Tuesday, February 22, 2011

Siapa nak tengok ibu muda yang boyot buat projek ni?

Ada la dekat sebulan dah kot aku tak peduli kan keyword2 ni... Sekali tengok tadi, hamik kau. Ada yang nak tengok ibu mengandung beromen. Ada yang nak tengok ibu boyot (yang ni ok lah), cara berasmara yang baik ponnnnn ada yang search. Agaknya yang baru-baru kahwin kot. Yang best tu projek ibu muda...haha...

Projek apa lah agaknya yang kau cari? Kalau projek yang 'itu' aku tak de lah gambar nya kan...Kesian kau...sekali masuk tengok projek ibu muda kat sini adalah menjahit! Wakakakaka...rasain!

Yang part nampak taik idung tu...aku mosykil...ada kah aku pernah menempelkannya di sini? 

Monday, February 21, 2011

Tiru-Tiru...Kipas-kipas...Bodek-bodek..Ce citer, Ce citer?

Korang perasan tak masa zaman kegemilangan Tok Ti (sekarang pon gemilang lagi), ramai penyanyi yang muncul tak ubah seperti klon... Suara....Gaya Pakaian... ponnnn nak tiru. Sekarang, ke manakah mereka-mereka itu pergi??? Aku tengok lah kan, ramai yang ubah haluan...ada yang jadi pelakon, ada yang jadi pengacara dan ada yang dah tak jadi artis lagi dah! See.... tak semua yang kau nak akan kau dapat, mana tahu rezeki kau sebenarnya bukan bergelar artis popular kan? Kita tengok point yang berikutnya...

Bisnes online. Dulu masa awal-awal revolusi bisnes online ni melanda Malaysia (sekitar 2003), kebanyakan peniaga bersepakat... ada yang ada persatuan semata-mata untuk menjaga periuk nasik antara satu sama lain. Tapi bila dah banyak keluar surat khabar yang ramai boleh berjaya dengan berniaga di atas talian ni, maka ramailah yang nak berniaga jugak tanpa ada ilmu. Orang nak meniaga, kau pon nak meniaga (aku pon tak terkecualiiiiiii..hohoooo). Lepas tu mula lah kau main cantas mencantas harga semata-mata nak laku (ni bukan aku yerrr). Sedangkan kau tak fikir periuk nasik orang yang buat ni secara full time. Akibatnya? Peniaga veteran masih maintain di situ tapi kauuu....jual murah sangat sampai modal kau tak leh nak rolling. Sangkut. Lingkup. 

Blogging (err....agak-agak kena bom tak kalau aku reveal issue ni :)). Yang ni yang aku perasan lah kan  (aku pon pernah terjerumus sama. tapi aku cepat-cepat tersedar dan berundur semula untuk bermula kembali dari bawah). Apa otai buat, semua dia nak buat...huhuuu...Sapa makan cili dia rasa pedas ye... Aku tak list kan sapa-sapa pun dalam ni. Tapi tak pe lah, itu cara dia kan. Cuma kadang-kadang aku rasa bosan bila blog walking, banyak 'blog klon' yang aku jumpa. Orang tu tulis gitu, dia pon nakkk jugak tulis gitu... Orang tulis gini, aihhh....tak leh kalah...nak jugakkkk. Aku salute blogger macam kak Di green apple tu. Dia buat hal sendiri je. Agaknya sebab tu syok layan entry-entry dia. Ramai lagi blogger yang bagus, mofasad pun aku layan. Joegrimjow pun cara penulisan yang ada gaya tersendiri. Ramai lagi lah yang best :) Selebihnya aku tak leh citer lebih-lebih, kang ramai yang bom aku tak puas hati dan serang aku macam la aku bagus sangat nak tulis gini kan? ngeeee....lariiiiiiiiii!

*kalau rasa tak de kaitan ngan tajuk tu, buat-buat tak nampak je lah ye*peace~~~

Aku: Pesanan untuk diri aku jugak nih. Kadang-kadang, tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat!

Friday, February 18, 2011

Tak payah berlagak macam Chef Wan!


Ini hasil nak berlagak ye kawan-kawan. Kononnya bleh 'mayang' (istilah aku untuk hiris halus-halus) bawang laju-laju lah kan. Pisau plak baru asah, memang best lah. Sampai ulas bawang yang terakhir, aku tengok bawangnya tak terhiris, sekali darah pulak menitik-nitik....Omaigodddddddddddddddddd!!!

Lambat sungguh deria rasa sakit aku datang. Dah menitik darah baru terasa pedih. Maka dengan ini aku dapat cuti dari tugasan membasuh botol-botol susu anak aku...haha.... (Cuti basuh pinggan tak masuk dalam senarai sebab tu memang tugasan laki aku...hihiiiiiiiiii)

Aku: Cek balik bawang-bawang tu kot tertitik darah, tak mo lah laki aku jadi Raja Bersiong nanti...haha

Tuesday, February 15, 2011

Tindakan yang KURANG BIJAK!!!

Berikut merupakan tindakan yang sangatlah kurang bijak:

- Bila kau bergaduh, pastu update status kat FB bahawa kau tak puas hati dengan rakan sekerja.
- Rakan yang selama ini ada dalam Friend List kau, kau pergi remove.
- Rakan-rakan sekerja yang berada di cawangan di seluruh Malaysia, dari tak tahu apa-apa, semua jadi tahu (through FB)

Agak-agak korang la kan, bijak tak tindakan tu?

Bagi aku, once kau buat macam ni... kau dah tak akan selesa bekerja lagi dah. Sampai bila nak gaduh? Mesti akan berbaik jugak. Masa tu, mesti kau akan malu-malu nak add fren lagi sekali. Apa salahnya kalau hide je dulu status tu dengan cara customize.

Biasalah orang bila tengah marah, macam-macam nak luahkan. Tapi sila lah fikir 2-3 kali sebelum update tu kan. (Pesanan untukk diri sendiri jugakkkk)


Aku: Hurm...masing-masing dah besar panjang, ada yang dah jadi mak orang pon. Doakan kalian cepat-cepatlah berbaik.



Saya Mahu Strawberry White Coffee Genting Highlands dari Eyriqazzz.Com

Jalan2 kat twitter tadi, tengok ada orang nak bagi kopi...hihii...Memandangkan aku ni peminat kopi tegar, maka nak try lah kut2 ada luck!
Klik eyriqazz.com ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...