Wednesday, December 21, 2011

Banyakkkkkkkkk sangat nak cerita hari ni! Rugi sapa tak baca :p

Oke fine, tajuk poyo kan. Tapi otak aku dah tak mampu nak fikir title lg dah. Sebab kepala tengah ting tong. Tapi jari nak menaip jugak.

Sebelum tu, update terkini: Kepala sakit doploh pat jam, sentiasa rasa terumbang ambing. Tekanan darah rendah :( Doktor....ada ubat tak? Kalo boleh, kuat punya! Sekali makan terus baek! Setakat ni aku buat2 tak reti je dengan sakit ni. Tapi tak tahulah smpai bila bertahan.

*para doktor yg baca...bg nama ubat ek, nanti boleh cari kt farmasi je...hihihiiiii* <---alasan org malas gi klinik

************

Syukur...drama 'tsunami rindu' yang dijangka berlangsung di stesen bas pasir putih tadi dibatalkan, sebab pakcik aku ada kat rumah ni...so dia lah yg hantar suami aku ke sana. Naik bas balik Puchong :( But still, sesi meraung2 tu ada...dari my doter.

Padahal sebelum ni pernah je berpisah. Tak de pon dia menangis2. Kali ni agaknya dia terasa yg perpisahan agak panjang bakal terjadi. Bijak kan budak 3 tahun zaman sekarang ni.

Apa? Korang ingat aku ke yang meraung2??? Tak de makna, jiwa aku kental okey *ayatberlagaktakutairmatamenitis*

Anak bujang aku plak dah tdo tadi...mulanya macam nak mengikut jugak. Tapi aku fikir sebab dia nampak papa dia dh smart2, bukan sebab dia tau dia akan ditinggalkan lama. Budak umur 1 tahun 5 bulan rasanya tak la bijak macam umur 3 tahun lg kan.

*********************

Cerita pasal kerja? Hurm.... tak tahu lah nak mula dari mana. Ekceli aku pening-pening ayam lagi ni. Terkeliru dah, mana entry untuk blog ni...mana nak buat entry untuk blog kat Hot FM tu....apa-apa pun, kebarangkalian untuk aku mengkopipes yang sini masuk ke sana adalah sangat tinggi :)


Ni gmbar semalam....dalam konti. Best jugak sebab selesa... lgpun kira macam kitorang lah perintis kat sini kan. Senior kat tempat lain....haha. Syok2x! Tapi still berdebarr menantikan 2 Januari nanti. Korang jangan lupa tau, dengar dan tolong bagi komen nanti... :)

************

Cerita plak pasal perjalanan aku pergi dan balik kerja.

  1. Iman aku tergugat bila hari2 melalui Wakaf Che Yeh, yang mana terdapat deretan butik yg tersohor dan memukau pandangan mata yang senang untuk aku singgah pada bila-bila masa. Selamatkan lah wallet aku! *Eh, hari ni gaji lah! Habis!*
  2. Pengguna jalanraya di sini tak berdisiplin. Terpaksa belajar menerima hakikat secara perlahan-lahan. 
  3. Jarak masa aku ke tempat kejadian adalah dalam 40 minit bila jalan clear - sejam kalau hujan lebat atau ada 'Pok Rere'. Istilah untuk kereta yang dipandu secara sangatttt lah santai :)
  4. Tak boleh pakai keta mewah sangat kat sini. Rugi. Mujur aku pakai keta kebal je, sesuai untuk melasak di atas jalan yang berlubang dan tar nya tak rata di sana sini :)
  5. Walaupun hampir sejam atas jalan, tapi aku sangat enjoy the view...compare dengan LDP...lead to stress...kat jalan kampung ni rasa aman je...kan?
Okey dah. Itu je. Thanks sudi membaca :)

23 comments:

  1. LEtak ajer la duit 20 hinggit dalam dompet baru selamat bile lalu kat wakaf che yeh

    ReplyDelete
  2. kalau kat KL ni blh dgr x siaran klate tu??

    ReplyDelete
  3. Pengguna jalanraya di sini tak berdisiplin. Terpaksa belajar menerima hakikat secara perlahan-lahan.

    kat mana di Malaysia ni pengguna jalanraya yang berdisiplin ?

    ReplyDelete
  4. good luck :) i pun tak sabar nak dengar

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya dlm bidang baru ye ibu muda..kelantan mmg bestla..suka g kelantan..hehe

    ReplyDelete
  6. betul..kt KB memang best..akak teruja nk datang lagi..

    ReplyDelete
  7. sedap wei ore kijo klate... rindu la pulok... aduheeiii...

    kijo molek deh.. senior nah demo situ.. ganah... hhhaaaa... miss u wani..:)

    ReplyDelete
  8. wah..dah masuk konti baru!
    moga enjoy kerja di situ..

    ReplyDelete
  9. pinky, kalo kt KL buleh dgr tru on9 streaming je lah :)

    ReplyDelete
  10. Serius cakap (taip), Wani kelihatan sangat comel. :)

    ReplyDelete
  11. wani, lalu WCY memang menggoda jiwa la kan hehe..

    pahni tayang la makanan klate tu, buat pengubat rindu kawe ni hehe

    ReplyDelete
  12. seronok nyer kije kt tempat sdri yer... sy suka pergi KB... tahun depan nak gi jalan sana lg ni... hehehe

    ReplyDelete
  13. cun lah konti..merahhh... good luck... balik klate boleh la dengar suara merdu wani kat corong redio kan..heheh..

    ReplyDelete
  14. dah lama tak ke KB
    bulan 2 thn dpn insyaAllah acu ke sana

    ReplyDelete
  15. jap jap..bilik konti kat area wakaf che yeh atau nak ke tempat kerja lalu wakaf che yeh?

    laaa wakaf che yeh? ha ha ha... tau sangat tempat tu... doket jo dgn rumah den...

    ReplyDelete
  16. kesian si somi..jago anak! x pe...sunyi2 si somi leh dgr sora dlm redio!

    ReplyDelete
  17. jangan letak duit banyak2 dalam wallet, tak pun buat tak nampak bila lalu kat situ.. hehehe...

    ReplyDelete
  18. seronok dik balik kampung? sangat lah santai kan?

    ReplyDelete
  19. 'pok rere'?
    akak baru dengar perkataan ni.tapi bab bawak keta slow dan keluar suka simpang suka hati tu mmg la menyakitkan hati

    dr akak yg tak penah sampai ke wakaf che yeh.huhu..lalu je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...