Showing posts with label Sewa Rumah. Show all posts
Showing posts with label Sewa Rumah. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Rumah itu berhantuuuuuuuu!

Pencarian rumah sewa masih belum berakhir. Sementara waktu ni aku duk kat Pasir Puteh. Agak jauh jugak sebenarnya. Sebab tu nak sewa rumah yang lebih dekat. 

Lepas dah deal dengan owner, after 6pm aku terus speed ke sana. On the way nak balik ke Pasir Puteh je rumah tu

Mula-mula sampai, agak terkesima jugak la tengok kawasan tu. Tapi takpe, kita masuk je lah tengok...alang-alang dah sampai kannn.

Pasir tu katanya nak tambak kat laman depan, since bila hujan - porch tu akan berlopak. 

Ni pulak Living Hall dia.... boleh tahan la bagi aku. 


*Entiti terpaksa di'putih'kan bagi tujuan keselamatan....ahaks!*

Dapur pon kira ok la jugakkkk *Luas-luas pun kalau tak masak, tak guna jugak kan....kihkihkihhhh*


Dah masuk ke dapur, tuan rumah pon bukak la pintu belakang....hurmmm....ada yang aku tak berkenan, sebab ada kawasan air bertakung.... tapi tuan rumah kata nak tambak. Ok tak pe.

Kebetulan, ada lah dua orang jiran tengah bermesyuarat tingkap, menyapa kami dengan ramahnya.



Jiran 1: Pindah sini ye?


Aku  : Tak la kak....baru tengok-tengok rumah je dulu...


Jiran 2: Eh, bukan dah pindah ke semalam? Dengar orang tarik-tarik almari...meja...kat tingkat atas tuu


Jiran 1: Ye lah, si *bedah* pon ada tanya jugak pagi tadi. Ingatkan ada orang pindah.


Aku  : Mungkin sebab ada orang buat kerja renovate kut.... *Akutengok muka tuan rumah dah kelat semacam*


Jiran 2: Eh takkkkk, memang bunyi macam orang pindah!



Arghhh sudah.....apa cerita pulak ni...... Adakah rumah itu berhantu?









CANCEL!

Wednesday, November 9, 2011

Rumah sewa di Kota Bharu diperlukan dan rumah di Puchong untuk disewakan

Sehari dua ni atau seminggu dua akan datang, aku memang tak sempat nak blogwalking kat blog kengkawan...sorry ye korang...huhuuu....

Tau apa keje aku? Lepak kat mudah.my! Hari-hari atau boleh kata tiap jam aku bertempek situ tengok rumah nak sewa kat KB nanti....susahhhhhhh ya amatttttt korang tau! Mostly penduduk Kelantan ni bijak macam aku. Jarang lah yang aku jumpa nak sewa kan rumah. 

Depa cerdik. Sewa dapat berapa lah sangat sebulan kan, Kalau buat homestay, masyuk tuuuu.... Pendapatan cuti sekolah je dah boleh cover pendapatan musim orang tak datang Kelantan.

So, setakat ni majoriti yang aku jumpa adalah yang tawarkan homestay, bukan rumah sewa :((

Keciwaaaaaaaaa....

Maka dengan ini, aku minta jasa baik kalian...sudilah mewar-warkan kepada pembaca korang sekiranya ada rumah yang nak disewakan.... cuma aku minta jangan la cerita bakal penyewanya kerja apa...aku takut kena ketuk nanti....huhuuuu....Masak lah aku nak bayar 3 bijik rumah serentak ni :( 

Dan pada masa yang sama, aku nak cari jugak penyewa...kot2 ada yang berminat nak sewa rumah aku kat Puchong nanti...rumah dijangka dapat diduduki mungkin awal tahun 2012. Kalau berminat, roger aku k. Rumahnya dah siap lama....tunggu kunci, nak buat grill dan etc.

Lokasi rumah berdekatan dengan George Kent, jalan menghala ke Putra Perdana. Tak jauh kalau nak ke Putrajaya....dalam 10-15 minit je, nak ikut tol boleh...nak larikk dari tol pon boleyyyy...

Kalau nak tengok petanya, search Taman Tasik Puchong eh. Kalau nak tengok rumahnya cemana....aku pernah upload kat ENTRY INI






Nota kaki: Dalam minggu ni nak buat cleaning...banyak barang nak kena letgo, tak mampu aku nak sewa lori angkut barang ke sana yang dianggarkan kosnya sekitar RM1K!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...