Semalaman aku fokus mengadap novel yang aku beli masa Pesta Buku Antarabangsa tahun lepas! Aku ulangi...tahun lepas ye! Means, dah setahun usia buku tu. Ingat lagi aku cerita yang ini? Masa aku tersedar tu, aku tengah queue nak bayar buku ni lah. Dua siri aku beli.
Kononnya nak baca masa aku dalam pantang around bulan 7-9 last year, tapi kirim salam je lah. Pantang anak sulung dengan anak nombor 2 rupanya tak sama. Kau tak kan ada banyak masa nak santai-santai ye. Seminggu pertama je kot kau akan tenang. Lepas tu perang hari-hari.
Ohh...berbalik pada novel ni, Ketika Cinta Bertasbih hasil garapan Habiburrahman El-Shirazy atau lebih dikenali sebagai Kang Abik sangat-sangat membangunkan jiwa aku. Dah namanya dwilogi pembangun jiwa kan. Maka haruslah. Ni Siri 1 yang aku baca semalam.
Terima kasih kepada suami yang tercinta kerana mengizinkan isterinya meredakan tekanan melalui novel ini. Terima kasih juga kepada anak-anak mama kerana tak merebut novel ini dari mama, terutamanya kakak yang kelihatan seperti memahami bahawa buku tebal itu milik mama, bukan milik kamu seperti kebiasaannya (anak aku ni, apa yang aku ada-mesti dia nak jugak. Tapi nak yang aku punya, dah beli untuk dia, tak mau!)
Aku merupakan orang yang sangat tak suka tengok citer Indon, tapi sangat suka baca karya novelis Indonesia ni sebab bahasa yang mudah aku fahami. Ohhh...aku dah 'jatuh cinta' dengan watak Azzam... Aku suka orang yang cemerlang dalam perniagaan membuat tempe dan bakso itu walaupun dah 9 tahun ambil B.A tak habis-habis jugak.
Kalau dapat aku undurkan waktu, aku nak jadi seperti Anna Anthafunnisa. Aku nak keperibadian seperti itu sejak dari muda remaja lagi. Tapi sekarang aku dah belia. So, kalau jadi macam dia pun takkan sama dah...hohooo...sebab, dia tak kawen lagi. Aku plak anak dah 2...
Aku nak merasa nikmatnya dikhitbah oleh orang2 soleh (dilamar) tanpa bercinta ni...hohoo...tapi tak dapatlah. Aku muda-muda dulu bercinta sana sini bagai nak rak, kahwin pun dengan pilihan hati kan (nasib baik soleh jugak)
Ok lah. hentikan angan-angan. Hari ni nak sambung baca Siri 2.
Pics from google.
mesti terbuai2 perasaan baca novel ni. mcm ayat-ayat cinta jugak, kan.
ReplyDeleteaaaa.... dlm pantang tak leh membaca. nanti cepat rabun. ha..ha.. tengok tv pun tak leh. redah aje. citer ni memang best wani.
ReplyDeleteye kak chik...tak sabar nk balik baca 2nd series ni
ReplyDeletekak liza...ada gak dgr petua tu..hehe...tp pantang hari tu wani byk ngadap pc.haha
ReplyDeletelama benor dah kakNo tak bace novel..tengok tb pun naik malas..padan layan tenet je huhu..tp klo sekali layan novel tu leh 'melekat' gak kita dibuanya kan wani hehe...
ReplyDeletengadap pc pun tak leh.. ngadap baby je.. he..he... dah habis baca novel?
ReplyDelete