Ada sesiapa yang mempunyai masalah besar dengan sayur? Seperti merasakan korang adalah kambing@lembu jika hantu sayur? Atau terasa seperti memakan rumput kalau makan sayur? Ohh....ruginya kalian! *perghh...skema lak ayat aku*
Aku memang hantu dengan sayur2an...ni...Boleh naik hantu kalau bab2 sayur...Nak-nak lagi bila naik ke Cameron macam ini:
Dan ini....
Perasaan gembira dan seronok jumpa orang jual sayur murah2 dan segar tu seolah2 kau dapat hadiah banglo percuma *oke tipu,* Tapi jujur aku katakan... aku sangat2 meminati sayur. Tak de lauk pon takpe, janji ada sayur. Padahal masa aku naik Cameron ni lepas tu aku nak balik kampung kan...so, memang tak de makna lah borong sayur pun... balik kampung aku masak sekali je... selebihnya JJCM sana sini... singgah menyinggah umah sedara mara... celah mana nak masak?
*Tetiba rindu lak sayur2 yang aku beli tu....huhuuuu* Ada yang tinggalkan kat rumah nenek. Ada yang mak aku bawak balik Lipis semula, aku nak tapau bawak balik sini tapi lupaaaaaaaaaaaa.....
Sapa la nak makan sayur mayur aku tu.... Mak aku pon tak terhabis la ngadap. Duduk berdua je. Yang mana beliau lagi banyak menapau sekarang ni berbanding masak.
Apa kelebihan makan sayur?
1. Orang kata mata aku cantik *perasan kejap* Bila orang tu beria2 cakap mata aku cantik dan aku tahu beliau tak makan sayur, maka ada point untuk aku membidas...
"Sebab aku makan sayur lah mata aku cantikkkk..." ahaks! Sila jangan muntah ye.
2. Penglihatan yang terang dan jelas.
Aku pernah juga rabun masa study dulu, yang mana aku kena pakai spek jugak...power around 150-200. Tapi tak lama aku pakai, dengan memakan sayur secara berpanjangan *ayat cam hapa tahhh* maka lama kelamaan mata aku pulih...kih kih kih.... Tah betul tah tidak teori aku ni kannnn....
Layannnnnn
*Gambar yang ni tak de kena mengena dengan tajuk* Anak koala yang masyammmmmmm
*Dah macam orang asli moden aku tengokkk*
keh3..org asli moden tak thn akak nak gelak.
ReplyDeleteakak dah 9 thn tak panjat CH..ishh geram ngan sayur2 kat sana.plg akak suka bila dpt beli oren dia yg 1/2 kg sebiji tu..arghhhh sukernyer
memang sayur kat cameron murah2..:) seronok kan bila dapat beli sayur murah..
ReplyDeletetang orang asli moden tu tak tahan.. haha
ReplyDeleteheheh ur caption ut last pic tu buat me senyum :) cute+funny :)
ReplyDeletekak LM..oren besar tu yep? ada nampak tapi tak tergerak plak nk beli...hihi
ReplyDeletekita semua kan mmg asal usulnya orang asli....ahaks!
ReplyDeletesape tak makan sayur memang rugi banyak !
ReplyDeletetak ngajok ye... best nya jenjalan.
ReplyDelete