Jam tepat menunjukkan pukul 5 petang. Bergegas keluar wanita itu pulang ke rumah. Tapi sebenarnya bukan terus pulang. Hajat di hati nak menyinggah ke pasaraya berhampiran. Demi mencari kerang.
Memandu sambil terbayang-bayangkan kerang di mata, alangkah kecewanya bila kerang yang dicari tiada di situ....licin! Hampa hatinya. Terfikir kalaulah suaminya ada, tentu pencarian diteruskan lagi ke pasaraya yang lain. Tapi apakan daya, menjadi ibu tinggal ni bukan kerang itu sahaja yang menjadi fokus. Anak-anak perlu diambil tepat pada masanya. Jika tidak,
"Kenapa mama lambat ambik kakak hari ni?"
Dan tak kan lah wanita itu nak jawab sebab mencari kerang...ye tak? Tak semena-mena, wanita itu mengambil daging cincang. Teringatkan masih ada sisa spagheti di rumah dan juga tomato puri yang masih berbaki. Dibeli juga cendawan butang setin.
Eh...dah lah! Penat nak buat ayat novel ni.
Ceritanya semalam tak dapat kerang, pastu ingat nak masak spaghetti...tetiba ada Hitrik Roshan plak kat TV2, tak jadi nak masak! Panaskan je mee goreng yang ada....pastu makan sambil tengok Kaho Naaa Pyarr Haii....
Tapi kan... tak kuasa lah nak tengok sampai abes. Tak ingat dah la ending citer tu cemana. Sonia dgn Raj ke? Rohit memang betul2 mati ke cemana?
Ohh lupaa... spaghetti tu aku masak pagi tadi ^_^
kerang tu nak buat ape klu ade?sambal kerang kah?hehehe
ReplyDeletekemain akak mengolah ayat tu..hehe.. bekpes spageti ler hari ni?? amareka demo.. sy lak bekpes nasi kerabu.. :P
ReplyDeletesemalam festaim tengok citer tu sampai tertido kat tengah2. terjaga masa diorg nyanyi2 kat hot air ballon tuh. pastu tido balik.
ReplyDeletebest gak eh citer tuh? heheheh...
mmg biasa cmtu la klu ada cite best,apa yg nk dibuat pun jdi tangguh..hehehe
ReplyDeletepandai pulak ko buat novel eh..hehehe...
ReplyDeletehe..he.. hindustan punya pasal.. spagheti tunda ke pagi yer wani.. teringat2 pulak lagu kaho naa pyar hei tu..
ReplyDeleteooh citer tu... akak pun dah lupa jalan citernya... yang tau nyanyi2 kat pulau...
ReplyDeletepagi ni?bak sikit!
ReplyDeletelagu2 citer ni best sangat.... lama doh dok tengok...
ReplyDeleteAda bakat untuk meulis novel ni Wani. :)
ReplyDeletedni lama dah tak tengok cite tu dah lupa jalan citenye hehe
ReplyDeletememang 1st hero tu mati..2nd hero yg hrithik tu yg kawen dengan dia.. muka sama je..hehehe
ReplyDeletethe only tamil movie saya tgk ialah kuch kuch hota hey...:P
ReplyDeletesedapnya kerang rebus cicah cili kicap.ada kena mengena ngan novel ko ke wani?
ReplyDeletePulak...lain di rancang....lain plak jadi nya....
ReplyDeleteuhuhuh xleh mkn kerang .. alegikk ..
ReplyDeletesalam kenalannn