Ini cerita kami di jalanraya semalam. Perjalanan 3 jam menjadi lebih 5 jam adalah menyakitkan tahu. Apa yang sakit? Hopkos la bontot yang kekejangan. Pemanduan dari Lipis dimulakan oleh aku. Since anak sulung meragam meronta2 tak mahu ikut pulang, maka haruslah suami aku yang take over dorang. Kederat aku tak cukup kuat untuk itu.
Sampai di kawasan Dong, tak semena-mena trafik menjadi terhenti terus. Kalau bergerak pun, tak sampai 10 km/j. Aku jadi bosan. WQJ bertukar pemandu di atas jalan, tanpa kereta perlu diberhentikan di bahu jalan. Nak menunjukkan punya lah stuck sampai beberapa minit kereta langsung tak bergerak!
* Proses bertukar pemandu berlaku dalam kereta tanpa kami perlu keluar :)
Kesabaran masih boleh dipertahankan. Sehinggalah menghampiri bandar Raub trafik menjadi kembali perlahan. Aku tertekan lantas mengeluarkan ayat
"Kan best kalau main potong je belah kiri!"
Suami yang termakan hasutan aku, cuba 'merogol' sebiji kereta, tapi kembali berubah menjadi baik, bila terkenangkan RM 300 yang bakal melayang sekiranya ditahan pak polisi.
Ternyata naluri suami aku kuat betul. Elok je masuk kembali ke lorong yg betul, ternampak lah kami hampir sepuluh biji kereta yang terbabit dalam proses 'merogol' tadi ditahan polis! Nasib kitorang baik sebab dilindungi dengan kereta2 lain yang 'aktif' membuat salah tu...huhuuu
Ni sebahagian gambar mereka yang tak henti2 potong kiri. Kata suami, kalau lapor pada rakan Cops, boleh dapat ganjaran! Jangan ada yang snap gambar kereta kami ketika memotong sebijik keta lain tadi, dah la!
hamik kauuu....2 bijik sekali yg memotong....kiri kanan...huh... Nasib baik jalan lurus tu panjang dan kosong.
P/s: Ehh...kereta korang ada lam gambar ke???
Nota kaki: Istilah 'merogol' diberikan oleh suami aku untuk kereta2 yang suka memotong dari arah kiri. kih kih kih....



