Saturday, July 14, 2012

Menggeletis nak komen blog Cik Ina Do Do Cheng tapi...

Bekerja di hari Sabtu sangat santai.... sambil2 jadik waitress untuk listener2 yg nak order lagu tu... aku tertarik dengan entry kat blog Cik Ina yang ni. Menggeletis rasanya jari jemari nak tinggalkan komentar, tapi apakan daya....tiada ruang untuk berbuat demikian.

Tertarik aku pasal cerita adab2 sopan bila berkunjung ke rumah orang ni.... Semuanya ye, aku amalkan...dan aku fikir semua orang tahu....rupanya ada jugak bangsa yang tidak beradab bila berkunjung ke rumah orang ni ye? Kisahnya bila bilik kelamin aku diterjah sesuka hati... dan bila bilik air dalam bilik utama aku pon diterjah...timbul rasa kurang senang di situ... Mujur la tak de kondom2 bersepah ke... kalau tak? But still, aku tak benarkan masuk jugak sebab bagi aku dalam tu ada la something2 yang peribadiii sangat bg kita....kan?

Oh ni baru adab2 no. 5 menurut senarai Cik Ina...

Satu lagi yang aku nak sentuh, adab2 no. 2 tu...

kalau lahh kita berkunjung ke rumah orang, jangan lah sesuka hati ambik dan guna apa je yang ada kat rumah tuan rumah tu selagi kita tak dipelawa...memalukan tau! walau pon kita ni rapat macamana sekali pon dengan member ni, tapi tu tak bagi lampu hijau untuk ko rembat dan guna je apa yang tuan rumah punya.... contoh macam tuala! Tergamak ke ko nak ambik pakai gitu je...means, lepas ambik...baru cakap nak pinjam. Erkk! tlg la jaga air muka tuan rumah kan... mintak la elok2... tuan rumah mesti sediakan asing untuk tetamu... kalau tak de sekali pon, dah tau nak bermalam rumah orang...peralatan peribadi kita jangan lah tak bawak pulak...huhuuu

Sekian, tu je luahan dari aku.

16 comments:

  1. memang tak suka tetamu datang umah,sesuka hati terjah bilik tidur.ke dapur pun akak tak suka.sila duduk kat ruang tamu je.hahahahh

    ReplyDelete
  2. Sokong sgt... Sy pun ada pglaman tetamu yg dtg bt sy sakit hati.. Memandai je komen sana sini, tak bt mcm tetamu pun..

    ReplyDelete
  3. kita serupa gimi five.maksudnya kita masih pompuan melayu terakhir.larikkkkkkk

    ReplyDelete
  4. suka orang datang rumah kita tapi cukup takut pergi umah orang...

    ReplyDelete
  5. memang saya GERAMMMM tak dapat nak komen kat blog cik ina do do cheng..ekekekeke

    ReplyDelete
  6. eh...ada ke gitu wani..
    rumah akak asyik terbengkalai..jd projek bilik kelamin ntah bila tahun nak siap..dlm tgu siap..jalan juga projek dah 3 anak..hahaha..

    bab tuala or brg2 tuan rumah itu memg agak biadap

    ReplyDelete
  7. eh...ada ke gitu wani..
    rumah akak asyik terbengkalai..jd projek bilik kelamin ntah bila tahun nak siap..dlm tgu siap..jalan juga projek dah 3 anak..hahaha..

    bab tuala or brg2 tuan rumah itu memg agak biadap

    ReplyDelete
  8. salam sayang n dya follower sini ya

    ReplyDelete
  9. Uncle nak anjurkan demonstrasi jalanan sebab tak dapat komen kat belog Cik Ina DDC... kamu bawak sepandok, nak join?

    ReplyDelete
  10. adat berkunjung ke rumah orang memang kena jaga tu kan...

    ReplyDelete
  11. Saya pon antara org yg geram cam daddyziyyad sbb x dpt komen, gara2 anon peminat cik ina binasa, muahahahaha

    ReplyDelete
  12. Lama dah Cik Ina buat begitu. Kakak sampai email kat dia tau Wani..

    ReplyDelete
  13. tu satu hal..mak bapak yg buat rumah mcm rumah sendiri.ni pulak kes yg dibiarkan je anak dia merayau buat tawaf pulak seluruh rumah.yg lagi haru rosakkan mainan anak kita dan ada hati pulak nak bawak balik mainan tu..pantang oi!

    ReplyDelete
  14. Ayoyo...sanggat malu laaaa....tuala main ambil org lain punya.....sgt mengelikan...

    ReplyDelete
  15. den paling tak suka bila tetamu dtg umah bawak sekali semua cerita pd org luar.bila kita dtg umah tak perlu nk komplen atau kritik umah org ni tidak leh lak ajak org ngumpat pasal umah org,psl spender umah org yg bersidaian di ampaian pun jd mangsa teruknya manusia..ade org tu siap cerita dlm blog bilik air umah kawan dia berkerak..hitamnya la hati.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...