Wednesday, June 22, 2011

Jangan diamkan diri, suarakan hak anda

Sebagai seorang penulis dan editor buku, tajuk entry di blog sendiri mesti gempak dan hebat kan? Eh, abaikan. Tak de kena mengena. 

Yang sebenarnya aku nak cerita mengenai hak. Setiap manusia ada haknya. Tapi tak semua orang boleh menyuarakan hak mereka.

Contohnya, bayi kecil. Dia ada hak untuk mendapat susu ibunya. Tapi kalau dia ditinggalkan di kampung, gi mana sih mahu di susu in??? *tetiba je terkeluar bahasa indon plak* 

Dapat tangkap tak apa aku nak cerita ni? Maknanya bayi ni pon ada hak, tapi tak dapat nak suarakan hak nya. Maka, si ibu yang wajib memberikan hak ini haruslah berfikir panjang sebelum memisahkan dirinya dan bayi tersebut.

Okey...tutup cerita bayi tadi. Ni aku nak cerita hak aku pulak.

Hak aku di kedai makan, mesti nak tahu berapa harga setiap makanan yang kita makan kan. Maka, tanggungjawab pemilik restauran perlu lah menyediakan senarai harga yang dipaparkan di tempat semua orang boleh nampak. Kalau paparkan dalam kepala otak kau je, apa guna bai???

Hari ni harga lain. Esok harga lain. Lusa ponnnn harga lain. Padahal hari-hari makan yang sama. Ngerti?

Huhh...panjang sungguk mukaddimah aku. Tu baru pengenalan. Ni dia cheq nak habaq mai.

Lauk aku hari ni:

Kerabu perut (hanya beberapa hirisan perut lembu, selebihnya tauge dan 'sampah2 ulam')
Tauhu telur (separuh)
Sayur goreng
Nasi penuh pinggan (2 senduk je)

Kopi o ais.

Lauk kengkawan aku:

Ayam goreng
Sambal sosej
Sayur
Nasi

Sirap ais

Harga? Kedua-dua set di atas harganya adalah RM 6.70. Whatttt?????? Macamana pulak boleh sama???

Sedangkan lauk aku hanyalah beberapa hiris perut lembu? Mula2 aku diam je. Malas nak bertelagah kalau soal makan. Dalam kepala otak aku, bayar je lah. Tapi entah macamana keberanian timbul masa nak membayar. Rasa macam harga yang aku bayar ni tak setimpal pon dengan apa aku makan.

Aku ni kemain lagi nak berjimat (kalau betul2 nak berjimat, bawak bekal..hihii...ni separa berjimat je...ceh!), siap telan air liur je tengok lauk2 lain. Sekali kau kira sama je dengan orang yang ambil lauk2 yang menggiurkan tu.

Lalu aku pon bertanya dengan makcik di kaunter (pekerjanya). Dan makcik tu turut sama menggeleng bila diberitahu. Tanpa pengetahuan si tukang kira (bos dia), mak cik tu memulangkan not hijau bila aku menyuakan not merah kepada beliau. See.........

Betapa tak seragamnya harga. Kalau kita takut2 nak suarakan hak kita, kan dah rugi di situ?

Pengajarannya? Jangan diamkan diri, suarakan hak anda!

16 comments:

  1. kak yus pun kalau bab bayr makanan ni ada masa mmg cerewet. Pernah juga terkena mcm wani, tak puashati dan bertanya, suruh dia kira semula depan kita dan campur betul2. Hasilnya, 5 hinggit terlebih dia charge masa mula2 kira2 tu...huhu

    ReplyDelete
  2. sama la wani..abg sll cite ada 1 restoran tu dia makan klo tak blk lunch..lauk yang sama tp klo bini kira mahal 50sen hadooooi..tp biasa la lelaki..diam je le dan bayo..

    ReplyDelete
  3. orang melayu berniga memang gitu..nak cepat unumg saja..
    sebab tu perniagaan tak kekal lama..

    ReplyDelete
  4. kak yus, sama la kita. ada kalanya main bayar je...adakalanya berkira2 jugak...nak2 lagi tengah2 bulan...hihi

    ReplyDelete
  5. kakNo...orang lelaki mmg diam aje...dorang tau makan dan bayar, malas nk argue cam kita ni :)

    ReplyDelete
  6. kak diana, masalahnya makcik ni je yang paling lama bertahan kat sini

    restoran lain yg jual murah semua lingkup.... feliksss

    ReplyDelete
  7. isk2..xptt btol bos die...pekerja die lak yg baek hati nie..

    ReplyDelete
  8. tu lah pasal ifa...cekik darah kan :(

    tp tak de pilihan, akak kena makan kt situ juga...huhuu

    ReplyDelete
  9. hmmm...sebenarnya hak kita ni selalu dipenyek2. member saya penah marah mamak yang hantar megi dia. dia pesan pedas. dia dapat tak pedas. cuma cara dia tegur tu la. marah2.

    kalau saya jadi dia saya tak berani nak mkn megi tu dah...

    ReplyDelete
  10. me pun selalau terkena gini..tp me spesis berat mulut nak tanya, masuk keta terus pot pet bebel2 heheh

    ReplyDelete
  11. bab2 mcm ni mmh kita kena peka sikit.. bukan nak berkira tp cuma nak suarakan hak kita.. bila semuanya diam makanya mmg segala perkiraan ikut suka hati org yg mengira tu sajalah.. selalu juga buat muka what??? bila time nak bayar harga yg tak munasabah mcm tu.. sesekali kena bolehlah.. klu dah selalu mana boleh tahan kan..

    ReplyDelete
  12. Kalau harga tak logik ngan makanan yg diambil, bersuara gak hehe
    Kadang2 diorang main bantai je letak harga kan...

    ReplyDelete
  13. gB, betul tu..jgn mkn lagi dah megi tu...bahayaaaaaaa

    ReplyDelete
  14. MZ..kadang2 saya pon jenis berat mulut gak...hihi

    ReplyDelete
  15. kak hanis..betul tu bukan nak berkira tapi hak kita kan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...