Sunday, February 3, 2013

Aku dan Tong Gas!

Sekitar 10 pagi...

Bersemangat masuk dapo for late breakfast. Prepare utk goreng mee as per request by kids. Ohh..lupa, tak jerang air lagi. Amik cerek, isi air, tenggek atas dapo *ye, aku ni kuno sket..tak reti guna kettle letrik utk masak air...masak nasik pon kdg2 je guna rice cooker*

Pulas tombol dapo gas. Sekali. Dua kali. Berkali-kali. Tak jugak menjadi?

Tengok kalendar... Gas baru sebulan. Mustahil dah habis, sebab dgn kadar kemalasan memasak yg sama memang akan bertahan 3-4-5 bulan kebiasannya. Ku syak dapo rosak. Duduk pegang henpon. Termenung. Menangis. Buntu tak tahu nak call sapa. Menangis lagi kenangkan perut yg terbayang2kan mee goreng.

Call sana sini. Tak de yg dapat membantu. Tak pe lah nak, kita tuka plan. Macam ni pon boleh.




Sekitar doblas tengahari

Kenyang akhirnya. Tp tukar menu. Mee sotong enoki. Jangan tanya resipinya. Sebab mmg main campak je. Plus tensyen lembab masak guna rice cooker ni. Ok, lepas kenyang kita tido ye anak-anak...

Sekitar 5 ptg

Bangun, lapa balik. Apa nak buat? Plan nk masak macam2 utk weekend abes tergendala. Takpela, kita layan roti dulu. Dan belen mee tadi yg dah kembang sekembangnya.

Tetiba baru teringat nak contact pengasuh anak2 ni.. Tu je yg aku rapat kat sini. Pasal apaa la awal2 lg takterpknkcontactkakchik! Since dia pon ibu tunggal (aku ibu tinggal), so dia mintak tlg adik lelaki dia dtg tengok *untung fmly dia semua dok dekat2*

Sekitar lepas maghrib...

Lhooo...rupanya tong gas aku yg kering???? Hohh.. Naseb la aku ditipu timbangan gas yg tak betul :-( padahal gas ni baru pakai 3 minggu (tolak seminggu sbb aku cuti blk kampung)

Thursday, January 31, 2013

Sapa Nak Cantik? Hihiii....

Haa... tajuk tak agak-agak kan. Almaklumlahh.. semenjak dua menjak ni ramai sungguh yang jual produk kecantikan kann... Mesti korang teruja nak cuba macam2 kan... kalau aku, nak try2 ni... slalu mesti tengok TESTIMONI pelanggan dulu kan... So...

Kalau korang nak usha produk2 VCOA... FELLINA INCH LOSS.. Sila usha 


Ada offer skarang ni!




Wednesday, January 9, 2013

Cara Mengucapkan Selamat Hari Lahir utk Kanak2 4 tahun

Nampak tak lukisan dua orang lidi pakai skirt? Satu besar, satu kecik. Di tengahnya ada bentuk hati. Cubalah lukis tu utk bagi ucapan happy birthday to kids yang tak pandai membaca lagi ;-)

Percayalah.. Anak-anak ini memahaminya dgn mudah (kalau diorang da biasa tgok lukisan org lidi ni laaa...hihii)

Happy birthday my Auni Zara. Tu je yg mama mampu bagi... Ramai orang cadangkan yg bukan2 utk kamu (harga d luar kemampuan). Tak pe lah nak, sebab kita je yg akan betul2 kenal diri kita ;-)

Harapan mama, usia 4 tahun ni moga kakak boleh membaca dgn lancar...mcm mama masa kecik2 dulu....hihii...

10 Januari 2009 dalam kenangan.

Setia Hujung Nyawa

Mesti ramai yg layan drama bersiri ni di slot akasia tv3 kan? Dek jalan cerita yg sweet giler dan adaptasi novel pulak tu.... Maka pencarian novel ni dimulakan. 5 kedai buku d Kota Bharu ni kuterjah, tapi lastly beli on9 jugak di web karangkraf.

Ulasan aku? Novel dan drama ada beza, tak sama seratus peratus macam Adam dan Hawa. Contohnya watak Hady dlm novel seorang kawan yg baik. Tp dlm drama , awal2 lg dah macam setan.

Banyak lg kot... Korang baca sendiri ye?

*perempuan baik hanya utk lelaki baik, jgn impikan dara kalau teruna dah tiada*

Ok, tu je klu nya. Bye!

Wednesday, January 2, 2013

Mudah Shopping Peplum di Faceboutique!

Tadaaa... Ingat tak ENTRY INI... ? Cerita pasal gila peplum tu... hihii... Thanks Faceboutique untuk peplum yang sangatttt cantik material blouse nya... Siyesly cantik2 sebab lepas dari yang ini pon aku ada oder selai lg.. Syafia Peplum

Sungguh kainnya sgt berkualiti... Plus tak ketat...ada saiz hingga XL untuk certain design... so berbaloi2 sgt kalau nak beli. 

Harga pon dah termasuk penghantaran.


Nak beli jugak? Klik SINI eh..

Tengok kat web FB ni ada design baruu lagi...haishh... tak larat poket aku nak kejar dah...kikiii... 



Cara pembayarannya macam biasa, online banking... mudah kan? Oh yaa.... jangan lupa register dulu sebelum membeli.... Selamat shopping!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...