Masih tak menutup aurat sepenuhnya?
Bertudung, tapi aku tak meletakkan diri aku dalam golongan menutup aurat sepenuhnya. Kenapa?
Aku datang kerja pun masih memakai uniform dengan lengan 3 suku. Kenapa tak pakai inner/armguard?
Bukan tak cuba, tapi tak lama. Istiqamah tiada.
Ya Allah...sukar sungguh nak dapatkannya :(
Lelaki bukan muhrim datang bertandang, dah ku tutupi aurat dengan menyarung tudung. Tapi masih berbaju-T lengan pendek.Hurm... kenapa nak berubah kepada yang lebih baik tu sukar prosesnya?
Mengumpat mengata di sini sana?
Walau bukan aktiviti harian, tapi sekali sekala pasti kita terbabas. Jangan tipu diri kata tak pernah buat.
Bercerita kepada si polan A pasal kejahatan si polan B. Dengan niat nak suruh si polan A berhati-hati. Tapi....kira mengumpat tak? hihiii...
Solat pun sekadar janji laksana?
Hurm...kalau tak kerana janji ada, pasti khusyuk tu kita rasa. Ini tidak...baru bertakbir, fikiran melayang sini sana. Bagaimana nak atasinya? Kalian ada cara? Meh kita kongsi bersama :) Buat panduan diriku yang mudah lupa.
Puasa pun ikut-ikut sahaja?
Niat puasa di bulan ramadhan, mungkin tak sepenuhnya mengikut perintah tuhan. Tapi lebih kepada nak jaga badan, ye lah....sebulan menjaga makan.
Korang pernah macam ni tak? Niat aku tu selalu dipesongkan syaitan, tambahan lagi ketika di pertengahan amalan. Hebatnya godaan....sungguh aku tak tahan!
Kerana aku seorang insan...
sama la kakNo pun wani..kakNo lagi dahsyat..time solat anak2 duk lompat2 atas katil huhuhu..halau keluar jap g datang balik..tak kira duk bergaduh bilik sebelah lagi..
ReplyDeleteapa2 pun kakNo rasa yang penting niat kita tu kena ikhlas..cepat2 istigfar klo rasa dah lalai dan alpa..minta doa supaya ALLAH SWT melapangkan dada kita.
betul tu..kita semua mudah alpa..zaman skang dosa ada dimana2 wani..keluar rumah je dapat beberapa point..kita buat tapi melihat pun dikira juga..
tu la kak No, hebatnya wani rasakan godaan syaitan zaman sekarang. lemah iman. kadang kita dah berazam, tapi mudah betul syaitan menghasut dan kita terhasut. astaghfirullahalazim.
ReplyDeleteSama ngan akak wani..
ReplyDeletehati tu terasa nak tapi kekuatan hati tu.. kadang2 goyah.. erm :(