Wednesday, May 15, 2013

Resipi Kerabu Megi Ala Thai


Errr... hah? Gambar tak cukup menggoda ek? Tu laa...dah masuk bekas tapau baru teringat nak snap gambar... Malas nak hias2 bagai...terus snap! Tapi kalo nak tengok gambar yg versi lagi menggiurkan klik SINI la deh. Walau dah masuk tahun ke 2 menetap di KB tp baru tahun ni aku berkenalan dengan kerabu megi. Semuanya disebabkan PESTA THAI tahun ni. Padahal tahun lepas pon dah pegi, tapi napa tah tak terliur pon tengok kerabu ni.

Disebabkan rasanya marvellous, maka aku beli sekali megi cap siam masa pesta tu. Tapi disebabkan tak reti nak buat sendiri...dan lupa nak rujuk cikgu google, maka leburlah megi tu menjadi megi tomyam yang pedas giler babas... siyes pedas! Sampai buang je tak leh makan.

Then bila timbul rasa nak try lagi, megi siam tu dah abes... aku google, orang kata guna megi cap Ruski pon menjadik jugak...so aku try la... guna resipi campur2... sebab aku pon penah tgk 2-3 kali org siam buat depan mata.. tp taktau bahan.

Dan kali ni, untuk yg keberapa kali tah aku buat. Tapi kali ni guna megi tomyam cap siam ni. jangan risau, ada cop halal. Megi ni senang nak dapat kat area sempadan - Rantau panjang atau Pengkalan kubor. Aku kan duta Kawasan bebas cukai area Kelate... tiap2 bulan mesti nak menapak ke sana. Cari apa pon tak tau. 

Oke, memang beza tekstur megi siam ni berbanding Ruski. Sebab dia tak mudah kembang. Tp Ruski more better la dari megi cap2 lain kat mesia ni. mudah kembang adalah tak sedap untuk kerabu.



*Abaikan yg biru tu.. tu adalah bihun sup. Tak seswai buat kerabu megi.

So, let's check out bahan-bahannya :

1 paket megi siam tomyam/ jenama Ruski
Udang/Sotong/Lain-lain seafood
2 sudu besar perahan limau nipis
1/2 biji tomato
1/2 labu bawang besar yg kuning tu
Daun kesum
*Boleh jugak letak sayur macam kubis. Celur sekali dengan megi.


*Rencah yg paling sedap untuk dicampur sekali is seafood ye kawan2 - kerang, udang, sotong, fishball dll. tapi kalo nak letak ayam pon boleh, belasah je...


*Pastikan guna limau nipis ek. Tapi kalau berani nak cuba guna limau kasturi..sila lah try..hehe

Cara-Cara:

Celur megi bersama dengan rencah seafood. Bukan rencah megi tu ye. Dah masak, toskan. Air rebusan tu jangan buang semua sekali. Ambik dalam 2-3 sudu besar untuk campur sekali dalam kerabu megi.

Gaulkan bersama daun kesum yang dihiris nipis-nipis, tomato dan bawang besar yang dipotong bentuk baji. 

Akhir sekali jangan lupa gaulkan dengan perahan limau nipis dan rencah megi tadi. Jangan letak semua rencah megi tu taw! Kepedasan nanti uols. Tapi kalau yg memang makan pedas, korang potong sekali cili api. Haa...baru marvellous namanya!

P/s: Kalau korang datang Kelantan, nak merasa kerabu megi ni...ada dijual di foodcourt Tesco- stall western. Dan di tepi2 pantai Geting Tumpat ramai yang jual. Tempat2 lain aku tak tau :)


4 comments:

  1. nok try la...pernah make sekali je masa pi CH tapi tak sedap...

    ReplyDelete
  2. sotong ayam kerang tu pun celur jugak ke??

    ReplyDelete
  3. terlir sungguh wei la ho... kelek kg nnt kawe nok cari tempat demo royak tu.

    ReplyDelete
  4. tahu kewujudan tapi xajim try lg,napok sedakkk

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...