Okeylah...setelah seminggu korang dok tengok cerita Langkawi je kann... maka marilah kita ke konklusinya. Entry ni aku sediakan sebagai panduan untuk korang yang nak bercuti di Langkawi. Mengambil pengalaman aku sebagai pedoman untuk yang lain. Skema.
- Booking Hotel
- Okay, when it comes to hotel.. Korang yang kena decide percutian yang macamana korang nak. Santai2...tak mo sesak kepala? Carilah resort2 yg jauh sikit dari tempat tumpuan ramai. Nak suasana kampung? Gi cari homestay. Nak shopping aje? Duduk diam2 di pekan Kuah. Nak banyak2kan aktiviti pantai? Stay di area Cenang atau Pantai Tengah.
- Bila masa yang sesuai nak booking? Last minute pon boleh kalau time yg dipilih tu bukan peak hours. Tapi kalau nak gi time2 cuti sekolah atau public holiday, make sure booking 1-2 bulan sebelum atau lebih advance dari tu! Then only korang dapat yg menepati bajet (macam aku lah - bajet ciput).
- Nak booking kat mana? Okay, ni cara aku - memandangkan aku tiada kad kredit, maka agak susah nak book di web terkemuka macam agoda. Ada juga aku surf blogger buat review katanya boleh, tp aku cuba macam tak berjaya... So, kaedah aku is - korang cari hotel yg berkenan di agoda tu/web apa2 je lah. Then search di google maps, kat situ nanti biasanya akan keluar phone number hotel. Call untuk phone booking :) Tu je cara aku. Tapi tu la - kebanyakan hotel mintak kita book kot agoda jugak. Ikut luck lah kan. Mujur deals aku dengan Sweet Inn dan Langgura Baron tu simple je - sbb resort/motel bajet je kot. maka urusannya mudah je.
- Next, kalau nak jugak booking guna debit card - search la kat google..hehe...ada web nya...airasiago kot. Tapi pilihan hotel terhad lah.
- Aktiviti di Langkawi
- Island Hopping - macam yg aku bagitau before, better jangan ambil pakej ni di pekan Kuah kalau korang stay di area pantai Cenang - sbb harganya mahal. Di Cenang bersepah pakej RM 25 per adult ditawarkan biarpun waktu cuti sekolah.
- Cabel Car - aku tak pergi sebab anak2 dan mak anak gayat! haha...tp dari apa yg pemandu bot masa gi island hopping tu inform, kalau hujan better awal2 lagi tak payah pergi sebab cabel car takkan beroperasi.
- Melawat Makam Mahsuri/Beras Terbakar/ Tempat Minyak Gamat - Cuba rancang utk melawat ke tempat2 ni pada 1 masa...kira sekali harung je. Rujuk peta.
- Underwater World - terletak di Pantai Cenang.
- Tempat Makan
- Tempat Shopping
No. 3 & 4 tu coming soon lah ye... ada keje sket, tak leh nk fokus bercerita...ekekekee