Penghuni Pondok At-Taqwa mula memenuhi perkarangan pondok Ustaz Shauqi. Mereka tergamam apabila melihat kelibat Suraya berdiri di muka pintu. Suraya tersenyum puas! Kerana akhirnya dia berjaya juga menundukkan Ustaz bongkak itu.
Manakala wajah Ustaz Shauqi pula pucat lesi, ibarat ditoreh tidak berdarah! Dia bingung memikirkan apakah ayat-ayat AlQuran atau nas-nas yang bersesuaian untuk dikeluarkan pada saat itu. Mencari-cari, di manakah letaknya dalil yang membenarkan dia berdua-duaan dengan Suraya.
Tiba-tiba....
"Walid! Apakah alasan walid kali ini bila kami semua mendapati walid sah berdua-duaan dengan Suraya???"
Solah mula bersuara. Teringat apabila dia ditangkap sewaktu menolong ibu tirinya, Seri dari diseksa. Sedangkan waktu itu saksi yang dibawa walidnya hanyalah Suraya.
"Lupakah walid, bagi tuduhan zina itu... sekurang-kurangnya haruslah disaksikan empat orang lelaki yang adil. Tidak fasiq."
Ustaz Shauqi terasa dirinya diberi tamparan....tamparan yang maha hebat oleh anaknya sendiri!
"Amani...Umairah...Seriiii......" Dia cuba merayu dari isteri-isterinya....mohon simpati!
Tiba-tiba beliau tersedar.....
"Shauqi...bangun!!! Apalah kau ni, mengigau sebut nama-nama perempuan! Tu lah..aku suruh kawen, tak mahu! Tidur lagi lepas Asar....kan dah mengigau bukan-bukan, huh!" bebel seorang wanita tua...ibu kepada Ustaz Shauqi.
Nota kaki: Dialog khayalan akuuuu....kih kih kihhh