Showing posts with label Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Mimpi. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Dua dah, satu je lagi belum

Semalam aku tidur tepat pada waktunya, 12am. Kira jadual macam hari-hari biasa lah. Sebelum tu aku siap potong 2 pasang baju. Dan tengah mereka-reka (draft) sepasang lagi gaun untuk anak dara. 

Dalam tidur, aku mimpi...ada 3 perkara yang aku perlu selesaikan sebelum aku 'pergi'. Pergi ke mana? Wallahualam, aku tak dapat nak recall. Dan dalam usaha aku melengkapkan 3 perkara tu...boleh kata berpeluh2 la aku mengejarnya (masa dalam mimpi tuh).

Aku cuma ingat ayat terakhir yang aku cakap..."Lega...dua dah dapat...1 je lagi yang belum...." Lepas tu aku terus terjaga dan jam pun dah menunjukkan ke pukul 5.10am. Fuhh...nasib baik, kalau tak...terbabas sahur...

Bangun panaskan nasi, panaskan masak lemak daging...dan goreng telur dadar. Dah siap makan...kepala otak aku tak tenang lagi ni, memikirkan apa lagi 1 perkara yang aku tak laksanakan. Dan ke mana aku nak pergi?

Fikir punya fikir....*tepuk dahi*

Ya Allah...tak solat Isyak lagi rupanya...semalam aku masuk tidur tergesa-gesa sebab makhluk halus tu dah hentak-hentak kaki nak mengisap :(

So, persoalan 1 lagi perkara tu terjawab. Syukur kerana Allah masih sudi meminjamkan nyawa untuk aku.

Friday, June 24, 2011

Aku Mengandung Lagi

Ingat lagi tak aku pernah mencoretkan perancangan aku kat SINI. Kononnya lagi 3 tahun aku merancang untuk menimang cahaya mata ke3 (Kita merancang, Allah menentukan).

Tapi entah di mana silapnya, kandungan dah nak cecah 7 bulan aku boleh tak perasan? Memang aku pernah alami sebelum ini (pregnant Aniq). Dah nak cecah 6 bulan, baru nampak susuk badan ibu mengandung. Tapi masa tu aku memang dah tau mengandung sebabkan alahan yang teruk.

Kali ni aku bangun je dari tidur tengok perut bergerak-gerak. Ada bentuk telapak kaki kecik menendang-nendang perut 'kecil molek' aku ni. Terkejut aku tengok sampai pengsan.

Terjaga kali kedua....











Eh, dah tak de? Astaghfirullah, mimpi lagi rupanya. Ini kali kedua aku mimpi memboyot. Kali pertama pernah aku ceritakan kat SINI.

Hurm...dah nak masuk 11 bulan. Cik P tak mai lagi....adakah....???


Tuesday, January 18, 2011

Mengandung Kembar. Susu tak cukup. Ai stress!

Ini post ke 50 dlm masa 2 bulan :) ngeee~~~

Ok. tiga-tiga tajuk tak de kaitan.

Mengandung kembar.


It's all bout dream. Sapa tak nak kan? Tapi aku bukanlah nak mengandung lagi dalam masa terdekat ni..huhu... Kalau boleh memang tak nak, Aniq pon tak cecah 6 bulan lagi kan..kes naya nanti. Badan pon nak rest jugak. Ni citer mimpi aku semalam. Boleh plak aku mimpi preggy twin! Huhu..bangun tu siap raba-raba perut aku, tengok kot-kot buncit.. Sebbaik buncit lemak je...haha...eh! tapi aku kena hati-hati la jugak kan since tak period lagi ni. Walaupon laki kau pandai 'control' (kononnya la) tapi harus berjaga-jaga lah jugak. Tetiba rasa takot! Kena bertindak ni...huhu..

Susu tak cukup.

Di saat aku menaip entry ni, aku baru je selesai memerah. Oh demmm~ Tak dapat 4 botol! Huhu.. Dah la semalam taska mintak tambah 1 botol extra, means 5 botol x 3 oz. Kebetulan dalam fridge tinggal sebotol je lagi. So, malam ni aku kena all out memerah untuk mendapatkan sebotol lagi 3 oz. Esok pulak kena perah berganda-ganda bagi dapatkan 5 botol! Bila la aku nak dapat macam kat bawah ni :(

Pic credit to azyanmasiron.net

Ai stress!
pic from google

Hohooo..itu lah sebenarnya punca utama aku mimpi bukan-bukan dan juga susu merudum! Seriously...aku ni bila tertekan je, mula la meracau-racau dalam tido..mimpi mengarut! Pastu now pulak EBM drop!

Hurm..need theraphy!

Aku: Oh..rupanya ada kaitan!

Monday, December 20, 2010

Mimpi Insan Tersayang Meninggal Dunia

Korang pernah tak mimpi macam ni? Semalam aku mimpi umi aku dah nak meninggal. Yang peliknya, aku tau in advance. Let say hari tu hari Isnin, aku siap mintak cuti hari Rabu sebab umi aku meninggal. Padahal tak sakit tak apa. Apa maknanya ye?

Dan aku plak macam tak sedih sangat masa tu sebab aku seolah-olah ada masa yang panjang untuk luangkan masa dengan umi aku sebelum dia pergi. Bila bangun tido baru aku rasa sayu. Aku tak sanggupppp :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...