Monday, September 19, 2011

Review Khas buat Takdir Fitrah Terindah

Skill membaca novel dalam satu malam sahaja nampaknya dah tumpul. Tapi menghabiskannya dalam masa 2 hari bagi aku dah cukup membanggakan dalam keadaan sekarang ni :)

Walau dimarahi suami kerana membaca hingga jam 4 pagi, aku pasrah! hihiii.... 

Buat kaki novel yang masih belum mengetahuinya, sila lah dapatkan Takdir Fitrah Terindah, keluaran Buku Prima di pasaran sekarang! Aku berani kerat jari...walau ini novel pertama yang ditulis oleh Hanis Azla...namun tulisannya setanding Fauziah Ashaari, Norhayati Berahim dan lain-lain lg penulis senior yg aku sentiasa ikuti.

Sinopsis rasmi? Sila google...kerana aku tak kan tulis...ahaks! Cuma ringkasannya, cerita ini pantas. Tidak meleret2. Dan kalau dibawa ke layar TV, pasti menarik. Apa kata kalau blogger Mak Dara cuba tukarkan novel ni ke dalam bentuk skrip...*sekadar cadangan* dan buat drama bersiri....konpem meletup!

Kalah Nora Elena...ahaks!

Buat penulisnya iaitu blogger Hanis Azla, ada beberapa komentar ikhlas yang aku nak senaraikan di sini...tapi sebab masa baca novel tu, pen dan kertas tak de di sisi...makanya aku dah lupa apa yg nak dikomen tu (read as kritikan membina). Tunggu bacaan kali kedua, okey tak?

Mengenai jalan ceritanya....memang dan sangat teratur. Jelas dan tiada yang tergantung. Membuatkan aku yang sebelum ni suka baca lompat-lompat tak boleh amalkan lagi dah. Memang kena baca every single word kalau tak mahu miss apa-apa...hehe

Kesimpulannya? 10 bintang penuh!

P/s: Jawapan untuk entry suspen hari sabtu lalu (Klik SINI), ya benar...kunci kereta aku tertinggal di dalam. Mujur ada officemate yang 'pakar' buka kunci pintu ni. Tapi pada masa yang sama, kesal dengan kualiti PROTON. Guna pembaris panjang je dah boleh pecah masuk kereta tu :(

19 comments:

  1. wah...
    macam best jewk!

    ReplyDelete
  2. - saya kagum betol dgn org yg boleh habiskan baca novel dalam sehari..dua hari...saya memang tak pernah suka baca novel..haha

    - skill bukak pintu guna pembaris tu mmg ramai yg terror buat, ayah saya pun tahu! ekekekeke....sedih pulak tgk nasib kereta nasional..

    ReplyDelete
  3. Doktor...rasa bangga pula dikagumi...kih kih kih

    Menyedihkan bila officemate menjawab...

    "Proton kan? Senang bah ituu..."

    :(

    ReplyDelete
  4. kalau novel2 ni kurang minat

    setakat tambah ilmu dari
    majalah2 :)

    ReplyDelete
  5. dah oder buku ini dari kawan,...
    sabar menanti ni...

    ReplyDelete
  6. dushh! jmpe sorg lagi blogger kaki novel..pfftt~ yg kwn sorg lagi tu, lya colors tu, dia pn minat novel and segala filem yg diadaptasikan dr novel..haha~ cpt request kt mak dara soh buat skrip! ^___^

    ReplyDelete
  7. kak ati...wani menggilai novel sejak dari zaman kanak2 lagi...hehe

    ReplyDelete
  8. kak diana...mesti addicted nak habiskan baca dlm 1 hari nanti :p

    ReplyDelete
  9. yana...tu lah, kita tggu apa respon mak dara :)

    ReplyDelete
  10. terima kasih wani utk 10 bintang tu.. gembira dan terharu mula bersatu.. terima kasih juga kerana ada kritikan membina tu.. nnt boleh maklumkan utk akak perbaiki mutu penulisan.. terima kasih banyak yer.. :))

    ReplyDelete
  11. Berhajat nak beli tak beli2 lagi ni, banyak dah lst novel nk beli nih..

    dulu mnt gila baca novel tapi sejak beranak ni rasa xde masa nak baca sebab kalau start baca mesti kn habiskan tang tu juga haha, tapi nak beli juga buat stok baca novel time hari minggu:)

    ReplyDelete
  12. mmg rasa sedh sbb tak sempat nak minta kak HA pos sblm akak blk doha..huhu

    ReplyDelete
  13. azam...segeralah dapat kan di pasaran :p

    kak fea...kalau wani sebagai penulis, daku pon mahukan kritikan...supaya boleh diperbaiki mutu tulisan :)

    qema....cepat2 beli....laku mcm goreng pisang ni

    sis LM...aloloo...jangan sedih2...pos ke doha la pulak :)

    ReplyDelete
  14. alamak..tak sabar tunggu novel ni yg dipesan khas dr penulisnya :-)
    tq awak..

    IRFA

    ReplyDelete
  15. kak liza...masih tak dpt respon dari makdara :( dah 2 kali wani tinggal jejak...huhuu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...