Friday, November 16, 2012

Cuti-Cuti Day #7- Petrosains dan Karaoke, Yeay!

Okay...kita cuba mengejar laju-laju untuk cerita Cuti-Cuti November ni... Dah masuk hari ke 7 which is Ahad lepas, 11hb... yeay! Dan ini lah dia... hari yg pertama benar-benar rasa enjoy habiskan masa layan anak-anak. Pagi-pagi lagi bersemangat gerak ke KLCC uols! Macam lah tak penah pegi kan...hahahaa... Tapi semenjak duk Kelantan ni, memang rindu sokmo nak gi tempat2 yg biasa gi dulu2 :)


Motif utamanya nak ke sini aje, PetroSains KLCC. Walaupun dah pergi berkali-kali tapi ntah la...rasa seronok ke sini. Beratur memang panjang, tapi pengurusnnya sangat efisyen. Ada penetapan masa di tiket, jam berapa harus beratur. So, tak perlu lah lama-lama berdiri tunggu giliran nak naik gondola tu kan. Dan yg lagi boleh dipujinya... Suami ku dukung si bujang yang ketiduran, dia diberi keistimewaan untuk duduk dulu di kerusi yang disediakan (bukan dalam gambar ni) sementaran aku beratur tunggu giliran. 


Dah masuk dalam, memang kejut terus si bujang tu. Rugi lah kan kalau masuk untuk tidur. Kat dalam ni ada beberapa bahagian pameran, malas lak nak citer...layan gambar je la ek.



Ekceli kat sini ada helikopter simulator...Dah 2-3 kali datang sebelum ni, tak de pulak kenakan bayaran. Tapi kali ni dah kena bayar lah pulak RM 3 per kepala. Tapi sebab 2 orang kenit tu tak cukup ketinggian...so, malas la nak masuk asing2 kan.


Jalan punya jalan, sampai la part tempat tinggal kru kat pelantar minyak kan... chanteeksssss punya port untuk suami landing kejap! hehehee



Ehh...lupa nak tunjuk...tadi ada sebut GONDOLA kan... alaa...lupa pulak nak snap full pic. Tapi mende alah tu adalah berbentuk bulat, yg akan bawa kita masuk ke PetroSains ni...


  


Seronok main dgn bayang-bayang ni....


Ohh...oke, tamatlah cerita siang hari. Keluar dari KLCC, menuju ke Sg Besi. Hajat di hati nak makan Mee Tarik Sg Besi yang tersohor sejak masuk JJCM tu kan. Tapi tetiba je jari gatal g surf terjumpa komen yang baru, kononnya dah tak sedap...tawar...dan sebagainya yang tak enak didengar. Ye, kuasa testimoni... maka kami membatalkan hasrat itu....

Malamnya, ziarah keluarga angkat di Shah Alam... Tengah2 makan, tetiba abah kata dia mengantuk... baringje depan TV...entah cemana aku terkeluar cerita pasal karaoke, terus angkat punggung orang tua tu masuk bersiap dalam bilik...ajak kitorang gi karoks! Luv u lah abah!  Sampai kol1 lebih jugak la...hihihii.. Mujur tempat dia tak ramai orang, then ada port utk lepak2 yg selesa untuk anak2.

Dapatlah 4-5 lagu jugak kot...ahaks!



Oke, seriusly flat sesangat dah. Sambung hari ke #8 pulak... membosankan!

14 comments:

  1. mee tarik?

    wow.... harus terjah gak ni

    nnt nak gugel la

    ReplyDelete
  2. Kakcik pun belum pernah masuk ke Petrosains tu. :)

    ReplyDelete
  3. tak pernah masuk petrosains... sebab kat situ yang masuk semua dgn anak2..kita kan bujeng..ha ha ha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oitt...tak aci! kenapa dh private blog tak bitau!

      Delete
  4. Tak pernah sampai PetroSains, mmg teringin nak pergi ni, tgk gambar2 Wani nampak best sangt.

    ReplyDelete
  5. sy xpernah pegi petronsains wlupun sgt teringin.. sob..sob..


    kak shaz, cpt update psl cuti² kt cameron lak..hehehe

    ReplyDelete
  6. sekali masuk ke Petrosain tu .. lama masa beratur ramai orang hehe

    ReplyDelete
  7. ni betul2 punya karaoke ..siap ada band kat belakang...hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...