Thursday, December 29, 2011

Bisul boleh berjangkit ke?

Tak tahu nak klasifikasikan sebagai apa... mula2 dulu kakak yang kena, hampir separuh kepala dia naik bintik2 ada nanah...then dah pergi pakar...sapu  ubat 2 hari da ilang...

Lebih kurang 2 minggu lepas tu, nampak bintik yang sama naik kat adik...tapi tak sebanyak kakak la...ada 1-2 je kat kepala dia. Aku pon apa lagi...belasah sapu ubat yg sama, tapi tak baik-baik...the next week naik pulak kat pipi dia, 2-3 bijik macam jerawat...tapi gatal agaknya asal nak kering dia kopek..berdarah semula...kering...berdarah...kering lagi...berdarah lagi....tapi aku sapu je ubat tu.

Sampai la adik misi aku balik kampung, bising dia tengok aku tak jaga leklok...then dia plasterkan tmpt kena tu, b4 tu buh ubat dulu...so far macam nak ok dah....

Sekali..............

Naik kat tangan aku pulak! Ngeee....sakit giler kot...baru aku tau mcmana bujang aku rasa :( Sekali tengok macam bisul. Tapi boleh pulak nenek aku kata kudis malam? 2 hari lepas, naik 1 lg kat tangan...



Nampak macam sikit je merah nya kan? Tapi pantang tersentuh, boleh bersilat aku dibuatnya menahan sakit tu!- masa mula2 nak naik la, now dah ok sikit....

Semalam....naik dalam mulut pulak! Dan bujang aku dapat 1 lagi kat pipi :( 

So, mode aku hari ni tak leh senyum.....sakit :(

Semalam dah bawak bujang tu g klinik. Doc bg ubat sapu ngan antibiotik je...untuk aku jugak...

Now am waiting untuk sembuh :(

Tuesday, December 27, 2011

Anak Ikan Siakap Berenang-renang Dalam Sos

Hoyeahhhh...kembali bersama Chef Shaz sekarang ni. Nak tunjuk kat u ols ni, resipi paling mudah untuk mak-mak dara atau anak-anak dara yang mana tahap kemalasannya agak tinggi macam aku...kihkihkihhh

Ini menu lunner (lunch + dinner) hari Sabtu lepas.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Minyak untuk menumis
Sos tomato, sos cili, kiub ayam (1/2)
2 ekor anak ikan siakap - goreng kunyit *yang ini mak aku ambik kat kampung, mak cik yang gorengkan....kihkihkihhhh*


3 ulas bawang putih yang diketuk dengan belakang pisau (malas nak kotorkan lesung batu)
Hirisan bawang besar
Sayur campur + kubis bunga segenggam mak budak


Cara-cara memasak:

Tumis bawang putih, dah agak garing, campak sayur campur dan kubis bunga.... lepas tu masukkan sos cili dan sos tomato... Kuantiti terpulang pada si pemakan. Nak pedas? Lebihkan sos cili. Nak masam-masam? Lebihkan sos tomato. Masukkan air sikit....Biar mendidih, then DONE!

Jangan lupa masak nasik dulu sebelum masak lauk.... sebab aku penah dengar orang tua-tua berpesan, nanti laki mati cepat kalau kita masak lauk dulu....kahkahkahhh....

*Dengar boleh, percaya jangan :p*



Hasilnya, taraaaaaaaa....




Selamat mencuba!

Friday, December 23, 2011

Rumah itu berhantuuuuuuuu!

Pencarian rumah sewa masih belum berakhir. Sementara waktu ni aku duk kat Pasir Puteh. Agak jauh jugak sebenarnya. Sebab tu nak sewa rumah yang lebih dekat. 

Lepas dah deal dengan owner, after 6pm aku terus speed ke sana. On the way nak balik ke Pasir Puteh je rumah tu

Mula-mula sampai, agak terkesima jugak la tengok kawasan tu. Tapi takpe, kita masuk je lah tengok...alang-alang dah sampai kannn.

Pasir tu katanya nak tambak kat laman depan, since bila hujan - porch tu akan berlopak. 

Ni pulak Living Hall dia.... boleh tahan la bagi aku. 


*Entiti terpaksa di'putih'kan bagi tujuan keselamatan....ahaks!*

Dapur pon kira ok la jugakkkk *Luas-luas pun kalau tak masak, tak guna jugak kan....kihkihkihhhh*


Dah masuk ke dapur, tuan rumah pon bukak la pintu belakang....hurmmm....ada yang aku tak berkenan, sebab ada kawasan air bertakung.... tapi tuan rumah kata nak tambak. Ok tak pe.

Kebetulan, ada lah dua orang jiran tengah bermesyuarat tingkap, menyapa kami dengan ramahnya.



Jiran 1: Pindah sini ye?


Aku  : Tak la kak....baru tengok-tengok rumah je dulu...


Jiran 2: Eh, bukan dah pindah ke semalam? Dengar orang tarik-tarik almari...meja...kat tingkat atas tuu


Jiran 1: Ye lah, si *bedah* pon ada tanya jugak pagi tadi. Ingatkan ada orang pindah.


Aku  : Mungkin sebab ada orang buat kerja renovate kut.... *Akutengok muka tuan rumah dah kelat semacam*


Jiran 2: Eh takkkkk, memang bunyi macam orang pindah!



Arghhh sudah.....apa cerita pulak ni...... Adakah rumah itu berhantu?









CANCEL!

Wednesday, December 21, 2011

Gambar Bisu Hari Rabu #18 Rumahku Syurgaku :(






Rumah yang hanya sempat aku duduki selama 2 minggu :((

Banyakkkkkkkkk sangat nak cerita hari ni! Rugi sapa tak baca :p

Oke fine, tajuk poyo kan. Tapi otak aku dah tak mampu nak fikir title lg dah. Sebab kepala tengah ting tong. Tapi jari nak menaip jugak.

Sebelum tu, update terkini: Kepala sakit doploh pat jam, sentiasa rasa terumbang ambing. Tekanan darah rendah :( Doktor....ada ubat tak? Kalo boleh, kuat punya! Sekali makan terus baek! Setakat ni aku buat2 tak reti je dengan sakit ni. Tapi tak tahulah smpai bila bertahan.

*para doktor yg baca...bg nama ubat ek, nanti boleh cari kt farmasi je...hihihiiiii* <---alasan org malas gi klinik

************

Syukur...drama 'tsunami rindu' yang dijangka berlangsung di stesen bas pasir putih tadi dibatalkan, sebab pakcik aku ada kat rumah ni...so dia lah yg hantar suami aku ke sana. Naik bas balik Puchong :( But still, sesi meraung2 tu ada...dari my doter.

Padahal sebelum ni pernah je berpisah. Tak de pon dia menangis2. Kali ni agaknya dia terasa yg perpisahan agak panjang bakal terjadi. Bijak kan budak 3 tahun zaman sekarang ni.

Apa? Korang ingat aku ke yang meraung2??? Tak de makna, jiwa aku kental okey *ayatberlagaktakutairmatamenitis*

Anak bujang aku plak dah tdo tadi...mulanya macam nak mengikut jugak. Tapi aku fikir sebab dia nampak papa dia dh smart2, bukan sebab dia tau dia akan ditinggalkan lama. Budak umur 1 tahun 5 bulan rasanya tak la bijak macam umur 3 tahun lg kan.

*********************

Cerita pasal kerja? Hurm.... tak tahu lah nak mula dari mana. Ekceli aku pening-pening ayam lagi ni. Terkeliru dah, mana entry untuk blog ni...mana nak buat entry untuk blog kat Hot FM tu....apa-apa pun, kebarangkalian untuk aku mengkopipes yang sini masuk ke sana adalah sangat tinggi :)


Ni gmbar semalam....dalam konti. Best jugak sebab selesa... lgpun kira macam kitorang lah perintis kat sini kan. Senior kat tempat lain....haha. Syok2x! Tapi still berdebarr menantikan 2 Januari nanti. Korang jangan lupa tau, dengar dan tolong bagi komen nanti... :)

************

Cerita plak pasal perjalanan aku pergi dan balik kerja.

  1. Iman aku tergugat bila hari2 melalui Wakaf Che Yeh, yang mana terdapat deretan butik yg tersohor dan memukau pandangan mata yang senang untuk aku singgah pada bila-bila masa. Selamatkan lah wallet aku! *Eh, hari ni gaji lah! Habis!*
  2. Pengguna jalanraya di sini tak berdisiplin. Terpaksa belajar menerima hakikat secara perlahan-lahan. 
  3. Jarak masa aku ke tempat kejadian adalah dalam 40 minit bila jalan clear - sejam kalau hujan lebat atau ada 'Pok Rere'. Istilah untuk kereta yang dipandu secara sangatttt lah santai :)
  4. Tak boleh pakai keta mewah sangat kat sini. Rugi. Mujur aku pakai keta kebal je, sesuai untuk melasak di atas jalan yang berlubang dan tar nya tak rata di sana sini :)
  5. Walaupun hampir sejam atas jalan, tapi aku sangat enjoy the view...compare dengan LDP...lead to stress...kat jalan kampung ni rasa aman je...kan?
Okey dah. Itu je. Thanks sudi membaca :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...