Susulan dari cerita janggut besi tu...ada cerita di sebaliknya. Aku beli sekadar jadikan perhiasan je tu. Kalau nak pakai pun mungkin untuk tempoh masa sekejap sahaja. Hampir 6 tahun dah rasanya aku tak pakai brooch secara tetap.
Masa mula-mula doktor diagnose aku ada alahan terhadap besi pada peringkat yang melampau tu...semua tudung aku jahit je kat tengkuk. Ye lah, nak beli brooch emas tak mampu kan.
Dek kesian tengok aku camtu, maka bonda pun bermurah hati membelikan sebiji kerongsang emas yang aku dah hilangkan sejak pandai pakai tudung Syria ni...huhuuu... Mudah-mudahan masa kemas2 rumah nak pindah nanti, dapat la aku jumpa semula :(
Antara simptom2 yang aku alami sebelum di diagnose oleh doktor pakar kulit tu:
- Bahagian leher tempat pakai brooch sentiasa berdarah. Luka yang tak pernah kering. Lebih teruk bila berpeluh...dan terus naik ke muka...Muka aku masa tu tak rupa orang...penuh tompok2 hitam kesan luka
- Peha akan gatal sekiranya ada syiling dalam poket. Paling lama boleh letak syiling dalam poket tak sampai 15 minit kot. Akan lebih cepat terasa gatalnya kalau aku berada kat luar, tempat panas.
- Tak boleh pakai jeans. Sebab butang besi tu. Perut akan luka jugak. Sebab gatal dan garu kan.
- Bila tangan berpeluh, tak boleh pegang tombol pintu (atau apa-apa yg besi). Kalau tak tapak tangan akan gatal-gatal dalam tempoh masa berjam-jam lamanya.
- Tak boleh pakai bra biasa. So, sport bra je lah penyelesaiannya.
- Jam tangan tak kira yang leather atau besi memang tak boleh pakai. Kesan parut ada lagi kat tangan ni.
Setahun dua juga aku terpaksa berpantang segala-galanya selepas dapatkan rawatan di Klinik Pakar Kulit kat KL..Bangunan PKNS berhampiran Sogo tu... Hampir 1 K jugak lah yang dibelanjakan. Tapi sebab bonda tak tahan tengok aku asal nak mandi/wuduk je sampai menjerit2 menangis sakit. Maka parents pun pejamkan mata je lah untuk RM 200-300 bagi setiap sesi rawatan.
Sempat 3-4 kali pergi je. Dah hampir pulih, aku tak pergi lagi dah. Walau ada appointment susulan.
Alhamdulillah sekarang dah ok walau bukan sepenuhnya. Aku elakkan bersentuhan secara terus dengan bahan2 dari besi ni. Jeans dah boleh pakai, tapi elak waktu cuaca panas yang mana cepat berpeluh. Syiling masih tak boleh letak dalam poket. Bra dah boleh pakai yg biasa, tapi bila kat rumah kena tukar yg jenis tak ada besi tu. Supaya tak lah lama sangat besi ada kat badan...kih kih kihhh
Nota kaki: Teringat pesanan Dr. Nathan, dia suruh aku kahwin dengan tokey Balak. Supaya aku boleh dapat pakai segala-galanya dari emas...heheee....gilos!
ish...kesian u sis...sampai jeans tak leh pakai..sedih...alhamdulillah ko dah ok sikit kan..harap terus sembuh sepenuhnya...amin...
ReplyDeleteKesiannya Wani. Kalau macam tu, sudu garfu besi pun Wani tak boleh peganglah, ya? :(
ReplyDeletewani.. kita nih punya penyakit sama.. sensitif luar dalam.. hhhaaa
ReplyDeleteSusah juga wani sebab banyak juga benda yg dibuat berasaskan besi. Tak boleh bergaya sakanlah ye..
ReplyDeletewahida
ReplyDeletesekarang ni kalau pakai jeans pun dlm keadaan berjaga2 jugak supaya bila duduk, perut tak berlipat dan terkena butang....heheee
kakcik...sudu garfu boleh je, sbb makan sekejap je kan. Dan selalunya time makan tangan tak berpeluh, so ok lah.
ReplyDeleteNi kalau time bukak pintu... kena pulak baru balik penat2...badan berpeluh sampai ke tangan
mmg sedap lah menggaru2...huhuuu
mama maman
ReplyDeletesensitif segalanya....ahaks!
kakak..
ReplyDeletemmg wani membataskan diri utk segalanya nak2 lg dlm berfesyen :(
Tapi saya ada jumpa wanita yang alahan pada barang emas!! hahaha..mesti husband dia gembira....ekekekekeke
ReplyDeletesepupu akak pun macam wani juga.. kesian.. kat bawah dagu smp berparut sbb alahan besi.. lega skrg wani dah okey sikit kan.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteDZ...sungguh ke???
ReplyDeletekak fea... sekarang ni dh ok la sbb tak pakai lg dah...hihihiiii
ReplyDeleteteruk jugak yer alahan akak tu..
ReplyDeleteOwh...ade jugak alahan besi ye? payah jugak camtu ... T__T
ReplyDeletewaaa .. sampai begitu sekali ye wani. Mmg patut kawin dgn tokey balak*terlambat sudah* Hihi.
ReplyDeletekesianya .. tapi susah la jugak wani yea.. sebab benda paling banyak kat buni ni besi ...
ReplyDeletewani...
ReplyDeleteteruk jugak ek alahannya...mujur dah OK...mujur tak alah dgn emas...heheheh
wani...
mintak maaf ye tak berkesempatan nak tegur2, peluk2, cium2 pipi sbb masa tu sy betul2 tak kenal wani lagikkk...rasa terkilan sgtttt....
bila tgok gambar kat blog daddy ziyyad tu, sy ade betul2 sebelah aje wani...alahaiiiii...rasa mcm nak gerakkan aje gambar sy tu dekat dgn gambar wani...hehehehhe
apa2 pun, semoga suksek di tempat kerja baru...nnt kl kami ke kelate, boleh laaa bawak jalan2 ke wakaf chek yeh...tempat yg paling sy suka....heheheh
kak azian
ReplyDeletetak pe, ada masa nanti kita jumpa lagi...hehe..
ms tu wani tengok dr jauh je, nk tegur pon segan :)
kita sama..kulit sensitp..brg murah tak leh pakai..kena serba serbi cap emas...
ReplyDeletehumangaihhh.. saya brg kemas jek xleh pakai besi.. ehhehe
ReplyDeletekta sama wanie..pki seluar jeans..perut gatal..sampai bintat2 besar..tak leh tido asik duk garu.jam pun camtu gak..huhu. brooch pun sejak akak pki zulian ye br okey..dulu mmg kena jahit.zulian jek yg sesuai dgn penyakit akak ni.seksa kan?huhu
ReplyDeletesaya ada sorang kawan camni gak.. langsung takleh pakai kerongsang kecuali emas.. blh geng la ngan dia.. hehehe
ReplyDeleteehhh ... kita samalah wani. mmg la ni tak pakai dah jam sbb elergik benda2 besi n kulit. brooch pon kena tempah yg emas punya. cumanya, mama bleh jeklah pakai jeans or simpan syiling lam poket ^_^
ReplyDelete