Monday, July 30, 2012

Coklat ohhh Coklat. Sangat menggiurkan!


Peminat coklat....

Aku percaya kalau korang beli ni, ianya bukan untuk dihidangkan kepada tetamu...tapi untuk masuk dalam tembolok sendiri....hihihi.... Serius! 

Kesedapannya takkan mampu buat ia bertahan lama kat dapur korang, unless korang bukan penggemar coklat ^_^

Order tutup 31 Julai... ada masa lagi kalau korang nk order, Delivery akan dibuat minggu depan insya Allah...

Sekitar KL, Puchong, Lembah klang dan area2 yg berdekatan semua bleh hand delivery :)

*Ni dah tahun ke-3 kot aku setia dgn coklat2 dan cookies ni, homemade yg memang angkat ibu jari lah -- kalau ikut taste aku la ye...hihihiii

Friday, July 27, 2012

Kenapa boleh gugur?


Dah ketentuan Allah kan, ye tak? Lalu...harus dipersoalkan apa lagi sih? Enggak ibuk-ibuk...cuma sekadar mahu berkongsi gimana bisa terjadi begitu :)

Alkisahnya dah hampir 2 tahun menyusukan Aniq, aku tak makan apa-apa jamu pon lagi untuk kesihatan badan la. Bukan tak percaya pada vitamin2 dan segala supplement yang ada dalam pasaran ni, cuma lebih selesa ikut cara tradisi lah kata orang.... Aku kan anak kampung bak kata Jimmy palikat dan One nation emcees :)

So, aku ambik la yang ada khasiat lobata. Pada masa yang sama, aku tak perasan pun fungsinya melancarkan kitaran haid. Dan aku tak perasan jugak period aku dah lambat beberapa hari. Tu yang lepas dah buat UPT (masa tu sempat telan 2 bijik), aku gi tanya kat grup kita-kita aje. Then only baru find out the function.

Acu ada ucap tahniah masa tu kat aku. Sorry darling, bukan tak nak mengaku preggy masa tu... tapi konon2 nak la tunggu kandungan cecah 3 bulan...baru nak war-warkan.

Tapi dah jadi macamni, tak apa lah. Tak ada rezeki. lagi pon ramai pakat kata aku kan muda lagi.

Eh, ibu muda kan...haruslah! Ahaks!

Tataaaa! Mmmuaahhhhhhhhhh ^_^
















Tuesday, July 24, 2012

Yang Ke 3? Tiada Lagi...

Walaupun ianya terjadi tanpa dirancang, tapi...sapa yang tak happy bila disahkan mengandung. Ye tak? Nak-nak lagi bila dihitung... semuanya berkait dengan 3!

Kehamilan ke-3
EDD: 03.03.2013

Melonjak riangnya hati ni bila terbayang-bayang dapat berpuasa penuh pada Ramadhan kali ni. Mungkin ada yang dah dapat membaca, entry-entry aku sebelum ini berbaur seperti mahu mewar-warkan kehadiran bakal orang baru. Tapi aku tak lah memaklumkannya secara terus. Kerana ini lah. Takut ianya tak menjadi.

Ternyata apa yang aku risaukan itu benar-benar terjadi. Permulaannya, aku menyangka ianya dikenali sebagai bunting rimau. Tetap period walaupun mengandung. Tapi bila ianya keluar luar biasa dari sebelumnya, aku buat keputusan untuk ke klinik dan scan. Ternyata embrio itu sudah tidak sempurna. Bentuknya tidak lagi normal menurut kata doktor.

Dan aku diminta untuk makan ubat bagi mencucinya :(

Tak apa. Aku redha ^_^

Thursday, July 19, 2012

Kerang dan Spaghetti: Kaho Naa Pyar Haiiii

Jam tepat menunjukkan pukul 5 petang. Bergegas keluar wanita itu pulang ke rumah. Tapi sebenarnya bukan terus pulang. Hajat di hati nak menyinggah ke pasaraya berhampiran. Demi mencari kerang.

Memandu sambil terbayang-bayangkan kerang di mata, alangkah kecewanya bila kerang yang dicari tiada di situ....licin! Hampa hatinya. Terfikir kalaulah suaminya ada, tentu pencarian diteruskan lagi ke pasaraya yang lain. Tapi apakan daya, menjadi ibu tinggal ni bukan kerang itu sahaja yang menjadi fokus. Anak-anak perlu diambil tepat pada masanya. Jika tidak,

"Kenapa mama lambat ambik kakak hari ni?"

Dan tak kan lah wanita itu nak jawab sebab mencari kerang...ye tak? Tak semena-mena, wanita itu mengambil daging cincang. Teringatkan masih ada sisa spagheti di rumah dan juga tomato puri yang masih berbaki. Dibeli juga cendawan butang setin.

Eh...dah lah! Penat nak buat ayat novel ni.

Ceritanya semalam tak dapat kerang, pastu ingat nak masak spaghetti...tetiba ada Hitrik Roshan plak kat TV2, tak jadi nak masak! Panaskan je mee goreng yang ada....pastu makan sambil tengok Kaho Naaa Pyarr Haii....

Tapi kan... tak kuasa lah nak tengok sampai abes. Tak ingat dah la ending citer tu cemana. Sonia dgn Raj ke? Rohit memang betul2 mati ke cemana?

Ohh lupaa... spaghetti tu aku masak pagi tadi ^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...