Tuesday, December 27, 2011

Anak Ikan Siakap Berenang-renang Dalam Sos

Hoyeahhhh...kembali bersama Chef Shaz sekarang ni. Nak tunjuk kat u ols ni, resipi paling mudah untuk mak-mak dara atau anak-anak dara yang mana tahap kemalasannya agak tinggi macam aku...kihkihkihhh

Ini menu lunner (lunch + dinner) hari Sabtu lepas.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Minyak untuk menumis
Sos tomato, sos cili, kiub ayam (1/2)
2 ekor anak ikan siakap - goreng kunyit *yang ini mak aku ambik kat kampung, mak cik yang gorengkan....kihkihkihhhh*


3 ulas bawang putih yang diketuk dengan belakang pisau (malas nak kotorkan lesung batu)
Hirisan bawang besar
Sayur campur + kubis bunga segenggam mak budak


Cara-cara memasak:

Tumis bawang putih, dah agak garing, campak sayur campur dan kubis bunga.... lepas tu masukkan sos cili dan sos tomato... Kuantiti terpulang pada si pemakan. Nak pedas? Lebihkan sos cili. Nak masam-masam? Lebihkan sos tomato. Masukkan air sikit....Biar mendidih, then DONE!

Jangan lupa masak nasik dulu sebelum masak lauk.... sebab aku penah dengar orang tua-tua berpesan, nanti laki mati cepat kalau kita masak lauk dulu....kahkahkahhh....

*Dengar boleh, percaya jangan :p*



Hasilnya, taraaaaaaaa....




Selamat mencuba!

14 comments:

  1. bila nak bersiaran ni, lambat sangat 2012: )
    simple tapi sedap, itu yang penting.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..nati cuba k.. seems sedap tu.. hehehe

    thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. cuba makan boleh la...cuba buat ..erk fail...hehe

    ReplyDelete
  4. sila kongsi resepi ini dgn pendengar...haha

    ReplyDelete
  5. sempat je kakcik...tgjwb kt rumah kita tak lupa :)

    ReplyDelete
  6. nyum2.garingnyer ikan?terliur akak tgk ikan tu garang.mesti rangup

    ReplyDelete
  7. wani...sbnrnya bukan pe...takut lauk dah masak time nak makan...nasik lupe...


    kaedahnya dah terkena sekali nak buka pose nasik x masak...ekkeekke...jadi kene masak nasi srntk dgn lauk:p

    ReplyDelete
  8. nih kiranya lauk+sayur la nih ye... sekali harung masak ye.. hhhaaa..

    ReplyDelete
  9. dah kenyang.. terus rasa lapar tgk lauk tu.. he..he..

    ReplyDelete
  10. hehe..dari DJ ke Chef..memang btul2 berbakat akak nie..hehehe..nampak sedap..nak try tak boleh sbb tak reti nak masak walaupun step dia nmpak senang..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Masak nasik dulu?

    uishhh kalu lupa, kita ratah lauk jer lah yer banggggg.....!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...