Monday, May 13, 2013

Jalan-Jalan Kenyangkan Perut: Ozarah Cafe, Jln Tok Hakim


Amacam intro snowy ice? Cukup menggoda ke tidakk? hahaa.. makin dikata sakit mental aku tengok makin rancak orang dok post gambar makanan ni kan... So, let's follow aku... jalan-jalan kenyangkan perut. Entry ini bertujuan membantu anda2 yang nak melancong di Kota Bharu. Kalau dah cuba segala jenis makanan tradisi yang ada, moh la kita meng'western'kan selera pulak.


Cafe ni namanya Ozarah. Terletak di Jalan Tok Hakim atau berdekatan taman hijau kata orang. Dalam bandar KB ye ni uolss... Kalau nak google.. search jln tok hakim. 


Oke, as per pic. Operation hours adalah seperti yang tertera ye. Menariknya tempat ni ada wifi...yeay! Haha... aku adalah kedekut nak subscribe data plan kat phone maxis ni. Tension beb... kat rumah tak de line. So, kat rumah guna line Digi...tp phone cabuk je kejap2 abes bateri. Memang takleh harap.


And I guess - Snowy ice ni adalah killer menu Ozarah Cafe. Sumpah sedap giler! ice dia lembutt sangat.. err...boleh ke cakap ice lembut? ahahahaa


Yang ni Chicken Chop in blackpepper sauce - suami punya. RM 12.90
Aku rasa sikit je..kuahnya not bad. Cuma dihidangkan dengan telur tu macam pelik sket kan. Mujur anak2 suka giler makan telur..


Dan yang ni Chicken Chop in creamy oregano sauce - it's mine! RM 13.90.
Overallnya, sauce dia menepati citarasa tekak aku. tekak org lain wallahualam.


See... Snowy ice yang menggiurkan seperti kata aku...ini adalah killer menu nya.


Garlic bread + Mushroom soup untuk anak-anak. RM 5.90 
Sup yang pekat! marvellous.


Ok now, untuk anda yg nak tahu harga dan menunya... check it out!







TAMAT





Wednesday, May 8, 2013

Hotel berhantu... Pernah alami?

Selepas hampir 4 bulan terperuk di bumi Kota Bharu, langsung tak bergerak ke mana dek kekangan cuti yang dibekukan... Aku bercadang nak ke Sungai Petani untuk ke wedding member. Rancangan asalnya nak gamble pergi weekend je.. means on monday aku dah kembali bertugas.

Tapi alhamdulillah, di saat2 aku surf hotel sana sini... dapat pulak cuti utk week commencing 25th may nanti. So, apa lagi panjang langkah la weii.... terus bercadang nak ke Penang dan juga Langkawi..

Ke Penang sebab teruja dengan pengalaman bercuti blogger Wahida. Tapi still nak ke Langkawi jugak sebab alang2 dah ke utara kan... Kita balun semua...ahaha. Tengah sibuk surfing nak booking hotel, aku tertarik dengan kg Tok Senik Resort. Sayangnya sebab tak ada kad kredit, so aku tak dapat la rate yang ditawarkan i.e RM 150 semalam. kalau by phone booking - RM 180 per nite.

Disebabkan perbezaan ni aku termenung jap. Fikir habis2an ni nak buat pilihan. Tapi dh 90-10% lebih kepada sanggup utk RM 180 tu. Tetiba mari idea nak review komen orang yg pernah menginap kat sana kan...


haa...amik kaww... terjumpa la kisah misterinya. Memula kuat lagi semangat nakkk jugak. tapi bila fikir2 balik...hurmmm....dengan anak2 kecik, so tak mo lah amik risiko. memang la banyak rumah kat resort tu. tapi buatnya aku yang terkena rumah yg sama, tak ke naya namanya, kan?

Korang pernah ke ada pengalaman pelik2 kat hotel ni?

Monday, May 6, 2013

Deactivate Facebook. Kenapa?

Air laut pasang dan surut.

Ombak kadang-kadang tinggi, kadang-kadang langsung tak ada.

Cuaca cerah, adakalanya mendung.

Hujan rintik-rintik, adakalanya lebat.

Ribut adakalanya manja-manja, tapi selalunya mengganas taufan.


Itu lah sebenarnya yg mewarnai kehidupan kita. Setuju kan? Hati yang selalu disabarkan dengan iman, bila-bila masa sahaja boleh kalah dengan bisikan syaitan. Tambah-tambah lagi bila bersendirian. Syaitan bersorak riang sebab mudah nak menang.

Sebab tu lah dalam dunia ni kita diciptakan berpasangan. Hidup bermasyarakat. Supaya sentiasa ada yang membantu untuk berpesan-pesan andainya kita lalai. Ya. Adakalanya lalai yang hanya beberapa saat bisa membunuh. Membunuh nyawa yang tidak berdosa.

Ya Allah, jauhkan lah syaitan dari terus mendampingi hidupku. Dan anak-anakku.


Friday, May 3, 2013

Romantika De Amor : My Precious Iris (MyPI) by Suami Terchenta!


Opss...sorry, should be by Melur Jelita la kan..ahaha... saja kreditkan khas buat suami yg susah payah dapatkan novel ni pada hari pertama pelancarannya, setelah 3 kali menjejak Bilik Melaka. Oke, malas nak celoteh panjang kisah sadis nak dapatkan novel ni... let's review!

Bg yg tak tahu lagi.. Novel ni merupakan sambungan I Love you Stupid (ILUS). Kisah Iris, Firman Ebrahim, divas, mai tuan, Fatimah, Matt dll...

Jujur kuakui, mula2 belek ILUS - timbul rasa bosan dengan perangai divas Iris n the gang! But slowly rasa itu hilang bila Iris ke Kemboja.

Oke, done ILUS. Now MyPI.

Siri ke 2 ni sangat banyakkkkkk menyemarakkan perasaan kasih dan sayang suami isteri. Seriously said, kalau anda ada berantakan dengan suami, apakata sama2 duduk dan baca novel ini dengan penuh penghayatan... Aku yakin korang takkan rasa nak sia-siakan pasangan masing2 dengan membazir masa utk bertengkar sepanjang masa. Ada erti?

Dan langit tak selalunya cerah, realiti dalam alam rumahtangga. Perselisihan faham pastinya timbul. Tapi cara kita menangani dengan penuh kasih dan sayang, contohilah Firman.

Tak banyak aku boleh review novel ni sebab nak hormati divas lain yang belum membaca. Cuma part yg buatkan aku gelak2 sambil membaca di tengah malam:

"Siput babi konpius.. aku ni siput atau babi... sebab tu dia jalan lambat... jalan sambil berfikir!"

Opss... dan lagi PERINGATAN untuk divass:

AMALAN SUKA BACA LOMPAT2 ATAU BACA BAB ENDING DULU ADALAH DILARANG KERAS - nanti korang jugak yang meroyan tak faham jalan cerita!

Thursday, May 2, 2013

Masuk Kelas MakeUp. Bukan Perfect365 ye....


Oke let's start with tempekan gambar pelajar dan tok guru mekap besar2... ambik feel nak hapdet belog yg nak bersawang ni. Perangai yg kalo xde gambar rasa malas nak hapdet...haha! kenal kan cikgu sayaaaaa...

Leuniey Natasha.

tak kenal? Oke takpelah...sob...sob....

Mula-mula aku terjah kelas mekap ni sorang2...tp balik dapat kenal ramai kawan2. Ni la yg aku cari... bukan nak belajar sgt, sebenarnya lebih kepada nak bersosial... nak kenal orang... Maklumlah dh setahun lebih menetap kat sini tapi masih kurang kawan :(

Partner kat sebelah ni bakal guru. Budak Raub. tapi belajar di KB. Cantik kulitnya. Aku pesan kat dia dah pas ni nak nikah tak payah bazir bayar ratus2 utk mekap. Buat sendiri je dah cantik sangat aku tengok hasil sentuhannya.


SEBELUM


SELEPAS

Ada beza kan? Bukan guna apps Perfect365.

Lepas join kelas baru aku tau apa guna berus2 mekap ni. Dah satu kerja plak skang ni tergila2kan beli berus...hahaa


Yang ni berus untuk blusher :)


Dan ini solekan utk siang hari....simple


Yang kat bawah ni pulak solekan untuk malam.



oke, now dah tahu teknik2 nak kekalkan mekap. best jugak gi kelas ni. At least kalau ada event biasa2 je, tak payah la gi tadah muka kat jurusolek...conteng sendiri ponnn boleh :)

Last but not least, with cikgu yg cantik jelita.... dan kawan2 baru...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...