Thursday, June 16, 2011

Menjatuhkan Hukum dengan "Saya rasa..."

Hukum hakam ni semua dah ditetapkan dalam Quran kan... perlu lagi ke main rasa-rasa...? Err....saya rasa, ianya tidak keterlaluan, maka ianya dibolehkan....contohhhh

Hurm...alkisahnya, aku dah lupa pasal ni..tapi tadi tiba2 fius otak aku berfungsi, maka aku nak share lah ngan korang2 semua.... Masa balik Klate hari tu, aku tune in to Kelantan FM, tak ingatlah pula slot apa masa tu, tapi tengah hot pasal The Red Warrior nak turun ke Bukit Jalil... 

Topik masa tu membincangkan pasal penyokong2 bola yang nak turun ke KL, boleh tak buat solak jamak dan qasar (kalau tak silap aku lah) sebab perjalanan makan masa lebih kurang 8 jam kann. 

Ustaz yang dijemput tu pon bagi lah pendapat dia...

" Bla..bla...saya rasa....bla bla...bla..... bagi saya.....bla..bla...bla.....MAKRUH!"

Bila ada pemanggil yang bertanya kepastian bagaimana hukum sebenarnya, boleh atau tidak sebab beliau ada dengar pendapat dari ahli ulamak yang lain mengatakan ianya dibolehkan kerana sukan itu merupakan satu riadah dan Rasulullah pon beriadah jugak dulu... So, memberi sokongan kepada pasukan bola tu kira diharuskan. Maka mereka boleh la buat solat jamak sebab bermusafir untuk tujuan yang baik.

Pemanggil ni hanya bertanya okkkk.... Tapiiiiiiii, yang ustaz ni pulak aku dengar kemain hebat melenting. Dia tak habis2 nak kata apa yang dia rasa...apa yang dia putuskan tu...kalau tak mo ikut, tak payah dengar. Dan katanya pergi menyokong perlawanan bola itu makruh...berulang kali dia mengatakan hukum yang dia putuskan adalah makruh.

Aku pelik. Aku bukanlah nak sebelahkan yang pemanggil tu, sebab dia pon just bertanya...ye la orang dah mosykil, sorang kata ok...sorang kata KO... Mestilah pening kan nak ikut yang mana.

Tapi aku rasa ustaz ni lagi tak patut... kalau korang dengar sendiri mesti korang akan terkejut bagaimana seorang yang bijak pandai dalam agama boleh melenting ketika memberi hukum di radio. Wallahualam

10 comments:

  1. mana ada istilah saya rasa dlm hukum..tak tau jwp tak tau jer..=)


    kalau fatwa kata boleh jwpnya boleh.., tapi kalau jumul ulamak dah kata boleh,tetap boleh..


    kalau beza pendapat ramai ulama dinamakan khilaf

    ReplyDelete
  2. sepatutnya mesti saya sure dan pasti. mana leh main rasa-rasa.

    ReplyDelete
  3. erk ustaz melenting?? ngehh xlayak bg speech kt umum lah gitu..lg byk slh faham nnt =.=

    ReplyDelete
  4. kalau ustaz pun melenting masa soal jawan umum, susahlah. Lagi tambah muykil lah pendengar kan

    ReplyDelete
  5. tu la pasal kak yus...mosykil terus org yg mosykil tu

    ReplyDelete
  6. I went to Puchong IOI Mall last year when I came to Malaysia on business trip. Let's see, hmm... I can speak Malay too, like "bangun pagi, minum kopi".....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...