Thursday, November 21, 2013

Jalan-jalan kenyangkan Perut : Warung Pak Mat Pulau Pisang - Terbaekk!

Ok, ni namanya fenomena baru di KB. Fizo Omar pon dh berulang kali pekena sup kepala ikan dan teh tarik madu kat Warung Pok mat ni. Yusry KRU dan Lisa Surihani pon dah sampai, apatah lagi announcer Hot FM Kelate yang tak glemer ni....hahaa...


Kat sini istimewanya adalah sup kepala ikan. Yang lelaki berkopiah tu tokey nya - pok Mat. Sangat mesra pelanggan! kalau dia ada, dari 1 meja ke 1 meja dia akan gi borak tanya khabar, tanya apa yang tak sampai lagi...sedap ke tidak...pak cik ni memang terbaik!


*Opss... dia juga kdg2 akan tanya kerja kat mana...then kalo makanan kita tak sampai lagi, mesti dia akan laung kt pekerja...sup ikan doktor! atau...sup ikan meja radio! Hahaa...abes kantoi....

Selain dari sup ikan, lauk2 lain pon ada juga... daging goreng kat sini pon best! Umi yang cerewet pon puji masakan daging warung Pok mat ni


Teh tarik Madu - serius memang sedap! Buih2 tu tak cair tau, Pok Mat kata itulah madunya...mesti makan - sedap!



Yang ni pulak Sup ikan... Boleh request kalau nak campur dengan daging gear box - memang sedap!


Biasanya kalau isi tengah macam ni harga lebih kurang RM 30++ untuk semangkuk ni... 


Kalau untuk kepala ikan pulak...jangan terkejut ye..harga boleh mencecah RM 90 untuk kepala ikan ni...fuhhh...tapi memang puas hati kalau makan ramai-ramai.


tempat yg luas dan selesa




Yang paling best - ada playground sebelah warung Pok Mat ni, so mak bapak boleh makan dengan tenang sambil tengok anak main...yeay!


kalau korang datang KB - tempat ni wajib pergi tau. Lokasi nya jalan menghala ke PCB. Nanti ada simpang ke kiri menuju Kedai Buloh...masuk jalan tu..nanti nampak la kedai ni tepi jalan je. Dekat Medan ikan bakar. insya Allah tak sesat sebab sepanjang jalan ada penunjuk arah.

Selamat mencuba!



Annual Dinner Radio Network, Havoc!

Rasa macam tak nak tulis panjang2... enjoy the piccas, day 3 in Phuket - our annual dinner, combine dengan 2nd group yang baru sampai pada waktu siangnya. Almaklumlah, radio kan...kalo pegi semua serentak sapa nak jaga radio....hihiii


*Selfie* Kajian mendapati perkataan ini yang paling popular untuk tahun 2013 - aku tak terkecuali...ekekeekee

Tema - Color Block


*with abg Kieran dan kak Suraya*


*add ons - Renny dan Chad*




*mommy to 2 kids - sharifah aleya and me! 


*hijabster in radio network :)


*with my boss, izzul + Bell*


*Kak faraaa*




penutupnya, malam terakhir pegi ronda abeskan baht...hihiii...


*tapi air kelapa dia tak la sedap sangat ponnn

Sunday, November 17, 2013

Trip to Phuket Day#2 - Phi Phi Island dan Banana Nutella Pancake!

Okay..jomm sambung hari kedua.. pagi2 lagi dah kena berkumpul kat lobi sebab nak ke Phi Phi Island! Biasa kalau ke Phuket memang tersohor la trip ke Phi Phi Island ni kan...tapi malangnya time kitorang pergi tu hari adalah hujan ye kawan2. Bayangkanlah macamana bergelora nya air laut. 

Mula-mula steady lagi, lepas tu muntah jugakk...huhuu... So, tak de mood la nak snorkelling ke..jalan2 tepi pantai ke... lagipon...pulau, pantai dan aku sangat tak serasi. Shopping tak pe. Eh.

Masa ni diorang sumer gi snorkelling. Aku amik gambar sekeping ni je berlatar belakang kan pulau. Tak de mood.


Masa dalam bas tu, tourist guide offer towel..memula taknak ambik..e la bukan nak mandi pon...tapi kak su advise ambik je, bleh jugak buat selimut and yes! nasib baik ambik. Sejuk giler kot sebab hujan lagi kat tengah2 laut tu kan.. 

Dah siap2 snorkelling bagai..lunch pon kat pulau ni, tak nyempat2 ambik gambar ke hapa...lapar giler weh!


Otw back to boat, pekena dulu banana nutella pancake - memang famous la kalau kt Phuket ni, must eat!


3 kali aku makan bende alah ni...harga around 400-500 Baht which is dlm RM4-RM5 duit kita...


Last but not least sebelum tinggalkan pulau, here's another photo... bukti pernah datang kira bolehlaa janji ada...ahahaa










Saturday, November 16, 2013

Trip to Phuket - Andaman Embrace Resort & Spa

Dekat kol 4 petang kot baru dapat check in...fuhh..memang letih. Tempat ni aku tak tahu lah berapa bintangnya, tak ingat nak kira.


Cuma yang aku ingat (sebab ada gambar), ada satu katil king size.


Ada, almari, selipar bilik, payung, safety box, mini bar (peti kecik tuu), kettle, hair dryer, air mineral...


Toilet tak besar sangat, tapi ada bath tab sekali.


Yang kureng best sebab ada cermin weiii... blind tu pulak buka boleh tutup rapat sangat ponn..kot celah2 tepi still nampak jugak...huwaaa... So aku mesti tunggu roommate aku keluar kalau nak mandi.


Ada tv jugak. Pasang tapi tak tengok. Sepatah haram tak paham.


Ada kerusi 2.


Dan ada pemandangan ni dari tingkap bilik aku..kira ok la...Free kann..hahaa.. Tapi sekali pon aku tak terjun pool tu - tak minat. Dan Phuket ni pon bukanlah jiwa aku sangat. Pantai..pulau...mandi manda...so not aku.




Friday, November 15, 2013

Resipi mudah Kek Coklat Keju Meleleh

*Skip dulu entry Phuket*

Okay... disebabkan fenomena cheese cake sekarang ni kemain berleluasa... So lets la uolss.. kita buat sendiri pulak...hehe.. Opss... sebelum tu asalnya dapat kek ni hadiah pemberian daripada seorang pendengar. Lepastu belek punya belek eh macam senang je nak buat. So, jom masuk dapur!


Ini rupa melty cheese chocolate cake air tangan aku ye...hihii

Disebabkan tak google pon untuk resipi nya, so aku modified resipi kek coklat lapis cheese yg pernah buat dulu, guna resipi Mat Gebu ni.

Buat yang part coklat sahaja ye kawan-kawan. Pastu kukus dalam 45 minit. Kalau korang nak kuna resipi kek coklat sendiri (atau red valvet/strawberry dll) yang selalu korang buat pon okay. Yg pentingnya topping tu je.. Kasi limpah dengan cheese

Untuk resipi tu, aku dapat 1 tray panjang (mcm dalam gambar tu) dan 2 bekas bulat tu. Pastu yg dalam bekas panjang tu aku potong2 transfer masuk dalam bekas petak2 tu pulak. 


Untuk topping cheese tu, aku gunakan 250 gm cream cheese tatura + setengah tin susu pekat, putar sampai sebati dan jangan bagi ada ketul-ketul cheese tu ye.


Tunggu kek tu sejuk dulu, then baru lah kita tuang ke atas nya ...


Last sekali tabur lah parutan keju. Ada yang cakap kena guna cheddar. Tapi kat IG aku ada yg komen, kalo guna cheddar - rasanya masin. Yang ni aku guna mozarella...just nice, tak de rasa masin sgt pon. Beli yg dah siap parut dan jenama yang paling murah dijual kat Tesco...hahaa...


Selamat Mencuba!






Trip to Phuket Day #1 - Germs Gallery dan Pornthip


Okay nak sambung cerita day 1. Lepas ke kilang gajus tu, next destinasi - Gems Gallery. Kat sini sekadar nak cuci mata je boleh lah... barang kemasnya mahal ya ampun! Membazir pon ada bagi aku, batu2 permata tu memanglah cantik..tapi diikat dengan silver..emas putih...which is bagi aku nilai nya kureng la dari emas tulen ni kan.


So, layan je lah Ride ni. Tak pasti plak kena bayar atau tak nak masuk sini sebab kitorang kan ikut rombongan...so jalann aje. Kat bawah ni ada beberapa gambar yg sempat aku snap masa naik 'train' tu. ala2 macam kat petrosains tu...



Kat bawah ni tempat kaum jejantans melepak sementara gegirl semua pegi cuci mata tengok permata berlian intan payung semua tu.


Next, tempat beli makanan ringan. Aku tengok2 gitu je...sebab banyak sangat campur halal haram...so tak beli pape pon.



End for Day 1, lepas tu pegi lunch dan check in hotel....bommmm...pengsan kepenatan sbb tak tido dari malam nya kan. Malam tu dibawa keluar dinner, balik tu....Bangla Road jom! Next entry...

Trip to Phuket - Tempat Makan Halal

Ok, untuk entry kali ni fokus kepada tempat makan je lah ye. Yg halal je aku share...yg tak halal tak de...hehehe. Yg ni day 1. Tengahari tu kitorang dibawa ke Ban Sang Duan Muslim Restaurant. Lokasi dia tgh2 antara airport ke Patong beach yg jaraknya dalam 45 minit jugak la. Sampai2 je...masing2 terus menuju ke meja yang dah terhidang makanan....lapar beb! Bismillah...



Malamnya dibawak ke 1 lg restoran tp tak ingat nama, makanan pon tak sedap sangat - cuma jus tembikai tu sedap. So let's skip untuk day 2. Since trip ke Phi Phi Island..so lunch di pulau tu je termasuk dalam pakej. Malamnya baru lah kena cari makan sendiri. Aku dah goolge siap2 sebelum ke Phuket and found this


Kusuma Seafood - pemiliknya orang Besut kalau tak silap, tapi dah kahwin dengan org Pattani dan menetap kat sini. Mostly staff pon buleh kecek kelate, so aku yg kena jd org perantara nak oder makanan...haha


Kebetulan pulak bos seelan semeja, so ketuk bos la weii...ahaha... tp kitorang tambah2 jugak la... Sambal belacan ni serius sedap. makan gitu je, tak payah makan ngan nasi. 2 kali bertambah pinggan sambal belacan ni.


Next, lunch untuk day 3. Pon aku dpt hasil carian di google. Kitorang menapak dalam 1 kilometer utk ke Jungceylon Mall di mana kat situ ada food court yg ada makanan halal - Islamtai Bangja


Makanan kat sini memang marvellous! Nampak tak sample menu yg ada kat depan tu? Apa yang kitorang oder sama sebijik macam sample tau!




Utk dinner mlm ke tiga pulak...in next entry aku share..sebab kitorang ada company dinner malam tu. Tapi makanan biasa2 je.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...