Saturday, April 23, 2011

Sajak dari bos aku, motif?

Seperti yang aku janjikan semalam, ni dia 'petikan' sajak yang aku cakap tu:
Ingat, setiap situasi adalah peluang
Terlalu ramai mengharapkan persekitaran berubah
Masa terus berlalu, keajaiban tidak timbul
Mengkhayal jauh ke dunia masa depan yang belum terpijak
Lalai komitmen kini dengan citarasa berseronok
Yang khayal akan tetap sebagai khayalan
Lepaskan diri dari keadaan sekarang
Dengan melakukan sebaik apa yang sedang dipertanggungjawabkan
Asas masa depan bergantung kepada tindakan saat ini
Yang lalu telah berlalu
Mulakanlah sekarang
Bangunan 30 tingkat tanpa asas akan runtuh
Mustahil anda membina tingkat kedua tanpa tingkat pertama
Bayi yang berlari perlu belajar merangkak dahulu
Setahap mana kedudukan kini dan pencapaian kini tidaklah penting, lakukannya juga
Kerana yang lebih penting ialah di mana anda hendak pergi?

Aku: Ke mana aku nak pergi wehhh??? Korang rasa apa maksud tersirat sajak karya bos aku ni?

8 comments:

  1. berpijak di bumi yang nyata... elakkan berangan jauh tanpa hala tuju yang kukuh.... tetapkan target mengikut kemampuan.... tu kot..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Usaha keras, jgn putus asa..
    tu kot, berkias2 pula bos wani ni hehe

    ReplyDelete
  3. aduh..saya ni susah nak paham bahasa-bahasa puitis ni..huhu

    ReplyDelete
  4. hurm...qema...bukan berkias apa, perli kot...ahaha

    sbb dia tau staff dia sorang ni byk sangat impiannya...tapiiiiii

    ada aku kesahh???

    impian tak mustahil jd kenyataan kan :)

    ReplyDelete
  5. yup..dari impian lah kita berusaha utk jdy kenyataan..

    ReplyDelete
  6. ayuyai..dah lama kakNo tinggalkan dunia sajak menyajak ni..mmmmm agaknya dia suh wani lebihkan semangat lagi kot untuk terus membangun dan menjadikan syarikat lebih berjaya lagi..agaknya la kot hehe

    ReplyDelete
  7. kak No..yg wani tauuu dia psycho wani supaya jgn tinggal syarikat utk kejar cita2 yg lagi tinggi...huhuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  8. cik sakura...dia mcm x memotivasikan saya :((

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...