Monday, June 13, 2011

Yeehaaaaaaaaaa..I'm back!!!

Konpem ramai buat status atau entry gini kan...ahaks....nak nak lagi cikgu sekolah, tapi aku bukan cikgu...hanya lah pekerja swasta yang feeling feeling macam cikgu sekolah, amik cuti sampai seminggu...kih kih kih...Berangan! Habis dah cuti tahunan aku, ada lagi 2 hari...huhuuuuu

Banyaknyaaaaaaaaaaaa citer nak hapdet, tapi bizi gilosss...seminggu tinggal opis beb... Entry aku dah bersusun dalam kepala nih, tunggu nak menaip je...

Tungguuuuuuuuuuuuuu

Wednesday, June 8, 2011

Buat jambatan sambil ber facebook!

Canggih kau! Korang penah tengok tak? Pengguna jalanraya pasir puteh ke besut, kalau korang lalu kt bridge yang masih dalam pembinaan kat area kg golok tu, cer jeling apa ada kat laptop kat atas meja tgh2 jambatan tu.

Online facebook kau! Kellass gitu...pasal tu la dah berbulan jambatan tak siap2 agaknya. Mula tu aku heran, pesal apa nak kena ada laptop kat situ. Buat jambatan guna laptop ke?

Pastu bapak aku kata dorang nak timbang hapa tah. So, ada la nak cek wateva kat lappy tu. Aku percaya je la bulat2. 2-3 kali aku lalu dari semalam lg, memang manjang ada orang dok ngadap lappy tu. Jambatan x de plak orang dok buat.

Sekali aku lalu waktu malam (tadi), dapatlah jeling apa ada kat laptop tu kan.

Sah, berfesbuk!

Nora Elena: Sekadar fantasi

Jam 7 yang melalaikan, kan? Tapi nak wat camne...memang dah melekat...hihi. Berhantu sungguh la drama ni.

Sebenarnya x timbul soal wujud ke tak lelaki macam seth tan ni. Sah2 dah citer novel. Bersepah lagi novel2 lain yang cerita cintanya lagi tak logik, tapi tak de pun orang kesah kan? Sebab selama ni orang2 yang kaki novel je yang berada di alam fantasi.

Tapi bila cerita ni dibuat drama, secara tak langsung orang yang tak suka berfantasi pun terlayan sama lah kan. Yang boleh terima tu ok lah. Tapi yang tak boleh terima tu, sapa suruh kau tengok? Haha...

Tuesday, June 7, 2011

Syok JJCM di kelantan!

Day 2 kat kelantan. 2 menu already checked. Malam semalam, the best nasi air kat dataran peladang kuala krai. Kat kelantan ni memang senang sangat nak makan2 dgn budak kecik. Rata2 ada jual menu nasi air. Memang x susah nak cari.

Malam ni pulak, menu megi ketam kat depan simpang rumah nenek ni. Kg cherang ruku, semerak. Megi dgn 2 ekor ketam nipah yg gemuk2 hanya RM10! Memang berbaloi2. Nanti aku hapdet gambar ketam2 yang menggiurkan tu demgan link blog restoran megi ketam tu. Kellas kau, ada blog jugak! Hehe...

Next in list:
Colek ayam, ikan sotong udang celup tepung...yummy!

Saturday, June 4, 2011

Merentasi tiga negeri

Assalamualaikum semua... Kalau ikutkan perancangan, pada waktu saat dan ketika ini, aku tengah bersiap-siap berangkat pulang ke rumah bonda tercinta di Kuala Lipis, Pahang. 

"Ada orang Lepeh dak kat sini? Jemput le ke rumah keh ye...Aok nak datang aok kabor dulu... Mana tau aok ke bandor, lalu depan skoloh Wan Ibrahim tu, aok singgoh le umoh keh ni" :)

Tau berapa lama aku ambik cuti??? 5 hari setengah kau! Haha....giler lama kannnn... Siap dapat warning dari bos, saya tak kira...kalau masa raya nanti u dah tak de balance cuti, u raya sekejap je, habis PH- u kena balik kerja...uwaaaaaaaaaaaaa...kejam!!!

Tapi aku tak peduli. Janji aku dapat nikmati cuti sekolah *feeling ala-ala cikgu plak* Eh, tak la..yang sebenarnya aku bercuti panjang ni sebab nak balik ke kampung nun di Kelantan tu... dan kebetulan turn raya tahun ni kat Nismilan, maka kitorang buat keputusan tak balik Kelantan time raya...So, haruslah balik time cuti sekolah ni, memenuhi undangan kenduri kendara di sana sini kan....

Ada lagiiiiiiiiiiii..... 

Selain Pahang dan Kelantan, Terengganu pon terlibat sama...kih kih kih...Ni lah pekdahnya kampung halaman atas sempadan kan. Walaupon Besut tu bersebelahan je, tapi tetap dikira negeri Terengganu dah...hihii

Korang pernah lalu kat Bukit di Semerak, Pasir Puteh yang ada ayat suci Quran tergantung tu??? Kat depan tu lah kampung tempat aku dilahirkan (bukan dibesarkan). 

Ok, stop. Sebenarnya nak citer, sebelum balik Kelantan, kitorang nak naik Cameron Highland jap. Ikut Sg Koyan, hala balik turun kut Lojing, Gua Musang. Maybe hari Isnin kot aku ke sana..

Dengan ini, selama seminggu lah blog bercuti. Sebab malas nak bawak balik lappy, unless rumah2 sedara mara yang aku singgah nanti ada PC dengan internet sekali....ahahaha..ataupon aku rajin nak update tru henpon...

Selamat Bercuti!

*Post ni adalah auto publish ye....andai kata ada apa-apa terjadi kat aku, at least tak le orang ingat...eh, hantu wani ke yang hapdet ni....hihiiii*

Assalamualaikum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...