Friday, November 30, 2012

Tabung Kemanusiaan Palestin GAZA

Ini je yang saya mampu buat masa ni... Nantikan Ahad ni jam 3pm. Sebahagian dari hasil jualan ini saya akan sumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad


Tuesday, November 20, 2012

Banana Choclate Crepe lah pulak!

Selepas kegilaan Durian Crepe (klik untuk resipi) Aku sambung menggila crepe lagi. Kes tak puas hati dengan hasil crepe ni. Bab inti nya no problem dah. Tapi nak prektis melempeng tu haa... Cuma silap strategi lagi kali ni sebab tak guna pan non-stick.

Hari tu buat kat umah bonda, ada non-stick pan ni...senang je nak mengcrepe. Kat umah ni tak de, so guna kuali biasa... agak berchentaa jugak lah nak melempeng ni :(

Tapi tak pe lah, kita layann je la gambar2 hijau sejuk mata memandang ni....hihihii


Inti tu gabungan pisang dan coklat... Bagi tekak aku tak la manis sangat, sebab kuantit coklat se coet je pon.... pisang tu pulak jenis yang rasa masam-masam... kira kombinasi yang bisa menelankan air liur jugak lahh....ahaha...

Lepas ni agak2 aku nak wat crepe kaler apa lg eh ?

Monday, November 19, 2012

Cuti-Cuti Day #13- Tiramisu Cheese Cake Mudah Sesangat!

Akhirnya... sampailah ke entry percutian yg terakhir...hari yg ketigabelas. Tapi korang perasan tak hari-hari terakhir ni percutian dihabiskan di ceruk dapor uols...hihihihii.. Kalo sehari sebelumnya, sebok mengcrepe untuk Durian Crepe Mudah Giler ni... hari keesokannya aku menggila dengan tiramisu pulak...

Alkisahnya lepas terjebak tengok si Wani, anak abah angkat aku la (yang GILER KAROKS ni) mudah sesangat dia buat... So, aku pon masuklah ke dapur untuk try sendiri... Jom tengok bahan-bahannya dulu:


Cream cheese 500 gm


UHT/Diary Whipping cream 250ml


Susu pekat setengah tin. Ketiga-tiga bahan ni dicampur bersama dan putar hingga lah sebati (sampai cream cheese tak berketul lagi). Settle bahagian pertama...

Ni bahagian kedua pulak. Hanya memerlukan biskut tiramisu ni (gambar dari blog mamatisya.blogspot.com) dan juga serbuk koko.


Bancuh serbuk koko dengan air, jangan terlampau cair...nanti biskut cepat lembik. Salut biskut ni dengan bancuhan serbuk koko td. Lepah tu susun la macam gambar ni pulak... Based dengan biskut yg disaluti bancuhan koko tu dulu... Lepas tu letak adunan cream cheese se layer. Pastu susun lagi biskut tu... ikut lah ketinggian bekas anda tu ye...


Dan untuk toppingnya... kalau cara saya, ayak serbuk koko ke atas kek ni supaya tak nampak serbuk yg ketul2 kalo kita main tabur gitu je kan.... Pastu sejukkan jap lam peti....Siap! Mudah kan?

Itu lah dia ending cuti-cuti saya.... Nak order? Boleh! Sedia ambil tempahan.....hahahaa


Cuti-Cuti Day #11- Ladang Teh Boh...Nyaman!

Dah baca Apa Istimewanya Cameron Highlands? Okey... ni entry sambungannya ye sayammm... Kann orang duk komplen cakap tak sejuk kann... Korang duk tempat yang bersesak2...memang lah tak sejuk. Cuba naik kat tempat2 macam ni haaa... Kol 3 ptg pon angin bertiup sejuknya boleh meremangkan bulu romaa...hahahaa

Ni namanya Ladang Teh Boh. Kalau tak silap, ni yang kat Habu Height. Dari jalan besar (sebelum sampai ke Tanah Rata dari Ringlet) ada simpang masuk ke kanan... dalam 6 kilometer bersamaan kurang lebih 15 minit sebab jalan bengkang bengkok dan agak sempit.

Tapi....bila dah sampai kat atas ni, memang puas hati dengan pemandangan terindah ciptaan Allah yang sangattt menyejukkan mata memandang. See.... dah banyak kali aku naik Cameron Highlands ni, tapi ada je tempat2 baru yang aku BARU JUMPA....hahaa... Tu antara alasan istimewanya Cameron di mata kami sekeluarga :)


Si bujang ni kemain syokkk tido sebab sejukkk kan.









Dann... dah namanya ke ladang teh boh. Haruslah sambar sepaket teh boh :)


Walaupun keta banyak, tapi insya Allah...ada je tempat utk parking.. 


So, tak tahu nak ke mana cuti-cuti sekolah ni? Jommmm ke Cameron Highlands! Tapi ingat pesan aku, waktu perjalanan memang HARUS dirancang dengan betul untuk mengelakkan kesesakan yang melampau. Boleh rujuk entry sebelum ni ye lalingg.... Daaa

Saturday, November 17, 2012

Cuti-Cuti Day #11- Apa Istimewanya Cameron Highlands?

Mesti pembaca tetap tertanya-tanya... baru ni kan dah pergi ke Cameron Highlands, merujuk entry INI. Pastu...kali ni pergi lagi? So...apa yg best sangat? Dah la rata-rata orang asek cakap dah tak sejuk la...jalan jem la...

Apa yg best? hahaa...sudah tentu la sebab ni je tempat yg paling dekat nak pergi bercuti. Tak payah overnight pon boleh pergi. Yg penting, tempat ni nyamannnn.... walau dah tak berapa sejuk...kita kena lah cari tempat2 yg masih kekal sejuknya....ada beberapa tempat... itu kita citer later. Kali ni, jom! Layan gambar2 ni dulu....

Mak ngan adik yg beria-ria nak naik kali ni... tapi sygnya diorang ni tak segigih aku dan suami yg sanggup bangun awal2 pagi...haha.. Sudahnya settle bekpes nasik lemak (bawak dari rumah) dah kol 10.30 pg... memang TAK la kalo ko nak panjat terus ke Brinchang sebab time2 camni dah mula jem. 

Padahal rugi tak ke Brinchang sbb kat sana ada Kea farm...byk choice sket kalo nk beli2 sayur ni... pastu ada tmpat baru Scorner tu...yg aku kutip2 cendawan last month tu laa...







So, ingat kwn2... kalau nak elakkan dari kesesakan mendaki...seboleh2nya jam 8-9 pg tu korang dah ada kt area Brinchang, kemudian terus visit menghala ke bawah... Dan kali ni, sebab drivernya dalah AYAH yg memang TAK AKAN PERGI tempat2 yg jem... so, stuck lah kami di Tanah Rata aje...

Ke mana lagi kalau tak ke Kampung Sedia... yg sentiasa aman damai bg aku, tak sesak sangat... 



Mem bagi arahan apa tahhh...




Dan macam biasa...stoberi coklat tu seolah-olah wajib pulak kalo naik Cameron ni kan? Hihihiii... Eh, nak tahu tempat mana yang nyamannn sangat tu? Next entry eh :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...