam ni.

Sekali... yang bertugas malam tu, male doc.. adoyaiii... nurse siap tanya lagi...

"Boleh je nak injek Puan, tapi doktor lelaki lah..."

"Injek kat mana?"

"Bontot"

Ok takpe, sekian terima kasih.

Pencarian malam itu diteruskan dengan membeli barang dapur. Tapi aku tunggu dalam keta je. Menetekkan si bujang tuh. Malas nak berenyah bersesak2 dengan orang ramai. Maka, aku pejam mata je lah merelakan barang apa yang suami aku beli. Tak boleh bebel2 kalau ada yang tak berkenan. Nanti tobat dah dia tamo shopping kan lagi..kih kih kih.

Balik dari PPMJ (murah beli susu +pampers kat sini, lg murah dr Giant, Tesco etc...), singgah beli durian dengan mata kucing... terus balik rumah. Singgah kedai depan rumah, tapau nasi goreng cendawan dan nasi goreng ayam untuk suami. Itu je nafsu makan aku untuk semalam. Segala senarai mengarut mak nenek sebelum keluar rumah tu hanyalah nafsu syaitan semata-mata. 

Malam tadi berjaya kawal. Malam ni? Kena usaha! Aku nak buat kari sardin.

Wednesday, July 27, 2011

Ada hikmah di sebaliknya

Aku rasa readers yang setia di blog ni mesti perasan. Akhir-akhir ni aku kerap sangat bermain dengan perasaan kan? Tengok drama sedih pun sampai terbawa-bawa, baca blog orang yang kematian suami pun, aku emo macam lah aku yang alami, ikut kisah isteri ditinggal suami ponnnnnnnnnn aku yang lebih2 terasa, seolah-olah aku yang berada kat situ. Tu belum lagi aku bukak novel yang cerita sadis2...harus aku tersedu2 sorang2, sambil cover kot2 nanti laki aku nampak, kantoi lah... tak macho comel lah aku nangis baca novel kan!

Korang perasan tak aku macam tu??? Kalau korang menyedarinya, tahniah...kerana itu benar-benar menunjukkan korang sayang kat aku...kih kih kih.

Dulu aku tak macam ni tau. Aku orang yang paling keras hati. Tak mudah nak layan perasaan-perasaan macam ni. Mungkin sebab aku dah bergelar ibu, maka perasaan aku lebih sensitif? Hurm...mungkin...

Tapi sesungguhnya aku lebih mengenali diri aku. Aku tahu, ni petanda Allah sayangkan aku. DIA nak aku kembali ke pangkal jalan. DIA nampak aku dah tersesat jauh. DIA nak aku kembali sebagaimana aku yang dulu. DIA nak aku mafaatkan Ramadhan yang tak lama lagi menjelma. DIA nak aku tinggalkan perkara2 lagha yang aku pernah buat.

DIA sayangkan aku!

DIA nak aku berbakti kepada suami selagi hayat aku ada, supaya dengan mudahnya DIA masukkan aku ke syurga. DIA nak aku jaga batas2 sebagai seorang isteri supaya DIA dapat masukkan suami aku juga ke syurga. DIA nak aku balas jasa ibu bapa selagi mereka ada. 

DIA sayangkan aku!

Rabu Tanpa Kata # 1 Pergi Tak Kembali

Rabu ini tiada gambar bisu yang akan bersiaran. Tapi aku kematian kata. Hilang kata ibarat suami mereka yang pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Semoga tabah ye kak Mawar dan mek Yusz

*Kejadian dah lama, tapi aku baru terbaca :(

Tuesday, July 26, 2011

M.A.I.D


Sinopsis nya di SINI ya!

Aku paling suka baca novel, sebab suka berangan! Dulu2...aku selalu berangan nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal la...kahwin kontrak mula2 benci pastu sayang la...dan memacam lagi... tapi alih2nya aku galak jugak bercinta...tak meninggalkan kesan! Kih..kih kih...

M.A.I.D... Buku kedua yang aku baca dalam stok sedozen novel tahun ni. Yang pertama tu haruslah karya Habiburrahman kannn.. tu pon ada satu lagi novel beliau yang aku belum baca, sebab sayang...ahahaha...Felikss. Kalau baca kang, nanti cepat habis...Kalau dah habis nanti, tak de lah lagi karya beliau yang belum aku baca. Merepek.

Ok, berbalik pada M.A.I.D... aku teruja nak baca sebab tebal! Tapi sayangnya, separuh masa pertama teramatlah membosankan...huhu...pengakuan ikhlas dari aku ni. So, kalau korang nak beli, belah tengah novel tu...mintak nak beli yang belah2 belakang je...hihi....buleh gitu?

Then, setelah berbulan aku tersangkut kat part membosankan tu, maka last week aku keluarkan semula ketika kebosanan tv direbut oleh sang suami yg nak tengok bola...dan terjadilah adegan senyum2 kambing tu..

Rumusan? Not bad, part dah kawen lahhh...hihi...tu aku kata aku ni suka betul berangan kalau baca cerita2 cinta lepas kawen :) Kalau belum kawen, kurang sikit kemenggeletisan aku nih...ahaha!

*Kurang produktif dalam bidang jahitan minggu ni sebab kesakitan tulang belakang yang semakin menjadi-jadi*

Loya. Mual.

Tak tahu apa kena hari ni... ..kejap rasa nak muntah, kejap tak nak muntah.... Para doktor sekelian, tolong bagi tahu apa penyakit aku ni?

Nota kaki: Bendera Jepun dah dekat setahun ni tak naik2....huhuuu

Monday, July 25, 2011

Dah seminggu lebih Farid meninggal

Fanatik sungguh aku kali ni. Seriously memang terkesan sangat sejak Farid pergi... Sebab dia nak sangat anak, tapi bila dah lahir, dia tak sempat tengok anak dia :( 

Ku susuri malam ini, yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang, dalam kelam kusendiri.

Ku mencari hembus bayu, yg selalu berbisik madah rindu,
Kini membisu dalam sayu, tidak kutemu suaramu.


Kekasihku di jalanan yang berliku, di saat kuperlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu, di sini ku tersedu-sedu


Setelah cinta pergi, ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi



Sia-siaku mencintaimu, setia padamu, percayakanmu
Sebak dadaku, retak hatiku, luka jiwaku...dihiris pilu
Beribu sesalanku


p/s: Lagi sedih bila disahkan mengandung masa suami dah pergi buat selama-lamanya kan :(

Degil

Pagi-pagi Isnin dah nak buat perangai degil kan. Dulu yang lain, sekarang yang tu dah ok. Orang lain pulak. Kita kena ingat, kita ni kerja dengan kampeni swasta... bukan keje gomen yang boleh sesuka hati je kau nak pergi makan minum pukul berapa (ni menurut kawan aku tauuuuuuuu...bukan aku suka suki tuduh, tapi memang betul dia citer 2 minggu pertama dia masuk keje gomen, makan minum kadang2 sampai 4 kali sehari! bekpes...brunch, lunch...teatime..)

Kat sini, kalau dah kata opis hour mula kol 9, maka jangan lah kau gatal-gatal tangan nak buat megi, bancuh air plak. Memang mendapat lah nanti.

Pastu bila kengkawan sarankan kau pergi makan kt pantry tu...ikut je lah kan. Logik ke kol 9 pagi makan megi depan PC???

Sunday, July 24, 2011

Baju melayu hijau serindit

Minggu yang kurang produktif, lagi membosankan. Maka jom lah kita menghabiskan novel2 yg dah berbulan beli ni...

----------
Sent from my Nokia phone

Saturday, July 23, 2011

Senyum kambing

Di kala ni malaysia tengah lawan singapore, 3-4. Kesian tengok muka laki aku, berkerut2 dia mengharapkan kemenangan malaysia.

Tapi aku plak tengah senyum2 kambing. Dah lama tak layan baca novel. Ada sedozen lagi yg belum bukak plastik.

Citer tengah syok ni, nanti dh abes baca, aku story k. Yg pasti, dulu aku memang x suka novel ni. Separuh masa pertama giler bosan wei...dah 3 bulan baca, tak habis2.

Tp ni dah masuk 2nd half, mcm best lah pulak!

----------
Sent from my Nokia phone

Kerek Episod 2

Lhoo...patut lah aku check email...komen korang tak de yang berkaitan dengan kerek yang aku cerita....rupa2nya keluar tajuk je? Cesss...penat aku menaip...Ni yang malas nak hapdet guna henpon..huhu...

So, nak jugak cerita pasal kerek ni. Buat kak No ngan kak zila...ni tak de kena mengena ngan kerek lagge atau nissey kerek tu ye..hihi....

Ni cerita jiran. Jiran aku. Tak tau lah dia buat majlis apa kat rumah pada malam tu. Malam Jumaat. Nak kata buat kenduri tahlil, tak de pulak dengar orang 'ngatik'. Kereta penuh sampai depan rumah aku. Ok, tak kisah la as long as tak menyusahkan walaupun kereta aku kat sebelah dah kena block... Tak pe, aku nak keluar gi mana memalam ni kan...so, biarkan je lah.

Sekali masa kitorang bersiap2 nak tidur, around 11 pm camtu, rumah dah kunci siap2...dan laki aku pon dah masuk bilik sebenarnya, tetiba je ada orang ketuk (tetamu jiran aku), mintak tolong alihkan motor yang kitorang park depan pintu rumah...katanya kereta dia nak keluar tak muat.

Hek eleh minah ni... pesal kau tak suruh kaum kerabat kau yang lain (yg block kereta diorang) tu alihkan keta dorang??? Kau tengok jam tak pukul berapa sekarang ni? <--Oke, ni dialog dalam hati aku je. Dialog kat mulut:

"Laa... masuk reti, nak keluar tak reti ke?" Kerek tak? Tetiba aku rasa cam kerek je bila cakap macam ni...haha.. Well, satu hal dah aku nak kena panggil laki aku keluar...pastu nak bukak segala mak nenek kunci pintu yang ada...

Kalau jiran kau tu berbudi bahasa datang secara sopan memaklumkan malam ni nak buat kenduri, mintak maaf la kalau menganggu ke...bla...bla..bla...tu aku boleh terima lah.

Jiran aku ni bengong2 plak aku rasa...yang Indon mari semua baik, tak de masalah...pandai berbudi bahasa... yang orang sini semua macam @%$*&&

Masa baru2 dulu, jiran aku ni lagi bengong...ada ke dia siap standby nak rebut parking...bila laki aku keluarkan keta je (nak dtg amik aku), dia cepat2 park keta dia dalam garaj aku??? Kejadahnya bahlollll kau nak rebut2 parking yang sah2 berzaman2 aku punya??? Dah terang lagi bersulung garaj tu sebelah rumah aku, tak kan parking kau kot? 

Balik je dari amik aku, terus laki aku hon...soh dia keluarkan balik...haha...padan muka kau! Nak rebut sangat kan, hormat lah orang lama kat situ...kau baru pindah bawak2 lah beramah mesra dulu sebelum main belasah je....

Yang sekor lagi tu pulak suka betul bukak workshop tengah2 malam. Sebelah bilik tidur aku pulak tu! Kalau dah memekak sampai kol 1-2 pagi, dah tu aku kena tunggu lah sampai geng2 dia dah balik baru aku boleh buat projek tido dengan aman?

Akal kat lutut!

Friday, July 22, 2011

Biasa pegang telur kecik je

Rentetan dari kisah terpotong jari (read: terhiris) gara2 nak membelah telur masin, petang tadi.

Kepulangan suami disambut dgn aduan isteri yang saja2 mengada nak bermanja2 kan.

Suami: macamana boleh terpotong plak.

Isteri: telur tu yang salah...besar sangat.

Suami: tu lah...biasa pegang telur kecik je kan.

Isteri: *kebingungan*

p/s: telur sapa lah yang kecik tu...waka waka eh eh...
----------
Sent from my Nokia phone

Semalam dan hari ini.

Semalam banyak entry,
hari ini baru satu ni.

Semalam kau pening sorang2,
hari ini berdua dgn si kecik

Semalam hujan, best je nak layan tido,
hari ni panas kemain, duk bermandikan peluh je.

Semalam ada mood,
hari ni tak ada mood,

Semalam aku ok lagi,
hari ni aku dah k.o,

sekian.

P/s: bertambah sakit selepas memotong jari sendiri masa nak belah telur masin. Sebbaik bukan ibu jari, kalau tak, langsung tak de entry lah hari ni.

----------
Sent from my Nokia phone

Thursday, July 21, 2011

Kerek

Rawatan tergendala sebentar

"maaf ye, rawatan tergendala sebentar. Ada kecemaran di bilik 9"

ok lah, dimaafkan sebab pesakit pun tak ramai. Mesti korang fikir aku yang nak jumpa doktor kan? Tettt...salah. Jawapannya aniq zaquan.

Elok je aku siapkan order org dgn gear yg paling rendah tadi, pihak taska call bgtau aniq muntah2.

Nampaknya virus dh mula merebak. Dan aku amat2 keletihan sekarang ni.

----------
Sent from my Nokia phone

Workaholic?

Ingat nak rehat yang sebenar2nya rehat, atau dalam ertikata lain terbaring depan tv sambil biarkan tv yg tengok aku.

Tiba2 terpandang whiteboard...list order yang kena siapkan. Ada yg aku janji nak pos hari ni...huhu.. Nak x nak kena la jugak bangun dan mengadap punca rezeki aku yg no.2 ni...

Penat tau buat keje bila selsema teruk ni...asek meleleh je kan. (sorry kalo korang tengah makan). So, alternatif aku adalah memotong sambil berbaring..haha. Barulah senang nak kawal aliran air tu...hihi...
----------
Sent from my Nokia phone

M.C

Aku suka mc. Jadi mc. Ambik mc. Dua2 aku suka. Tapi hari ni mc sebab tak sehat. Kan best kalau mc time sehat. Tak lah melepek je kat rumah.

Korang x pernah ke mc time sehat? Hehe...nampak sangat aku sorang je yg jahat ek. Ala...bukan selalu pun. Setahun skali leh la buat.

Tu pun aku buat kalau dh ujung2 tahun, cuti dah zero pastu anak plak x sehat. Nak x nak g la kautim dgn doktor!

P/s: cuti tahunan aku dh habis...huhu. So jangan mimpilah nak cuti raya lama2 nanti... :(
----------
Sent from my Nokia phone

Wednesday, July 20, 2011

Kunci

Penting kunci ni. Tak kira lah apa kunci sekali pon. Tapi aku ada je kunci yang tak penting. Dah hilang dekat 2 tahun, tapi malas nak report. Karang kena bayar denda, rugi..rugi... Baik tunggu aku benti keje nanti. Lagi pon locker tu aku tak guna pon. Sumer barang haku seludup gak naik opis...hihii... Oke, itu kunci locker opis.

Ni nak cerita pasal kunci rumah. Aku suka buat acuh tak acuh. Sebab aku tau laki aku memang sangat alert bab2 kunci ni. Lagi pon kitorang laki bini keluar rumah sama-sama dan balik kerja pun sama-sama. Maka, penting ke aku pon bawak kunci rumah? Dilihat seperti tiada kepentingan di situ kan?

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...bila kejadian aku dah macam nak pengsan sakit kepala selesema badan seram sejuk bagai...dan nak ambil MC, sekali teringat kunci rumah tak tau campak mana...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Rasa nak nangis!

Nak tanya laki aku, kt mana kunci rumah aku...tapi takut kena marah :( Now, dlm handbag ada kunci keta je... biasanya kunci rumah aku mmg dalam kereta. Tapi semalam laki aku geledah cari tak jumpa plak.

Bila gi kerja menumpang husband..tak de masalah nak balik rumah..amik je cab, apa susah. Tapi bila tak de kunci???

Gambar Bisu Hari Rabu #5 Pisang Petak


Ini jawapan kepada entry aku pasal cekodok pisang tu ye [Klik SINI]. So, kengkawan, pisang apa ni?

Sakit kepala tapi boleh pulak menjahit?

Tu namanya pelik bin ajaib. Walhal jarum mesin sama laju je bergerak dgn air yg mengalir keluar dari hidung...huhu..

Kalau dh minat, sakit cemana pun gagahkan jugak kederat tu kan. Cer suruh g keje? Konpem laju je aku melencong ke klinik amik mc.

Harap2 esok sehat dah. Tak sabar nak masuk opis. Gila kerja?

Eh, taklah...aku nk jumpa opismate kat R&D, nk tayang baju ni...hehe. Sambil2 mnta pndapat cemana nk kecik kan bhgian leher.

Nama aku nak eksaited pasal kerja? Idak ler teman!

Tuesday, July 19, 2011

Rasa itu...

Mengalir laju tanpa dapat ditahan-tahan lagi, rasa itu lah yang paling aku tak suka. Namun siapalah aku nak melawan ketentuan-Nya...

Bermula dari gatal2 di tekak dan mata, akhirnya selsema Aniq berjangkit jugak kat aku... tak larat dah nak menyedut naik hingusan tu...sebab ianya lagi laju mengalir dan aku hanya mampu sekat dengan tisu je.

*Ada yang tengah makan ke?*Hihhiiii..

So, agak2 kalau aku MC esok tu...maka korang tau lah sebab apa ek.

Tak Berkembang

Perkembangan yang aku maksudkan ni bukan lah saiz baju atau saiz seluar mahupun saiz badan. Juga bukanlah minda serta otak aku yang tak berkembang. Sebaliknya, yang aku rasa tak berkembang ni (mungkin korang juga alami, tapi tak sedar) ialah dalam dunia blog.

Pesal ek aku rasa macam pi mai pi mai tang tu je...tak terjumpa pon blog2 lain yang best...hehe...

Antara yang aku suka singgah tu selalu nya hat tu je lah aku ngadap hari2...hihi...Kalau nampak je dorang ada update entry terbaru, maka lajuuu je aku menyinggah


    1. ! Erti Kehidupan... - Ujang....sapa tak kenal kan... kuat melucah budak ni
    2. !~ Life 101 - Wife kepada Ujang, Yana
    3. "mamaema punya cerita" - Blog mamaema
    4. .::Cerita Hati::. - Blog Farah...Dia rajin singgah sini, so aku pon suka pergi sana...hehe
    5. SERBOMOKNIKO - An old fren of mine... Suka layan entry kak sah kalu dalam bahasa ibunda kami...hihi
    6. ::OnE HaPpy FaMilY :: - My cousin! Kami mempunyai datuk yang sama, tapi nenek yang berlainan...hehe...kan Kak Na?
    7. ::Bersama KAK ES:: Tak tahu nak describe apa, tapi suka baca blog kak Es ni...
    8. Adzriel AB - Pernah jumpa kak liza kat kenduri Ujang
    9. Aidid Mu'addib - Kalau betul2 tak de kerja, rajin gak aku gi study pasal MLM kat sini
    10. Akak Nora Berkisah - Baru lagi melepak di blog Kak Nora...
    11. AKUANAKPAHANG - Saya sokong blogger Pahang...hihi
    12. BLOG LIPISLADY - Again...sebab sekampung, maka aku suka la baca tulisan blogger orang kampung aku kannn
    13. blog piasara - Blog kak pia ni, kalo tak silap aku kenal kat blog kak chik ella...
    14. CIK LA ADA BLOG - Ini isteri blogger fofular, jarang2 dapat tengok hapdet entry ni...busy manjang...hehe
    15. Dari Jari-Jari Halusku .... - Admire dengan kekuatan KC menguruskan kehidupan, bizi manjang tapi enjoy!
    16. FLOWER'S OF MY LIFE - Blog kak Ati... MIL dia pon orang Lipis gak
    17. Hanis Azla@Blog - Suka sebab entry dia panjang2 tapi membuatkan kita rasa nak baca every single word.
    18. Hidup Itu Indah - Belog kak Lydia Miza... suka napa ek? Hihii....saja suka2...
    19. Ini Bukan LUCAH! Ini Kenyataan - Ni blog ahkak geli2, penuh kontrobersi masa drama Nora Elena dulu. Tapi ekceli aku follow dia sebelum dia fofuler lagi...
    20. Isteri Encek Bard - IEB, sangkut ngan blog ni bila kerap tengok kat blog ujang
    21. It's Mine.. - Wida! Rajinnn sangat singgah kat blog anak2... Thanks dear!
    22. jeBateja - CoRak CaRik - Haiiii hang jebat! Start kenal dari blog kak liza, then find out yang wife dia pon warga LEpeh gak.
    23. KAKCIK SEROJA - Suka dengan footer quotes kat setiap entry kakcik...mesti ada gambar adik kannn....
    24. Life with Sandra..... - Design dia sangat superb....
    25. Memories - Blog qemaishak... Rajin singgah sini sejak dari mula lagi... Thanks qema
    26. Miles of smiles - Mama Zharfan...suka tengok MZ bercerita pasal kemenangan beliau...hihi....Memang sentiasa bertuah.
    27. Model-80an - Kak Nani, ni bonda Hanis Zalikha... supermom jugak ni... 
    28. Musings of a Mualaf - Lain dari yang lain, cerita seorang mualaf....
    29. Mutiara NoLan - Yuhuuu kak No...kenal dari blog anak2 lagi...now dah pindah semenanjung, dulu kat Labuan
    30. Realiti Sebuah Kehidupan - Blog ni yg aku suka baca bila nak cari kekuatan diri...
    31. senyum-senyum - Sehari berkali2 singgah, sebab kak diana rajin gilosss hapdet blog... Suka baca dialog2 Maisara yang sangat bijak!
    32. Strider Buzz - Baru2 lagi kenal, btw..nice blog!
    33. Ummi to 3Nur's - Ni blog Chekgu Azrine... ponn baru2 lagi berkenalan, tapi aku suka singgah tiap kali ada hapdet entry baru
    34. Yuyu Zulaikha - Blogger kecik molek je orangnya.... suka sangat makan cekodok...hihih
    35. ~Blog Yus - Our Life~ Blog kak Yus, ponnn kenal dari blog anak2 jugak. Boboy kami sebaya...

Perghhhhhhhhhh...lenguh duk klik2 sana sini nak dapatkan link ni semua...hihi.. Korang selalu singgah tak blog2 kat atas tu? No. berapa yang korang mesti wajib singgah hari2? Jawab..jawab...gigih aku letak nombor 1 sampai 35 tu tau...ahaha

p/s: Kalau ada lagi blog best2 yang aku tak senaraikan...share la ngan aku ek...supaya otak aku lagi berkembang...hihihihiiiiiiiii

*Entry yang paling lama aku ambil masa untuk siapkan*

Monday, July 18, 2011

Kuey teow sup bantat

Napa eh kalo masak kuey teow atau mee atau bihun berkuah ni, biar je lama sket mesti nak kembang? Memang gitu ke?

----------
Sent from my Nokia phone

Sampai hati nak BUNUH cikgu sendiri

Tak tahu lah aku ada ke tak orang macam ni kat dunia ni? Dah la kurang ajar dengan cikgu, ada hati pulak nak BUNUH???

Ish....ni yang buatkan aku tak senang duduk menantikan kisah akhir drama bersiri JUVANA malam ni! Kita tengok...betul ke Botak nak bunuh Cikgu Zakiah? Sebab nampak dalam iklan dia kata nak BUNUH kan???

Jangan beli kupon/baucer di Grou**m*re

Korang ingat lagi tak entry aku yang promote baucer Kamdar kat SINI?

Aku punyalah eksaited kan, sekali rupanya boleh pulak syarat dia kalau tak cecah hit buyer, deals tu cancel...dan duit akan dikembalikan. Oke, itu satu hal. Mungkin aku yang gelojoh dan tak perasan, syarat tu ada tulis kat web, under page How does it work kalau tak silap.

Tak kisah la, sebab lepas aku dah purchase tu.. ada email menyusul dan memberitahu, kalau tak sampai hit target, duit aku akan dipulangkan dalam masa 7 hari bekerja. 

Beberapa hari selepas itu (aku tak ingat baper hari, malas nak kira), aku dapat email yang mengatakan deal tu cancel sebab tak sampai hit target dorang. Oke, fine...tak pe lah...so aku tengok dorang tulis duit akan dipulangkan dalam masa 10 working days!

Aku ingat aku yang salah tengok... gigih aku korek semula e-mail...dan ye, memang betul...1st email cakap 7 hari. Dah tu bila cancel, 10 hari la pulak...

Sekali aku tengok kat web...14 working days!!! Gilerr bapak lah cakap belit2...huhu.... Then aku tak puas ati, balas email tanya macamana dorang refund etc... And guess what? Last result 14 working days...

Kejadahnya baiiiiiiiiiii kau nak peram lama2??? Dah la berbelit macam @#&$

Okey lah, mungkin doploh hengget ++ aku tu tak banyak kan...tapi kau tau tak apa makna doploh hengget tu kalau tengah bulan??? 


*Lepas ni tak mo dah beli ngan Groupon! Baik lagi Milkadeal...

Kisah di sebalik Cekodok Pisang

Cekodok Pisang dalam cerita ini tiada kena mengena dengan cekodok di dalam entry INI. Ini ceritera hari minggu yang lalu, sehari selepas kisah cekodok marah itu. Satu panggilan dibuat ke kampung.

Anak: Hello...assalamualaikum umi...buat apa tu? Bla...bla...bla....


Ibu: wassalam....tak buat pape...tunggu maghrib ni...bla...bla...bla.....


Dan perbualan berlanjutan (read: banyak konar2 sebelum sampaikan maksud)


Anak: Eh, umi...nak wat cekodok pisang cemana yek?

Ibu: *Mengucap panjang* Abanggggggggg....anak awak yang dah ada anak dua ni tanya macamana nak buat jemput pisang (baca dalam dialek Klate deh!)

Jerit si ibu kepada suaminya....kih kih kih

Anak: *Masih dalam keadaan nak cover line* Eh, bukan tak tahu...tahu...lenyek2 pisang...campak gula  garam...tepung gandum....siap! Cuma nak pastikan betul ke macam tu....hihihiiii

Ibu: Haa....betul lah tu...dah tu napa nak tanya lagi.


Anak: Err...err...sebenarnya nak tanya boleh ke buat guna pisang ni...


Ibu: Pisang apa?


Anak: Ntah. Tapi pisang ni petak-petak.


Soalannya...pisang apakah yang berpetak-petak itu? Haa...jawab! Jangan tak jawab....haha

Saturday, July 16, 2011

Cekodok marah

Salah satu cara untuk melepaskan marah adalah dengan memasak cekodok. Sebab rasa puas hati bila dapat cincang2 segala benda yang nak dimasukkan dalam cekodok tu.

Dan bila ianya siap dimasak, maka lenyaplah segala kemarahan itu...hehe.

Jemput makan!

----------
Sent from my Nokia phone

Poket Tengah Bulan

Hari ni dah 16hb. So, tepat lah aku panggil tengah bulan, kan? Apa khabar agaknya poket kalian semua di saat ini? Masih lebat kah atau sudah menyusut?

Poket aku nampak gayanya mula menyusut. Haish...pesal ni awal sangat menyusut??? 










Owhhhhhh...baru aku teringat, perbelanjaan bulan ni dah start mengalir untuk keperluan raya sikit2... Beli kain nak wat baju sendiri...hurm... patutlah! So, apa nak buat untuk lebatkan semula ni? 

Yeszaaaaaaaaaaaa... mari kita pulun jahit! Hik hik hik... Alkisahnya semalam bermula la kerahan tenaga. Tapi lebih kepada sukarela...kan bangggggggggggggg? hihii.... Syukur aku dapat suami yang suka membantu.. Potong memotong kain ni, jenuh jugak tau nak kerjakan sorang2... Nak2 lagi ada askar-askar kenit yang penuh dengan perasaan ingin tahu, apa lah mak bapak aku tengah buat ni...

So, hujung minggu ni aku tak ke mana... nak siapkan tempahan2 orang. Tak leh malas2 dah tengah2 bulan ni.... Title 'A' dah kena ragut, sekarang dah jadik 'C'...kih kih kih

Friday, July 15, 2011

Bila suami pergi selama-lamanya

Ya Allah...gelap dunia ni aku rasakan. Sungguh aku tak sangka, rupa-rupanya kata-kata sayang itu yang terakhir aku dengar dari mulutnya. Pagi jumpa seperti biasa, keesokan harinya dah bertukar menjadi jasad yang kaku. Perginya bersama rahsia...

Ni baru laki orang. Bukan laki sendiri. Apahal lak aku nak emo ni??? Laki orang tu pulak dalam drama je ponnnnn....huhuuu.. Tu lah aku bila tengok drama melayu ni... semenjak dua menjak jadi emo terlebih pulak. 

Kesian Anna... 

Thursday, July 14, 2011

Yelah...aku ni kan pengunjung setia

Aku rasa korang tau kan saat dan jam ini aku berada kat mana?

Mereka melayan aku seolah2 aku ni pengunjung setia mereka, yang memahami setiap selok belok prosedur yang mereka tetapkan.

Sangat bangang hokey!

Mungkin mereka penat nak mengulangi memberitahu perkara yg sama, tapi perlu diingatkan, orang yg dilayan itu bukan sentiasa sama. Yang lama dah familiar, yg baru masih terkial2.

Apa salahnya bagi penerangan dgn jelas dulu?

Kalau malas nk cakap byk2 kali, kau tulis dan tampal kat dinding!

----------
Sent from my Nokia phone

Wednesday, July 13, 2011

Pengecut kuasa dua

Napa ek, hari ni aku jumpa orang2 yang pengecut je ye? Versi malam ni jenis berani buat tapi tak berani tanggung. Haish geram aku tengok.

Nak tau siapa?

Farid.

Pandai bagi madu kat isteri.

Madu tu pulak bff isteri dia.

Tapi tak pandai nak terus terang.

Pengecut eh.

----------
Sent from my Nokia phone

Jangan pandang atas

Eh eh...ni bukan cerita hantu tau... sat gi jeBat marah plak aku keluar entry hantu malam2 buta. Ni nak cerita pasal masyarakat kita. Yang tak pernah rasa susah. Mari kita namakan mereka.

A- si kaya
B- si sederhana
C- si miskin

Aku suka nak meletakkan diri aku sebagai B, tetapi adakalanya dan seringkali juga bergaul dengan masyarakat C. Walau aku pernah juga mendongak ke atas mengintai kehidupan si A, tapi aku tak cepat melatah mencaci si C kerana aku tahu, si C itu pon tak minta diri mereka untuk dilahirkan sebagai C.

Dan kadangkala aku juga terhimpit, jatuh menjadi C. Tetapi alhamdulillah, aku diberi peluang untuk bangkit kembali menjadi B.

Ada sebahagian B yang memandang hina C dan mengagung-agungkan A. Kenapa? Kerana mereka langsung tidak pernah berjumpa dan bermesra dengan C, lantas mereka terus-terusan menyalahkan kerana sikap la C tetap berada di takuk itu.

Ok, dapat apa yang aku sampaikan?

Moral of the story...sesekali selami dan kenali dulu seseorang tu sebelum kita menuduh yang bukan2.

Pengecut

Apabila seseorang itu hanya berani menegur kaum sejenis je, manakala kaum yang lain dibiarkan membuat kesalahan secara berleluasa, maka dia aku panggil pengecut.

Kalau nak tegur, tegur semuanya. Kalau penakut nak tegur semua...tak payah tegur langsung lebih baik!

----------
Sent from my Nokia phone

Sayang lagi lawa lah

Semalam kitorang laki bini tengok dua drama TV, Hilang di TV9 dan juga Annissa di TV3. Kedua-duanya menampilkan Rozita Che Wan sebagai pelakon utama. Aku ingat nak buat entry semalam. Tajuknya:

Satu Malam Ada 2 Suami

Kih kih kih...mesti ada yang dapat teka kan. Ye lah...kol 830 pm, jadi bini Zul Ariffin....kol 10.30pm pulak jadi bini Zamarul Hisham. Kebetulan kedua-dua watak yang dibawa tu perempuan hamil.

Tapi petang ni bukan itu isunya. Saja aku nak ceritakan cara para suami menyedapkan hati sendiri.

Isteri: Cantik lah Rozita Che Wan ni...kan bang?


Suami: Cantik...memang cantik...

Lama berhenti. Kemudian sambung lagi...

Suami: Tapi sayang lagi lawa lah...

Hellooooooooooo.... ikhlas ke pujian tu bang? Kalau beza antara wajah isteri dengan Rozita Che Wan tu macam langit dan bumi?


Hidung mancung...muka bujur sireh..kulit putih bersih


Hidung pesek, muka tembam (tapi sembunyi dalam tudung), kulit gelap melekit

Kesimpulannya, wahai para suami..sila berlaku jujur kepada isteri anda...

P/s: Sedapkan hati dengan berkata pada diri sendiri: mungkin kita ni cantik 'lain' kotttttttttttttttttttt.....tetttttttttttttttttttttttt...kih kih kih

Gambar Bisu Hari Rabu #4

Tuesday, July 12, 2011

Cinta public phone

Blogwalking tadi singgah kat blog mama cyda. Tetiba rasa nak share gak cerita pasal telefon yang sudah jarang2 digunakan ni.

Korang sempat tak alami fasa bercinta jenis stok2 bergayut kat tepon awam nih? Aku? Haa...ni yang nak cerita.... Masa awal2 aku kenal laki aku dulu, henpon dah merata orang pakai. So, aku agak tak yakin bila zaman tu ada lagi yang nak bergayut kt public. Mana tau rupanya aku lah yang termasuk dalam golongan itu...kih kih kih. Tapi aku bukan yg bergayut kat public tu, aku adalah orang yang ditelefon oleh penggayut telefon awam...ahaks!

Kenangan tu beb. Siap ada sesi iklan lagi bila laki aku pintas cakap, jap2...ada orang nak guna...hehe...

Rekod paling lama? Sejam setengah kalau tak silap. Masa tu si dia buat panggilan dari public phone kat pasar seksyen 6 shah alam.

Mana dapat syiling banyak2??? Haa...ni yang magic. Masuk doploh sen je, tapi sampai sejam setengah pun tak mati2 lagi...kih kih kih. Kau suka lah ye bang... aku yang duk tercongok melayan ni panassss....panasss beb!













Panas telinga.

Tinggal komen je kalau nak cuba nasib dapat hadiah Clutch!


Ni projek aku tengah malam semalam, tapi rasa-rasa macam nak bagi kat orang je... Korang jangan lah expect yang clutch ni jahitan nya sangat kemas ye...sebab hasil tangan orang yang baru2 belajar...faham-faham je lah kan.

Tapi aku rasa dah cukup kemas jahitan aku ni...waka waka eh eh... Angkat bakul!

Ok, kalau nak cuba nasib dapat clutch ni, jangan tinggal komen kat sini.... sila komen di entry INI ye...

Monday, July 11, 2011

Aiskrim waktu malam.

Haa.. Apa kau orang fikir hah? Aku cakap paddle pop ni, gigih aku tidurkan anak. Tugasan sorang satu. Seb baik serentak tido, leh la kami laki bini melantak aiskrim di malam hari...hehe

Tak boleh makan depan kakak, nanti batuk dia x baik2 plak. So, alternatifnya kne tgu dorang tidur lah.
----------
Sent from my Nokia phone

Hurm... buntu memikirkan

Macamana ye aku nak ke hospital hari Khamis ni. Laki aku belum beri kata putus lagi. Tapi macam susah je nak cuti...huhu

Drive sendiri? Tak de masalah... tapi mengenangkan Aniq zaquan yang semakin membuas tu, aku kena pikir banyak kali untuk drive dari Puchong ke Serdang :( Kalau car seat pon dia boleh lolos, apatah lagi duduk atas pangkuan aku macam selalu. Kalau dekat2 macam dari rumah ke taska, ok lah...

Cari peneman? Puas dah aku fikir...tak de sorang pon yang aku boleh minta bantuan. 

Naik cab? Oh yes...memang option terakhir, tapi aku takut wehhh... buatnya driver tu larikan kitorang, cemana? 

Ok lah. Paling akhir sekali... Suruh je la suami tercinta membuat rayuan untuk dapatkan cuti.

Doakan segalanya dipermudahkan.

Air Tawar

Perlu ke aku berikan air tawar pada Aniq? Atau dalam erti kata lain, air yang telah dijampi/dibacakan doa oleh alim ulamak.

Untuk yang tak tahu lagi kisah di sebalik misteri Aniq Zaquan, anak bujang aku tu...boleh baca kat SINI

Sunday, July 10, 2011

Hantu pink di remang senja

Sebelum menantikan maghrib tadi...siap seekor plushie kaler pink untuk kakak. Kejap je nak jahit ni. Tak sampai stgh jam je kot.

Bila dah siap, aku renung2 cam seram pulak...huhu. Tp anak dara aku dah suka tu, x kan nak buang plak...haish.

Mula la aku byngkan malam2 nanti patung ni hidup. Ish! Dah tau penakut, tp g buat jugak!

P/s: aku buat ni sbb kesian dia xde mende nk main. Nak beli teddy bear, bapak dia tak bagi... Ko main je la homemade patung ni kak...

----------
Sent from my Nokia phone

Breakfast mee bandung muar USJ

Kegilaan pada mee bandung x hilang2 lagi. Mengidam ke hapa ni. Tettt....

Sapa2 nak cuba mee bandung power, meh la dtg makan kat sini :)

----------
Sent from my Nokia phone

Saturday, July 9, 2011

Tak tahan godaan suami.

Ada ke patut aku tengah ralit potong pola beg, tetiba dia datang bawak menda alah ni. Kalau korang, tergoda tak?

Yang x makan durian g main jauh2...kih kih kih.

Jemput makan.

----------
Sent from my Nokia phone

Sejak bila laki aku bertukar kulit ni?

Elok je aku jalan menuju ke kaunter pembayaran di sebuah kedai kain terkemuka kat shah alam, tiba2 aku disapa seorang jejaka hensem:

"dah dapat kainnya?"

Aku terpinga2 kejap. Dalam hati, tersalah tegur bini orang ke mamat ni? Gaya bertanya dia plak macam seorang suami yg sangat lah caring, setia menemani isteri nak shopping kain ni.

Sekali aku tengok s.a yang bawak kain yg aku pilih tu senyum dan tunduk hormat pd mamat tadi..ohoo..bos dia rupanya.

Peka sungguh memerhatikan kot2 ada customer keluar tanpa buat pembelian.

Tapi kan, mahal la kain kt jakel! Ada ke polka dot cotton sampai RM38 semeter??? 4 meter aku boleh dapat kalau kt kamdar tau!even kualiti x sama tp bg aku kain polka dot kamdar lg best.

Ok pas ni blacklist jakel. Eh, tersebut plak nama kedai tu.

----------
Sent from my Nokia phone

Beri Salam dulu....baru lah menyampuk!

Sebenarnya kisah bagi salam dulu sebelum menyampuk ni isu lama.... dari dulu sampai sekarang, tak pernah berhenti. Walau berkali-kali diingatkan, tapi masih jugak berlaku. 

Perumpamaan "Lain kali bagi salam dulu kalau nak menyampuk..." membawa makna, fahami dulu sesuatu perkara tu sebelum nak bagi pendapat peribadi kita. Fahami latar belakang sesuatu cerita tu dulu dan jugak penceritanya, jangan main terjah...nanti kau pulak yang kena gelakkan.

Dalam dunia blog ni sendiri dah banyak aku tengok orang main terjah je bagi komen...padahal kau pertama kali singgah, terus nak condemn.. nak contoh? Ni haaa......entry ahkak geligeli pasal Nora Elena dulu. See? Ramai yang melatah tu sebab spesis tak mengenali penulis entry, tiba2 je nak meroyan kat tempat orang... Kau tak malu eh? Kalau aku, aku malu...

Same goes apa yang kecoh kat FB sehari dua ni...rata2 orang duk hapdet pasal BERSIH, tok sah kata FB la..kat blog pun ada kannn... Tapi ni aku nak citer pasal status FB.

Bersungguh2 sorang ahkak beranak 3 ni cakap hari ni kena pakai baju BERSIH2 (nampak tak ada no,2 tu...means bersih-bersih...bukan BERSIH tu), lepas tu nak pergi berhimpun...seronoknyaaa nak berkumpul. 

Ok done! kalau kau...apa kau fikirkan? Kalau kenalan ahkak ni, terus2an akan menggiatkan lagi(ni istilah orang kelantan, orang luar aku tak tahu nk panggil hapa) kenyataan ahkak ni dengan balasan:

"Selamat berkumpul..."

"Tak sabarnya nak jumpa...."

Dan lain-lain. Tapi kalau bangsa menyampuk tak bagi salam ni, mesti terus melenting!

"Menyusahkan orang saja!" Erk??? Helloooooooooo...tetiba je kau masuk rumah orang dan menyampuk....tiada kemaluankah???

Pernah korang jumpa spesies cenggini?

Shopping raya kat Kamdar! RM25 untuk RM50

Haaa kauuu...hamikkk nihhh... Kemain lagi kan aku duk mengata orang semangat nak shopping raya, tapi diri sendiri pon dah nak terjebakkk... Cer cakap ngan aku, pompuan mana tak tergoda kalau tengok jualan murah ni? 

Pagi ni aku dapat email... Groupon offer baekkkkk punyaa baucer... Tapi nih untuk shopping online lah. Kat Kamdar. Kamdar sekarang dah canggih...hihi... Celik IT sket... aku rasa kedai kain gergasi yang lain2 lum buat lagi kan pembelian menerusi online ni...

So, sapa2 yang nak beli baucer RM 25 untuk nilai RM 50 atau RM 40 untuk nilai RM 100, jommm klik SINI!

Friday, July 8, 2011

Eh eh...rajin pulak dia update!

Ok tak de update pun, saja nak menjakun update entry guna email kat henpon norkiah ni...kih kih kih... Dah nak dekat setahun guna, baru reti update blog guna email...ke memang baru lagi?

----------
Sent from my Nokia phone

Cubaan posing maut

Ingat nak snap gambar diri sendiri dgn muncung itik, tapi macam buruk plak kan. Cer teka sapa ni?

----------
Sent from my Nokia phone

Cubaan suara

Ini hanyalah sesi percubaan menghapdet blog dari email di henpon mengikut tuto yg k'yus share.

----------
Sent from my Nokia phone

Bomoh

Pagi-pagi hari masa beli nasik kerabu ngan jiran depan umah aku tadi, dahhhhh orang bukak cerita suruh aku gi bomoh plak...adeiiiiiiiii

Korang rasa, perlu ke?

Tapi tak payah tunggu orang rasa apa lah...aku sendiri buat masa ni tak de rasa2  nak jumpa bomoh. Selagi doktor pakar tak buat keputusan, aku tunggu je lah...

Kalau betul dia kata tak de pape, sedangkan gelembung air tu masih ada...haaa...time tu kot baru aku pi mengadap bomoh plak, dengar apa kata bomoh...buleh gitu?

Korang penah gi jumpa bomoh tak? Aku? Pernahhhhhhhhhhhh tapi main kirim2 je...haa....pernah dengar tak? Means orang lain yang tolong jumpa kan bomoh untuk kau...kih kih kih.... Dengar cam kelakar eh, tapi ni citer betul tau.

Masa aku study kat ITM dulu, aku ada 'penjaga'. Sampai satu masa ni aku rasa rimas sebab selalu sangat terserempak...siang2 plak tu... Kadang sebab 'penjaga' ni aku jadik lewat ke kelas...sampai sudah tak boleh nak bangkit tidur. Geram tau. 

Pastu aku citer ngan mak aku, maka pergi lah beliau menghadap Puteri hapa tah namanya kat Pasir Puteh Kelantan tu.

Lepas ikut saranan bomoh Puteri, alhamdulillah sampai sekarang 'penjaga' aku tu malas dah nak ikut gamaknya... tapi Puteri tu kata 'penjaga' tu baik...saja nak kacau2...

Baik kejadahnya weiiiiiiiiii kalau dah berapi tuh??? Konpem lah setan kannnn???

Nak tau apa Puteri tu suruh aku buat?

Tabur beras + kunyit +lada hitam kat sekeliling bilik...jangan bg putus dan jangan sapu. Letak jugak sebunjut kat dalam bantal.

Korang penah jumpa bomoh tak?

Thursday, July 7, 2011

Ada kelibat hantu melintas dalam rumah

Macam biasa, jam dah menunjukkan hampir 12 malam... suami ngan anak2 dah lama aku kasi pengsan. Baru senang nak buat projek kat luar. Kalau tak kang, berhambat je ngan anak-anak. Baru nak memotong, mula lah berebut gunting lah...tarik2 kain lah...pasrah mak nokss.

Malam tu malam minggu. Minggu lepas. Nasib baik jugak suami pengsan tanpa menuntut apa2. Kalau tak, mesti rasa malas dah nak menghadap projek yang menunggu kat luar bilik. Tiba-tiba, masa nak keluar bilik...aku berundur...terduduk atas katil semula bila nampak macam ada kelibat 'benda aneh' melayang. Dalam hati aku terdetik...

"Memang dorang ni suka keluar pukul 12 malam ke?"

Nak keluar ke tak...aku masih lagi berkira-kira... Tapi dalam hati aku merenung kembali dengan tajam...ke tempat yang aku terlihat ada kelibat melintas tadi. Baru aku teringat, kipas siling masih belum aku matikan. Nak tak nak, aku memang kena keluar jugak. Huhh!




















Menatang belon minnie ni rupanya??? Cisssssss...potong stim betul! Putus semangat aku nak menjahit malam tu!

Habuan dari Hospital

Tengahari tadi aku dah gi hospital. Ambil tarikh untuk temujanji je ponnn... So, untuk tidak mensia-siakan kunjungan aku ke sana atau dalam erti kata lain, nak bagi minyak kereta aku berbaloi...kih kih kih..Maka ini lah dia santapan yang aku tapau kat kafe Sepital tadi


Cer teka...cer teka...hehe...bukan mee goreng tau... kalau setakat mee goreng, tak payah la tapau kt kantin spital ni kannn...

Ni namanya spaghetti + Beef steak...wahhhh...kellasssssssss kau makan western plak time lunch kan. Sebenornya aku terliur mende alah ni dari semalam lg. Tapi memandangkan semalam aku ke kantin ni dengan perut kenyang, maka aku pandang sebelah mata je lah kan.

So, hari ni aku dengan rasa rakusnya menapau kedua-duanya sekali dengan hanya RM 7 je beb... murah kannn...

Time nak bayar bukak2 wallet tengok ada sekeping je duit merah...hehe...sebbaik cukup..kalau tak, buat malu je kan duit tak de ada hati nak makan sedap2 :)

Eh korang penah ke tapau makanan then tengok2 tak de cash lam wallet?

7 tahun study medic macam tak cukup lagi

Korang nak tahu apa hasil keputusan x-ray semalam, tengok kat SINI. Cerita dari sudut aku sebagai seorang ibu yang risau dah aku karang kat SANA. Ni cerita dari sudut aku sebagai seorang individu biasa pulak. Dulu aku dah berangan nak jadi DOKTOR kan bila doktor yang sedia ada pun tak dapat nak tentukan apa masalahnya.

Tapi tak pe lah...anak dara aku bukan sakit sampai nak pengsan pon masa tu... Tak pe...tak ada masalah. Walaupun bekas kat tempat sakit tu sampai sekarang masih ada, tak apalahhhhh...dia dah tak sakit lagi.

Tapi yang kali ni...ye puan doktor...kepala anak bujang aku ni memang tak sakit, tapi tak boleh ke aku risau bila kepala dia menggelembung macam ada air kat dalamnya??? Bukan kecik, tapi diameternya around 6cm jugak lah... Tak boleh ke aku risau???

Perlu ke ko buat muka seolah-olah aku ni seorang ibu yang..."hek eleh pompuan ni, anak tak sakit pon nak kecoh bawak mai ED"

Hellooooooooooooo.....aku bukan nak sangat datang ED ni, tapi aku datang bawak ref letter dari doc dan aku cuma tanya kat kaunter tadi, kt mana aku nak rujuk! And he brings me HERE!

Ok, tutup cerita pasal doc pompuan yang moody sebab sarat mengandung tuh. Ingat dah bersalin, tapi rupanya tak lagi.

Nasib baik kali ni sesi consult aku dengan doc muda...cuma doc muda ni yang confuse dan pergi refer kat doc muka ketat tadi.

Doc ketat ni dah raba2 kepala Aniq pun she still can say, no need to expose him to radiation! Nasib baik doc muda tak ikut cakap dia. She stick dengan nak buat x-ray jugak. Dan hasilnya dapat lah aku tengok satu kesan garisan panjang di tempat yang sama dengan gelembung tu, even tak de jawapan lagi untuk garisan tu but aku bit lega sebab dah notice sumthing wrong which is the sign is not normal for baby's skull .

Ok berbalik kepada title, kenapa aku kata 7 years is still not enough for medic student? Sebab aku rasa dorang ni kena dapatkan extra time untuk biasakan diri berada di hospital sebelum betul2 memulakan tugasan. 

Dear young doc, You should be more confident in front of your patient. Do not ever show your confuse, otherwise it will makes patient also be confuse with you. This is what I feel whenever one of senior doc in the same room trying to explain to this young doctor.

Sebab soalan ni doktor lain (yg lagi senior tu) tanya kat depan2 aku:

"Where did you do your medic & how many years?"

"7 years in Ireland"

Wednesday, July 6, 2011

Ya Allah...Bantulah kuatkan semangat hambamu ini

Hurm....semalam aku dah luahkan kat SANA pasal kerisauan aku. Balik rumah, tak puas hati...habis aku geledah nombor fon kengkawan aku yang bergelar doktor.

Dan akhirnya Doktor Amin dapat aku hubungi:

Ini lah JAWAPANNYA

Dan pagi ni, mulalah mood aku berterbangan dan tercampak ke laut, memikirkan anak itu... Nasib baik bos aku memahami, dah jumpa beliau dan macam biasa, kalau bercerita soal anak2 ni...air mata mesti meleleh sekali :(

"Kamu jangan fikir soal kerja, yang penting kamu kuatkan dulu semangat tu. Menjadi ibu kena kuat semangat! Kalau tidak, macamana anak nak kuat?"

Aku buntu. Nak surf dan google pasal kes ni, tapi sampai blur tak tahu keyword apa yang aku harus taip :(


Beli kain pon boleh 'drive thru'

Teringat entry si jebateja dulu, cerita pasal bawak wife gi shopping kain kat nilai 3. Teringat cerita shopping kain aku kat SINI

Dan pada weekend lepas, aku mengulanginya sekali lagi...wahhhh...semenjak ada anak anak ni, pandai pulak aku shopping sekejap2 ek? Kalau time single mingle dulu, wajib ukur jalan TAR tu dari depan Sogo sampai la dekat masjid india. Selagi tak habis ukur jalan tu, selagi tu tak de perasaan nak balik.

Cerita hari Sabtu lepas, macam biasa laki aku menjadi penyokong setia. Drop aku betul2 depan kedai dan setia melayani anak anak kami dalam kereta. Tak lama pun aku ambil masa...around 30 mins je kot. Terjah nagoya ngan kamdar je... Dapat apa aku cari, terus blah.

Sempat gak jeling2 kat gerai2 jual tudung tu. Tapi aku berazam untuk datang ukur jalan hari lain plak...berseorangan yang pasti....kih kih kih.


Ingatkan bila anak tak turun, jimat lah belanja kan. Nan hadoooo....pandangan mata dia, bukan kita boleh tutup2 kan. Masuk2 je jalan TAR tu...menjerit2 macam kena rasuk tengok belonn...adoii la anak. Kenalah belikan jugak. Ni cara-cara baru sorang pandai mintak. Kalau 2-2? 

Kena bukak kedai belon lah aku.

Tuesday, July 5, 2011

Ye ke sayang jahit? Jangan tipu lah...

Ada ke patut dia kata aku tipu... tup2 mende tu turun dari langit ke bang? Alkisahnya aku potong kain ni hari lain, jahit hari lain. Potong plak guna set cutter tu..memang lah cepat, sampai dia tak perasan aku tengah motong getah kain. Biasa tu sempat lah usha montot aku gamaknya tengok bini dok tonggek2 motong kain...

Pastu malam berikutnya...as usual malam jumaat lepas (tak tau la napa aku suka sangat menjahit mlm jumaat...), kejap je dah siap aku jaet...pastu sesi show off... boleh plak dia kata aku beli? Wahh.. nampak sangat sebelum ni aku menjahit tak kemas ye bang???

By the way...ni lah dia hasilnya :)


Gambar2 lain boleh tengok kat SINI

Rasa bangga dengan diri sendiri

Memang tak pernah fikir yang aku akan berjaya buat mende alah ni. Walaupun orang akan kata...alahh....anak tukang jahit.. Takkan lah tak reti jahit baju kurung...ye tak? Siyes beb, memang aku tak reti dan tak pernah rasa nak belajar langsung dulu...

Sama cam mak aku gak muda2 dulu. Beliau bukan ada basic menjahit pon... tapi sebab boring duk rumah + anak2 makin bertambah dan tak tahan mengupah orang, maka belajar lah beliau sendiri. Aku dulu duk rumah tengok je mak aku menjaet...tak pernah tergerak nak menolong. Paling tidak pon aku menyembat baju aku sendiri je. Tu pon bila tunggu mak aku lambat sangat. Selalu terjadi di malam raya lah. So, kiranya skill jahit2 tangan ni memang aku dah ada dari dulu.

Kali ni plak, keinginan aku makin menebal bila pikirkan sayangnya mesin jaet ada, orang dah kasik hadiah lagi...ponnnn aku malas nak belajar. Maka hari ahad lepas pergilah aku berguru kat rumah staff R&D aku. Taraaaaaa....ni lah hasilnya!


Kalau dah namanya crafters...takkan aku nak biar kosong gitu je...ye tak? Maka aku pon gunalah kekereativitian aku untuk menjadikan ianya unik...lain dari yang lain!

Panas2 dari mesin jahit...terus Auni Zara ni mintak nak pakai...dia punya helah tu.... katanya baju yang sia tengah pakai tu dah kotor...so, kena tukar baju lain...ahaha.... Bijak!

Dah siap cuba....

"Mama...amik gambar kakak!" Alahai...anak sapa lah suka posing2 nih...


Bukan satu je..tapi banyakkkkkkkkk sungguh dia nak posing...lepas 1-1...sampai lah dia letih...huhuhuu

Gambar posing kakak (klik SINI)

Sekolah #*%(&)(_) macam hapa tah!

Terhina! Tu je yang aku dapat ungkapkan. Kalau ada yang ingat cerita aku kat SINI kan aku ada citer kena pergi mengajar...kannnn...

Ok lah, tak de hal. Mengajar pon mende simple je. Setakat jahit lurus kiri kanan, dah settle! Jadilah projek tu. Kata program start kol 9. Tapi 10.30 baru mula. Aku peduli hapa kan. Bukan lewat sebab kita. Tapi sebab penganjur. Sekali bila lam jadual 12.30 habis, memang tepat2 kol 12.30 kena halau balik!

Perghhhh....bagus giler kannnn... Aku tak kisah. Lagi cepat habis, lagi cepat aku boleh balik. Peduli apa aku habis mengajar 1200 orang tu atau tidak kannnn.... ohh lupa nak inpom. Murid 1200, cikgu 15 je. 

Yang kesiannya.....tergamak ke kau nak halau bebudak yang datang mintak jahitkan projek dorang yang kalau aku tolong jaet pun...seminit dah siap?

Serious aku rasa macam pengemis plak. Kena cepat2 kemaskan mesin...rupanya cikgu skolah tu nak buat jamuan kat tempat kitorang mengajar. Huhh! Timing jamuan tau plak kau nak kasi tepat yek.

Malas dah aku pi sekolah bangsa #%^$*&^ lepas nih.

Tulang bontot terkeluar

Maaf, tajuk je agak lucah. Tapi ceritanya tidak. Alkisah semalam aku telah meng MC kan diri, sakit sikit + mengada2 yang banyak kannnn.... Ntah la kat mana silapnya, tulang belakang aku yang hujung ni semacam je. Memang sakit yang amat lah kalau duduk lama/ baring lama pastu nak bangun.

Aku plan nak gi berurut...tapi bila dengan cerita cleaner opis Kak Surti ni kata kalau dia urut, dia akan tolak tulang aku naik ke atas...terus aku serammmmm nak berurut! 

Tak pe lah. Aku relakan diri merasai sakit2 manja ni...huhuu

Eh, banyaknya nak hapdet ngan korang tau... Nanti aku lepas entry sikit2...hihi

See u then!


Friday, July 1, 2011

Baju Melayu Kanak2 Kain Cotton Tshirt

Entry kali ni memang berbau bisness hundred percent ye. Aku nak survey je ada tak yang berminat dengan tajuk di atas?

So far, tahun lepas aku dah jual baju ni...masa tu dalam pantang. Silap aku mula lewat, lagi 2 minggu nak raya baru aku ambil stok. Tapi masa tu stok dia corak2 cam tak cantik sangat.

Tahun ni, datang dalam plain color. Material cotton tshirt lah. Memang selesa nak2 lagi untuk boboy u ols yang lasak2 tu kannn... Pastu, bila da habis raya buat merangkap baju tido pon bolehhhhhhhhhh.... (kalau aku lah).

Ni antara contoh2 gambar dari supplier:



Kaler2 lain yang ada: Coklat gelap, coklat muda, kuning air, hijau (striking), oren dan kelabu.

Harga: RM 45..naik banyak sungguh tahun ni. Sebab harga kapas kat pasaran dunia pon melambung dengan tinggi. Ni yang aku dengar dari staff2 stock department lah kat opis aku. Tahun lepas aku jual RM 35 je. 

Saiz...dari umur 6 bulan (saiz 2) sampai lah 8 tahun (saiz 14).

Masa Aniq raya hari tu, baru umur 44 hari. Gigih aku pakaikan dia baju melayu ni yang saiz 2 tu. lengan gulung 4 kali, seluar pon lipat kaki 4-5 kali.

Mula tu mak aku sound jugak...apa lah anak kecik2 merah lagi nak pakaikan baju melayu. Tapi bila dia rasa material kain cotton tshirt tu sangat selesa as if sama je kalau ko pakaikan dia dengan baju tidur pun.... maka diam lah beliau.

Sekarang ni baju dia tu si kakak buat pelasak sebagai baju tido...hihii...sebab corak dia belang2 kan, tak lah nampak sangat macam baju melayu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...