Saturday, October 8, 2011

Erti belanjawan (Bajet) 2012 kepada pekerja sektor swasta [PART 1]

Sumber asal dipetik dari blog Lulu Pages.

Bagi menilai apa kebaikan atau kelebihan belanjawan ini kepada kami suami isteri yang hanya sekadar berkhidmat di sektor swasta yang kecil, meaning that tak ada bonus tetap dan kerja sehingga 5 setengah hari seminggu... So, aku nak list out everything kat sini. 

FELDA

Kerajaan akan peruntuk RM400juta utk naik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan FELDA yg terpilih. Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan. SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012. Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta.

Aku: Tak ada kena mengena dengan FELDA, so abaikan!

Pengecualian cukai kereta hibrid

Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

Aku: Ponnn tak ada kena mengena. Mampu pakai kereta tempatan je setakat ni.

Pendidikan

Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bilion utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif. Sebuah tabung khas RM1bilion akan melihat kpd keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah2.

Aku: Again, tak ada kena mengena dalam masa terdekat...sebab anak-anak kecil lagi. 

Mansuh YURAN PENDIDIKAN

Buat pertama kalinya, Kerjaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 kerajaan. Beban ibu-bapa akan dapat diringankan. Sekolah swasta yg berdaftar dengan Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan.

Aku: Masih tak ada kepentingan aku di sini. Lagi 4 tahun baru aku akan nikmatinya. Itu pon kalau ianya masih kekal begini.

Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar.

Aku: Tak ada kaitan. Pendapatan bulanan pun masih dibawah tahap tak perlu ditaksirkan.

Untuk memantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.

Aku: Rasanya juga tiada kaitan.

Bank Simpanan Nasional akan lantik agen-agen di seluruh negara untuk tingkatkan lagi akses perkhidmatan perbankan kepada penduduk luar Bandar.

Aku: Kemudahan untuk orang-orang kampung. Alhamdulillah, tapi tidak untuk aku yang berada di bandar.

Kakitangan Awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320. Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.

Aku: Sah-sah tak ada kena mengena dengan kami suami isteri.

Kenaikan pencen

600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

Aku: Bersyukur bagi pihak ayah dan abah mertua...

Lanjut Umur persaraan

Kerajaan setuju lanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bg mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

Aku: Benefit? Disadvantage ada lah! Makin tipis nampaknya peluang untuk aku masuk ke sektor kerajaan :(

Subsidi

Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Aku: Mungkin ini saja lah yang membantu

Bantuan yuran kepada kakitangan awam

Kerajaan akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah. Satu progam khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen. Kerajaan akan memberi sumbangan kepada duda dan balu polis bantuan khas. Demi mengenang jasa polis khas & polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd setiap bekas anggota serta duda & balu mereka.

Aku: Tak ada kaitan setakat ni

Kerajaan akan mengambil langkah2 jangka pendek dan jangka panjang mengatasi kos sara hidup

Kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan & akan ambil langkah bersepadu untuk mengatasinya. Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian. Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”.

Aku: Secara tersurat, macam tak meninggalkan kesan apa-apa...tapi mungkin secara tersirat, ada lah kebaikan untuk kami.

KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup. Menambah kedai kedai Rakyat 1 Malaysia, Membuka dan meluaskan lagi unit kedai rakyat 1 Malaysia, meluaskan lagi menu makanan rakyat 1M . 

Aku: Kedai 1 Malaysia? Hurmmm.... Tak tahu lah berapa lama nak tunggu sampai kat tempat aku. Kalau cepat, alhamdulillah. 

Bantuan SKIM Rumah Pertamaku

Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000. <-- Menaikkan had harga rumah akan memberi peluang kepada pemaju mengaut keuntungan berlebihan, penyudahnya rakyat jugak yang tertindas kan?

Melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik. Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012. RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta. Kerajaan akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.

Aku: Pernah baca pengalaman aku berurusan untuk SRP kat SINI? Punya lah susah nak deal. Mungkin sebab baru2 lagi dilaksanakan. So, pembelian aku cara biasa je. Kerajaan tak de membantu apa-apa.

Subsidi rumah

Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Aku: Yang aku lihat di depan mata setakat ini (di kampung suami), program ini disalahgunakan, ada segelintir mereka yang berkemampuan dengan mudahnya turut merasa skim ini...hanya sebab ada 'kabel'. So? Lu pikirlah sendiri...penguatkuasaan yang masih lemah!





Panjang sangat...nanti aku sambung lagi.

10 comments:

  1. tak de butang like..
    tapi share pun boleh..
    heheheh

    ReplyDelete
  2. Kat sini aku tersentap kejap...rupanya entry ini sungguh jelas utk difahami..tak ada bnyak bantuan yg kerajaan bagi dgn rakyat, subsidi?..thnx for this entry..

    ReplyDelete
  3. kelebihan kat maksu cuma yuran sekolah. yang lain2 tu, harga barang?? macam maintain jer...

    ReplyDelete
  4. bagus....den nak taw apa yg najib bagi untuk pekerja kilang.....hang tlg urai kan den baca.....ahakz...

    ReplyDelete
  5. mmmm same la wani..yuran anak2 je dapat merase huhuhu...subsidi?? mmmm jangan barang lain makin naik sudah..klo tak 2x5 je huhuhu...

    ReplyDelete
  6. AIM, kita orang lagi x dapat apa2 pun..cemane tu..sebab tu malas nak review bajet..

    ReplyDelete
  7. jeBat..tuk pekerja kilang yg besar2, selalu ada bonus lebih dari sebulan gaji kan kan kannn... :p

    ReplyDelete
  8. persaraan sehingga 60 tahun dilanjutkan tp kami boleh pilih untuk bersara lebih awal

    ReplyDelete
  9. aku malas nak belek bajet negara.. biasanya takde kena mengena ngan aku..bila baca ni mmg confirm takde kena mengena..hahaha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...