Thursday, March 24, 2011

Prosedur Beli Rumah

Aku kena catat kan ni kat sini. Takut lupa nanti. Kata diari digital kan. Okeh, semalam aku dah jumpa dengan Mortgage Advisor (aku refer kat name card brader ni). So, dia pun advise lah aku apa yang perlu aku buat.

Memula je dia bukak mulut, terus aku tanya.... 

"U datang jumpa I ni, I kena bayar pape tak?"  

Giler straight punya soklan kan? Tapi aku tebalkan jugak muka bertanya...ye lah, duit beb! Kena concern lebih sikit kannnn....

Then dia pun explain lah...apa peranan dia dalam proses jual beli ni..time bila aku kena bayar itu ini... dan macamana sukar sekalipun proses permohonan loan tu nanti, dia akan pastikan loan aku approve jugak sebab kalau tak, tak de lah upah untuk dia. Upah dia tu termasuk dalam lawyer fee nanti.

Itu yang aku faham lahh... kalau ada memana lawyer ke atau sapa-sapa yang tau apa aku tulis ni salah, tolong perbetulkan ek!

So sekarang dia akan try apply menggunakan details aku sorang, tapi masa sign S&P tu nanti, nama laki aku still akan ada sebagai pemilik bersama sebab:

  1. Nak buat loan 90%, withdrawal 10% from EPF si dia.
  2. EPF akaun 2 aku tak lepas, ada berapa sen je.
  3. Kalau ada masalah tunggak bayar, both laki bini boleh apply pengeluaran EPF akaun 2 (tu pon kalau ada balance lagi lah)

Now, apa yang aku kena buat is tunggu dapatkan letter offer untuk house loan dari bank. Once dah dapat and aku dah decide nak pilih bank mana (cehh...macam lah beratur bank nak offer, padahal akaun kau tak secantik mana!), aku kena sediakan wang tunai sebanyak 3% dari nilai harga rumah sebagai deposit kepada owner (aku tak bayar booking, sebab owner tak mau) dan juga separuh dari 5% harga rumah untuk lawyer S&P. Untuk lawyer bank, brader tu kata dia akan tolong adjust masuk dalam loan. Then, aku kena jugak sediakan cash untuk insuran rumah selama setahun yang bernilai kira2 RM 1.8 K. Tahun mula2 je kena bayar segedebuk. The next year is by monthly. 

Okey, clear part tu. Then, dengan letter offer dan juga S&P yang telah ditandatangan tu, aku kene bawak gi KWSP untuk apply for 10%++. Dah dapat nanti aku akan serahkan balance lagi 7% kepada owner melalui agent. Semua urusan bayar2 ni kena buat kat office advisor ni. 

Sekarang aku ada extra 3%++ dari EPF tu untuk bayar balik kepadaaaaaaaaaa

Mangsa yang jadi tempat aku pinjam duit untuk bayar lawyer S&P tu...hihii.... 

Okey, now let's think: Mana aku nak cekau CASH untuk ituuuuuu :)

Aku: Bila kira2 balik, aku kena ada cash RM 10K ni...hurm....nak 'rompak' bank mana ek? Any idea guys??? Yang aku nampak: Bank PaMa je...wakakakaaaaaa 

6 comments:

  1. PAMA xde interest..lalala~ =P

    ReplyDelete
  2. kene balik bodek2 PAMA ni...hihii

    ReplyDelete
  3. memang PAMA cara terbaik....betul kak na walupun buat gov loan tetap kena de rm 5K nakbayar lawyer n booking.....sekarang kerja siang malam nak cari duit nak masuk rumah n nak renovation sikit2...berpeluh jugak...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. kak na agak2 umi kak an nak tolong tak? hihiii

    ReplyDelete
  5. kes kita sama ni dear. tgh proses nak beli rumah la nie.
    manalah nak cekau duit cash dulu kan. mmg cadangan nya PAMA lah.
    ;))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...