Monday, May 14, 2012

Kuih Vadei... Ni lah Namanya Rezeki

Ni cerita semalam... Lepas keje, lepak-lepak jap kat opis siapkan apa yang patut, sambil2 tu duk meleleh air liur tengok Cik Ina tayang kuih vadei dia buat brekpes semalam. Tak sampai sejam kot lepas aku komen kat blog Cik Ina... tetiba client datang, bayar payment... sekali dengan buah tangan ni... versi frozen pon frozen lah kann... janji dapat jugak aku makan ^_^

Alhamdulillah....




Sunday, May 13, 2012

Ala-Ala Selebriti yang Diintai Mamarazzi, ahaks!

Okey fine...berangan je ni :p Tak de sapa-sapa yang nak intai aku... Gambar-gambar ni telah ditembak oleh salah seorang pendengar setia aku...hihi.... Cantik orangnya, dah nak kawen 2hb Jun ni ^_^ 

Mujur lah ada Cahaya Atiena ni... peneman aku di Kota Bharu ni di saat aku cuti...dia lah yang temankan aku bawak anak-anak ke taman. Kalau harapkan aku sorang, memang tak lah kan.








Ni lah mamarazzi nya... ^_^





Friday, May 4, 2012

Novel dan Aku: Aina Emir dan Mimie Afinie

Aku dan novel memang tak boleh dipisahkan. Sejak dari sekolah menengah lagi, kepakaran mengkhatamkan novel setebal Cincin Permata Biru (sapa tau novel ni?) itu selama sehari memang tak dapat disangkal lagi. Minat tak pernah berkurang tapi kepakaran membaca dengan cepat tu semakin beransur kurang bila dah sedikit matang (read as semakin tua).

Mula-mula ke PBAKL which is 4-5 years back (dah tak ingat la exact year..maklumlah dah 'sedikit matang' kan.....) Aku berhabis dekat RM 400++ semata-mata nak beli novel which is masa tu aku goda dan kikis boipren aku habis-habisan (now dah jadi laki aku la...hehe). Tapi semakin aku 'bertambah matang', jumlah nya semakin berkurangan dek kerana banyak lagi tanggungjawab lain kannn...

Ok, back to title. Mola-mola aku dah sedih-sedih sebab PBAKL tahun ni aku dah pindah Kelantan. Tapi ternyata jodoh aku ngan buku ni masih kuat, ditentukan pulak cuti aku terkena dengan masanya ^_^ 

Tapi memang aku berazam tak mo beli novel sebenarnya. Ye la, 2 kali nak turun KL bulan ni beb... buatnya aku tak kuatkan iman... mau botak sebelum masanya kann...

Sekali tu masa duk ronda-ronda cuci mata nak balik, si suami yang prihatin cuba memancing...

"Eh, tadi abang nampak Karnadya tu buat Happy Hour... Aina Emir ngan Mimie Afinie ada...syg takmo ke novel baru diorang???"



Whatttttttttttttttttt? Suami sendiri yg offer???

Aku apa lagi... macam orang yang mengantuk disorongkan bantal lah yu ols!


Kenalkan... ini lah Mimie Afinie with her latest 'Tolong Ingatkan Aku'.. aku ada hampir kesemua novel beliau. Namakan kesemuanya? Err...err... daya ingatan aku ni lemah. Sebab tu kadang bila aku baca novel buat kali ke-2/ ke-3...aku seolah-olah baru je baca... org pelupa, camni la...hehe
So...anyone 'Tolong Ingatkan Aku' eh!

Pertama kali jatuh cinta dgn karya beliau, tak ingat apa tajuknya...tapi ada watak Iskandar, which is jalan ceritanya hampir 90% menyamai kisah cinta aku...ahaks!


Anak-anak, diumpankan belon maka senyap lah mereka ^_^

 

Dan ini lah Aina Emir... aku mula jatuh cinta dengan karya beliau berjudul 'Aura Cinta' (kalau tak silap) sebab ceritanya berlatar belakangkan Kuala Lipis. Semangat aku baca! Dan dari situ lah aku mula kumpul karya-karya beliau.

Lepas terjah ke blog Aina Emir ni, baru aku tau...rupanya ada jugak yg aku tertinggal ikut novel2 beliau..hehe... ya ampunn! Tunggu masyukkk sikit, nanti saya rembat kesemuanya ye kak ^_^

Nota kaki: Ekceli ni bukan tahun pertama jumpa dan bergambar dengan mereka, boleh kata sejak kenal karya diorang lagi...hehe

Thursday, May 3, 2012

Lokas Makana? Apa tu?

Pic credit to Menara Kehidupan

Untuk yang dah baca pasal Beger Bakar ni, meh nak cerita sikit pasal Lokas Makana. 1st time tengok nama ni bila orang komen status aku kat Fesbuk, aku macam....

"Err...apa dia ni...typo kah? Tulis lah elok2 Lokasi Makanan."

Ghopanyerr.... memang nama food court tu Lokas Makana terletak di Puchong Utama. Kalo korang nampak Carrefour tu, dah tak jauh dah la maknanya. Exact location? Google sendiri lah ek...Maklum lah dah lama tak jadik orang Puchong ni aku ala-ala bengap sket nak bagi direction :p

Kalau korang nak tau makanan apa lagi best kat sana...tu klik blog Menara Kehidupan kat atas tu... blogger tu dah penah pegi :)

Cuma nak share pasal Burger Bakar yang aku share semalam tu lah.

Kalau nak order, kena datang around 6.30 pm kalau nak dapat dalam kol 7.30pm ke kol 8 pm. Kalau nak datang jauh2 semata-mata nak makan beger ni aku nasihatkan lupakanlah. Melainkan ko penyabar orangnya untuk menunggu selama itu...hehe

Tapi apa-apapun...rasanya memang thumbs up...kalo ikut tekak aku lah kan

*Tetiba rasa nak buat beger bakar jugak kat KB...hihihiii*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...