Friday, July 6, 2012

Intai sikit... apa ada dengan jiran?

Cerita ringkasnya ada aku update kat fesbuk baru-baru ni. Tapi sebab meluat nak baca komen tutttt... aku delete balik. Malas nak sakitkan mata. Cerita versi penuhnya macam ni.

Alkisah aku ni duduk rumah flat 2 tingkat. Tingkat atas ada 4 unit rumah. Kiri kanan aku selama ni tak de jiran. Kira duk klua masuk je, ada yg asek lari tak bayar sewa pon ada. Lepas tu last 2-3 days ditakdirkan ada la jiran baru. Masa couple husband n wife ni masuk, husband aku ada balik... Ada la laki aku tegur berpatah-patah...dia jawab sepatah je. Masa husband aku ni duk basuh keta kat bawah...pintu rumah aku terbukak sikit sebab anak-anak duk jenguk papa dorang dari atas, yang aku ni duk sebalik pintu dah tgh lipat kain...tapi kalo orang tu betul2 menjenguk dari luar...akan nampak la aku ni.

Tau apa yg si jantan ni buat? Lalu depan umah aku, yes...memang kena lalu untuk ke pintu rumah dia... tapi boleh tak lalu straight je, jangan nak jenguk ke dalam sangat? Dia dah ternampak aku yang tak bertudung...baju lengan pendek lagi tengah bersila lipat kain tapi dia keep tenung macam nak makan! Euwww~ tolong la...meluat aku tengok. Kot ye kata nak berkenalan dengan jiran ke...laki aku ada kat bawah, napa dia tak beramah mesra? Aku dah berbalas senyuman ngan bini dia before tu... 

Oke, tu citer pertama... siang nya. Malamnya plak, Lepas aku hantar husband ke bustand, balik malam tu aku nak angkat kain. Anak2 dah tido. Lampu koridor gelap, aku malas nak bukak. Jiran2 bujang belah kiri memang aku tak pernah tserempak waktu2 macam ni sebab diorang keje balik tgh malam. So, aku memang selalu keluar gitu je (betul-betul selangkah je depan pintu rumah) kalo nak angkat baju kat penyidai (kedudukan depan pintu rumah aku dan depan tingkap rumah jiran penyibuk ni). 

Yang jiran penyibuk ni, dia bunyi je aku bukak pintu...terus dia ke tingkap, selak langsir dan intai aku! Oke, 1st impression aku fikir dia nak tengok sapa ada kat luar rumah kan... oke, takpe. Tapi apa kejadahnya bila dia gi selak langsir belah satu lagi dan tak puas hati...nak tengok ke arah aku lagi! Dia ingat lampu tak pasang kat luar, mungkin aku tak nampak dia yang mengintai... tapi ko silap lah bro.... aku kat luar (yg gelap ni) lagi jelas nampak ko duk mengintai dari dalam rumah tu!

Oke, fine! Ini petanda untuk aku berhati-hati dengan jantan ni.


14 comments:

  1. agak bahaya tu.....kena hati-hati

    ReplyDelete
  2. berjaga2 kak dapat jiran camtu...

    ReplyDelete
  3. Hati-hati ye awak..Mcm psiko je jantan tu.Moga Allah lindungi awak sekeluarga.Amin

    ReplyDelete
  4. takutnya aku wani...nanti kalau bini dia tau laki dia dok ngendap ngendap tenung tenung ko mesti kecoh dia nanti..silap2 dia ingat ko yg gatal ngorat laki dia..org pompuan ni pelik sikit (aku tatau la aku masuk kategori pompuan ke tidak..sbb kalau aku mesti aku cocok mata laki aku dulu..nasib baik laki aku tak macam tu)

    ko hati2 tau..jgn bagi peluang sangat kat dia nak tenung2 ngendap2 ko..lagi la laki ko dok jauh ni..tak pasal2 jadi fitnah kat ko..ko gak yg stress nanti..

    take care..

    ReplyDelete
  5. Serius wani mmg kena hati2. Jaga diri dik nanti maruah kita yg dijaja walaupun yg silap dia.

    ReplyDelete
  6. Salam. Harap Wani berhati2 ye.. Pastikan keselamatan diri dijaga.. Takut pula bila membaca kisah seperti ni..

    ReplyDelete
  7. alamak, mmg kena hati-hatilah macm tu wani. Seram pulak akak, be extra cerefull tau!

    ReplyDelete
  8. Meluat plak den dgn jantan tu...mcm tak merespek jiran...

    ReplyDelete
  9. kecempres!! mmg wani kne hati2 tuh. jiran 'terlebey' prihatin. bukan akak nk takotkan tp kalo org2 lelaki klate mmg ado hok gelenya mengintai org pompuan..

    ReplyDelete
  10. waa...serius menakutkan..lebih2 lg kalo org fitnah kata kite ngorat laki pompuan tu..walhal laki dia yg tak senang duduk nengok kita..hish..jgn sesekali leka tau...bahaya tu..

    ReplyDelete
  11. dia lari dari ahlong kot..wahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...