Aku dan novel memang tak boleh dipisahkan. Sejak dari sekolah menengah lagi, kepakaran mengkhatamkan novel setebal Cincin Permata Biru (sapa tau novel ni?) itu selama sehari memang tak dapat disangkal lagi. Minat tak pernah berkurang tapi kepakaran membaca dengan cepat tu semakin beransur kurang bila dah sedikit matang (read as semakin tua).
Mula-mula ke PBAKL which is 4-5 years back (dah tak ingat la exact year..maklumlah dah 'sedikit matang' kan.....) Aku berhabis dekat RM 400++ semata-mata nak beli novel which is masa tu aku goda dan kikis boipren aku habis-habisan (now dah jadi laki aku la...hehe). Tapi semakin aku 'bertambah matang', jumlah nya semakin berkurangan dek kerana banyak lagi tanggungjawab lain kannn...
Ok, back to title. Mola-mola aku dah sedih-sedih sebab PBAKL tahun ni aku dah pindah Kelantan. Tapi ternyata jodoh aku ngan buku ni masih kuat, ditentukan pulak cuti aku terkena dengan masanya ^_^
Tapi memang aku berazam tak mo beli novel sebenarnya. Ye la, 2 kali nak turun KL bulan ni beb... buatnya aku tak kuatkan iman... mau botak sebelum masanya kann...
Sekali tu masa duk ronda-ronda cuci mata nak balik, si suami yang prihatin cuba memancing...
"Eh, tadi abang nampak Karnadya tu buat Happy Hour... Aina Emir ngan Mimie Afinie ada...syg takmo ke novel baru diorang???"
Whatttttttttttttttttt? Suami sendiri yg offer???
Aku apa lagi... macam orang yang mengantuk disorongkan bantal lah yu ols!
Kenalkan... ini lah Mimie Afinie with her latest 'Tolong Ingatkan Aku'.. aku ada hampir kesemua novel beliau. Namakan kesemuanya? Err...err... daya ingatan aku ni lemah. Sebab tu kadang bila aku baca novel buat kali ke-2/ ke-3...aku seolah-olah baru je baca... org pelupa, camni la...hehe
So...anyone 'Tolong Ingatkan Aku' eh!
Pertama kali jatuh cinta dgn karya beliau, tak ingat apa tajuknya...tapi ada watak Iskandar, which is jalan ceritanya hampir 90% menyamai kisah cinta aku...ahaks!
Anak-anak, diumpankan belon maka senyap lah mereka ^_^
Dan ini lah Aina Emir... aku mula jatuh cinta dengan karya beliau berjudul 'Aura Cinta' (kalau tak silap) sebab ceritanya berlatar belakangkan Kuala Lipis. Semangat aku baca! Dan dari situ lah aku mula kumpul karya-karya beliau.
Lepas terjah ke blog Aina Emir ni, baru aku tau...rupanya ada jugak yg aku tertinggal ikut novel2 beliau..hehe... ya ampunn! Tunggu masyukkk sikit, nanti saya rembat kesemuanya ye kak ^_^
Nota kaki: Ekceli ni bukan tahun pertama jumpa dan bergambar dengan mereka, boleh kata sejak kenal karya diorang lagi...hehe
Amboi... siap rasuah anak2 dengan belon sebab mak nak berposing ya? :)
ReplyDeleteAina Emir novelis feveret KC
ReplyDeletewah.. bestnya dapat jumpa novelis pujaan.. akak memang minat sangat dengan tulisan aina emir.. selalu jatuh cinta dgn novel2 dia.. novel dia yg lama2 semua best2 wani.. tp masa pesta buku akak cari tak jumpa pula novel dia yg lama2 tu..
ReplyDeletetak tahu pun siapa penulis2 sekarang ni
ReplyDeletecuma tahu Khadijah Atan (atan??)
dan Fatimah Busu jer..
yelah orang lama kan, kenal pun stok orang lama2 la jugak...
Salam Shaz
ReplyDeleteHuhu... thank you thank you... love you!
Esok-esok kita jumpa lagi... chayalah!
haha..entah2 kita berselisih bahu tadi di PBAKL:)
ReplyDeleteAcu pun dah lama x beli novel
ReplyDeletesy xde lar minat sgt baca novel..tp kalau dah teringin nak baca beli lar jugak.. ehhehe.. skang ni dok hadap novel fixie.. lain dr novel cinta..layan jugak eh kekadang! hehehe
ReplyDeletehehhehe.. novel cincin permata biru memang tebal..
ReplyDeleteRasuah belon tu yg paling tak thn. sama la dengan saya kalau bawak anak kluar jalan2
ReplyDelete