Monday, October 31, 2011

Jalan-jalan cari kasut

Semalam dalam kereta masa ondaway nak balik rumah... suami borak-borak. Isteri tak berapa nak layan. Sebelum tu...dah seharian berada kat Alam Sentral... 

Suami: Ni kenapa ni???
Isteri: Pening kepalaa....

Suami: Lahh....pehal lak tetiba pening kepala ni.
Isteri: Terbayang-bayang sandal Nose yang berkenan kat JJ dulu tuuuu....huhuuu...*cerita lama, nak beli masa raya puasa dulu...tapi tak ada saiz*

Suami: Dah, jom kita cari kat mana ada butik Nose.
Isteri: *sakit kepala hilang tetiba* Eh, kawan syg kata ada kat The Mines...

Perjalanan melencong lah ke sana....

Cari punya cari.... sah! Aku kena kencing je ngan member tu...huhuuu...memang tak ada pun Nose kat sana :( Tapi sebab dah pergi, singgah la jugak tengok kat kedai lain... Tengah-tengah cuba sandal kat Esarli... rasa nak cuba dua belah...dan mintak lah SA nya amik kan saiz 5. Tiba-tibaaaaa

Suami:*sedang dukung anak* Mamaaaa...tengok ni! Pampers dia dah overloaded laaa...huhuu

Sekali anak aku kencing daaaaaaaa.... Apa lagi, menitik2 la kat lantai kedai tu...muahaha...mujur bukan aku yang dukung! Kalau aku....terus ajak suami gi beli baju lain....haha...anak takpe la, baju dia manjang spare lam beg.

Sebbaik toilet sebelah kedai tu je. Masa tunggu kat luar toilet lelaki (suami urus anak), aku nampak la ahmoy SA tu duk basahkan mop....kih kih kihhh

Malu punya pasal, aku masuk balik kedai tu...dan beli terus sandal yang aku berkenan tapi tak sepenuh hati. Suami berkali-kali tanya....

"Tak mo dah ke sandal Nose tu??? Kita carik dulu la kt tempat lain"

Aku jawab:







"Takpe, kalo jumpa sandal Nose tu beli lagi...sepasang tak cukup."






Nota kaki: Sebenarnya aku dah penat. Ada 4 sandal sebelumnya yg aku dah berkenan...tapi bila mintak saiz 5...dah tak ada/tinggal display. Aku memang tak beli yang display....sebab tak boleh nak gigit!

Alahan Besi

Susulan dari cerita janggut besi tu...ada cerita di sebaliknya. Aku beli sekadar jadikan perhiasan je tu. Kalau nak pakai pun mungkin untuk tempoh masa sekejap sahaja. Hampir 6 tahun dah rasanya aku tak pakai brooch secara tetap.

Masa mula-mula doktor diagnose aku ada alahan terhadap besi pada peringkat yang melampau tu...semua tudung aku jahit je kat tengkuk. Ye lah, nak beli brooch emas tak mampu kan.

Dek kesian tengok aku camtu, maka bonda pun bermurah hati membelikan sebiji kerongsang emas yang aku dah hilangkan sejak pandai pakai tudung Syria ni...huhuuu... Mudah-mudahan masa kemas2 rumah nak pindah nanti, dapat la aku jumpa semula :(

Antara simptom2 yang aku alami sebelum di diagnose oleh doktor pakar kulit tu:

- Bahagian leher tempat pakai brooch sentiasa berdarah. Luka yang tak pernah kering. Lebih teruk bila berpeluh...dan terus naik ke muka...Muka aku masa tu tak rupa orang...penuh tompok2 hitam kesan luka

- Peha akan gatal sekiranya ada syiling dalam poket. Paling lama boleh letak syiling dalam poket tak sampai 15 minit kot. Akan lebih cepat terasa gatalnya kalau aku berada kat luar, tempat panas.

- Tak boleh pakai jeans. Sebab butang besi tu. Perut akan luka jugak. Sebab gatal dan garu kan.

- Bila tangan berpeluh, tak boleh pegang tombol pintu (atau apa-apa yg besi). Kalau tak tapak tangan akan gatal-gatal dalam tempoh masa berjam-jam lamanya. 

- Tak boleh pakai bra biasa. So, sport bra je lah penyelesaiannya.

- Jam tangan tak kira yang leather atau besi memang tak boleh pakai. Kesan parut ada lagi kat tangan ni.

Setahun dua juga aku terpaksa berpantang segala-galanya selepas dapatkan rawatan di Klinik Pakar Kulit kat KL..Bangunan PKNS berhampiran Sogo tu... Hampir 1 K jugak lah yang dibelanjakan. Tapi sebab bonda tak tahan tengok aku asal nak mandi/wuduk je sampai menjerit2 menangis sakit. Maka parents pun pejamkan mata je lah untuk RM 200-300 bagi setiap sesi rawatan. 

Sempat 3-4 kali pergi je. Dah hampir pulih, aku tak pergi lagi dah. Walau ada appointment susulan.

Alhamdulillah sekarang dah ok walau bukan sepenuhnya. Aku elakkan bersentuhan secara terus dengan bahan2 dari besi ni. Jeans dah boleh pakai, tapi elak waktu cuaca panas yang mana cepat berpeluh. Syiling masih tak boleh letak dalam poket. Bra dah boleh pakai yg biasa, tapi bila kat rumah kena tukar yg jenis tak ada besi tu. Supaya tak lah lama sangat besi ada kat badan...kih kih kihhh








Nota kaki: Teringat pesanan Dr. Nathan, dia suruh aku kahwin dengan tokey Balak. Supaya aku boleh dapat pakai segala-galanya dari emas...heheee....gilos!

Sunday, October 30, 2011

Janggut besi

Bujal, pinjam ek istilah janggut besi. Hehe...aku dah terjebak. Even no metal allowed utk bdn aku, tapi dah nama pompuan kan. Asal cantik, tangan gatal nak beli...hehe.

Friday, October 28, 2011

Keciknya hati saya :(

Ohh...baru perasan, tajuk hari ni kita main 'kecil' je ye....ahaks! Pagi tadi kecik lain. Petang ni kecik lain pulak hokeyy....

Bekerja dengan bangsa lain ni kadangkala memang banyak makan hati. Mana taknya, orang lain makan nasik..kau makan hati kannn.... Dah berapa kali aku tersingkir. Padahal aku pon pekerja syarikat ni jugak. Senior jugak. Dah nak masuk 4 taun, tempoh masa paling lama tahu. 

Sebab tu lah semenjak dua menjak ni aku paling banyak melepak di jobstreet. Macam bulan-bulan lepas, sampai report...hamik kauuuu...berbelas2 job rupanya aku dah apply tanpa sedari, tapi satu pon tak sangkut intebiu :(

Aku kecik hati dengan sikap majikan. Yang suka gunakan khidmat aku tanpa menghargai apa yang aku buat. Walhal aku bukanlah major dalam bidang editing. Tapi aku buat juga. 

Aku kecik hati bila aku lah satu-satunya berkelulusan dalam bidang IT, tapi tak diberi peluang mengikuti kursus laman web. Nak tahu siapa yang dia hantar? Staff yang degree nya dalam bidang seni persembahan. Adilkah? Sampai staff tu pon terpinga-pinga...luar bidang kuasa dia, tapi terpaksa akur.

Aku kecik hati bila staff-staff Melayu di Jabatan lain diberikan peruntukan...buat majlis berbuka puasa di luar...tapi staff yang betul-betul bawah dia (4 org je melayu) tak dipelawa sama.

Aku kecik hati bila bla..bla...bla......blaaaa....blaaaaaa....blaaaaa......dan blaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tak tercoret wehhh

Dan ikutkan kecik hati tu, nak je tender resign 24 jam lepas dapat gaji...kah kahh..kahhhhh....

Masa tu konpem menggelupur. Coz kerja aku, aku sorang je tahu. Muahahahaa





Tapi jangan risau bos, sy orang yg bertanggungjawab. Walau saya nak ca alip but sekalipun, kerja-kerja dah hampir dibereskan ni....

Sekian.

Kecilnya dunia...atau...selipar aku murah???

Ini kisah masa aku di Mydear Warehouse Sale hari tu.... dalam kepadatan manusia di sana, aku terperasan kan sesuatu.

Selipar merah tu BUKAN milik aku...tapi tuan punya dia selang seorang je dari aku. 

Selipar merah yang ini pulak AKU punya....hohooo...kecilnya dunia ni kan? Ke selipar aku ni murah sangat??? Walau apa-apapun ni lah antara selipar basahan aku yang paling MAHAL pernah aku beli. Eh, suami aku belikan kalau tak silap. Jenama POLO. RM 119.99.

Eh, tu harga sebelum less...wakakaaa.....tak de maknanya aku nak pakai selipar sampai 100 lebih tu. Baik buat belanja gi makan-makan..kenyang perut! Selipar tu harga dia RM50++ je...ada diskaun 50%. Tu selipar raya tahun lepas. 

Tapi berbaloi lah beli sebab selesa. Kalau ikutkan aku tukar selipar setahun sekali je. Cuma tahun ni je tak beli selipar raya 'mahal', so aku lenjan lagi lah si merah ni. Selipar raya hari tu beli yang 'murah' sangat....tak sedap pakai! Harap rupa je cantik....huhuuuu....





Nota kaki: Tetiba rasa nak g shopping selipar lah minggu ni, tapi gaji hari Isninnn....huhuuuuuu *kena buat muka kesian menge'pow' suami la nampak gayanya...sapa suruh gaji dia lagi awal kannnnn* muahahaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...