Kengkawan aku yang mana-mana rapat dari U rasanya tahu, aku bukanlah manusia yang reti sangat bab2 berjimat cermat ni. Tapi semua tu berubah lepas berkahwin dengan pilihan hati yang bukan Tokey Balak bak kata Dr. Nathan.
Makanya orang kata kita kenalah sesuaikan diri dengan keadaan ye tak. Tahun pertama bekerja, aku masih memandu ke pejabat. Maklumlah baru hidup berdua kan, tanggungan pon tak ada. Masuk tahun kedua, dah ada anak sorang...tetiba je MP*J kenakan bayaran parking pulak! Ohhh what the %^*&(* Masa ni aku dah mula kedekut, kadang bayar...kadang tidak...sampai lah dapat surat saman yang pertama bernilai RM 80.... tapi aku peram sampai 2 tahun....akhirnya dapat bayar baru-baru ni dengan hanya RM 10 je..berbaloi-baloi....ahaks!
Tak tahan asek berkejar ngan pernguatkuasa....dan aku berdegil tak mo ambik pas bulanan RM 78, so aku dengan rela hati merempit dengan suami. Aku rela ikut dia yang masuk pejabat awal, aku rela pepagi tercongok kat depan pintu pejabat aku...tunggu tukang pegang kunci datang. Aku rela tau. Semata-mata takmo bayar parking punya pasal.
Masuk anak 2 pun sama, tanggungan bertambah. Masa ni aku kira-kira aku dah jimat lebih RM 200 termasuk petrol sebab tak drive ke pejabat. So, aku rasa aku dah buat pilihan yang tepat.
Tetiba....
*korang tahu kan apa yang berlaku...tak leh nak reveal kat sini...P&C rupanya...ahaks!*
Bab tol RM 1.60 kat LDP tu satu hal...pergi balik dah RM 3.20..sebulan dah dekat RM 70 rasanya.
Aku pi usha berapa parking kat bangunan sebelah tuttt....since aku dapat tau bangunan tempat aku bakal training tu terhad sikit parking nya.
Korang tahu berapa sebulan???
RM 150!
Ni lah dia...lari dari mulut naga, masuk mulut buaya.
Mujur sebulan je, kalau setahun? Aku rela weiiiiii berpatah pinggang hari-hari merempit dengan suami!
Nota kaki: Sah tak pregnant, sejurus selepas entry kesihatan tu ditaip, cik P munculkan diri....ahaks!




