Monday, April 4, 2011

Laksa Motor

Korang pernah makan laksa motor tak? Maksud aku..bukan laksa berkuahkan motor. Tapi laksa yang orang jual atas motor. Kalau area shah alam ngan damansara ni aku rasa macam tokey yang sama je. 

Memang wallahhhhhhhhh... Semalam aku hantar adik kat Cova Square... Singgah la makan laksa tepi jalan. Ramai giler orang...kalau tengok kereta, dari golongan bawahan ke golongan atasan..sumer tak segan silu makan tepi jalan ni.

Dulu aku ada sorang kawan deejay. Bapak dia ni jutawan kat Penang. Sekarang pon dia deejay gak. Kat KLFM. Ada sekali tu aku ikut dia gi tengok wayang. Hala balik tu, dia tanya aku...aku rasa malu tak kalau makan tepi jalan...then aku jawab, tak lah..asal sedap..aku layann je...

Dan dan tu terus dia singgah...kitorang makan laksa tepi jalan. Dia cakap selama ni dia tanya kat kengkawan dia (aku rasa anak-anak orang kaya gak), tapi semua kata tak suka makan tepi jalan. Aku macam tak sangka, ingat kan semuaorang2 kaya ni pilih tempat kan. Tapi alhamdulillah..tak semua macam tu :)

Kalau korang?

Saturday, April 2, 2011

Sedih :( dan Gembira :)

Aku perasan, mood aku macam up side down je semenjak dua menjak ni...macam semalam aku happy bila mereka happy menerima hadiah dari aku.

Tambah happy bila balik dari kerja, aku dapat surat dari nuffnang...cek hasil berblogging selama 2 tahun...huhuu...lama tuu baru dapat rasa hasilnya.

Tengah malam semalam pulak aku bertukar jadi sedih yang teramat sedih...sebakk sungguh melihat harta-harta kesayangan aku dimamah anai-anai... Menitik air mata aku. Bukan senang aku nak beli buku-buku tu dulu. Ada yang mencecah ratusan ringgit.

Tau-tau je lah buku rujukan universiti, bukan murah-murah semuanya :(

Hanya 20% dari jumlah keseluruhan buku yang berjaya aku selamatkan... Selebihnya semua hancur..huhuuuu

Aku nak pindahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Friday, April 1, 2011

Hilang lagi :(

Dah nak masuk setahun kot...baru aku perasan...cincin tunang aku hilang :( Kes lupa letak mana... Tapi kenangan terakhir yang aku ingat, aku cabut cincin tu masa tengah menaip (should be kat office la kan) sebabnya masa tu jari aku gemuk sangat..masa tgh sarat preggy Aniq.

So, aku pon tanggalkan lah. Tapi entah mana aku letak...

2 tahun lepas, kerongsang emas gagal dikesan. Ni gara-gara aku dah ketagih pakai syria...tengok tudung bawal pon pandang sebelah mata je. Terus aku lupa yang mana tudung bawal terakhir yang aku pakai...sebab kerongsang tu je satu-satunya yang aku boleh pakai dengan tudung bawal. Aku ni ada alahan pada besi, so..emas je aku layan :)

Kalau mak aku tau, mesti dia sedih....sebab kerongsang tu dia yang belikan...bukannya murah... RM 300 tu...huhuuu

Tapi mak aku tak leh marah kalau aku hilangkan..sebab dia lagi suka buang barang emas ni... Cincin berlian dia dah 2 masuk tong sampah...wakakaka

Ni gara-gara rasa tak selesa nak siang ikan, dia bukak letak tepi sinki. Penyudahnya, termasuk dalam perut ikan...campak dalam tong sampah.

Penah sekali tu, sempat lah diselamatkan. Tu pon ngam2 orang angkut sampah sampai.. Menggeledah la tong sampah tu...busuk tolak tepi.







Hurm....mana aku nak cari ni.......... :(


Wang tunai ini dimiliki oleh...

Update laju-laju. Sorry la yep aku tak sempat nak print screen tunjuk bukti. Tapi kalau ada yang tak puas hati, sila kemukakan email ke deejaywani[at]gmail.com dan nyatakan sebab2 kenapa kau yang sepatutnya menang ok.

Untuk top commentator, aku buat manual counting je. Maka, RM 30 itu adalah milik Adzriel AB a.k.a kak liza...tahniah kak. Tenkiu gak sebab selalu memeriahkan blog saya ni :)

Untuk top referral link pulak, aku rasa ramai dah tau....pemenang nya ialah bakal pengantin baru, Ujang... Tenkiu dear, sebab tak lokek traffic ngan ahkak mu yang tersangat bizi ini sampai blog jarang hapdet semenjak dua menjak ni. Kalau dulu boleh kata 2-3 kali sehari update. Sekarang nak dapat 2-3 hari 1 entry pun macam payah.

Ok lah, Email korang punya Maybank acc number ok.

April Fool...Pemenang

MODE: STICKY POST

Kalau diikutkan hari ni genap sebulan kan.

Tapi aku perlukan masa untuk mengira yep. Pemenang top referral tu aku rasa macam dah tau sapa pemenangnya. Yang ni aku tutup hari ni.

Cuma nak kira top commentator je...  Aku bagi masa sampai 31 Mac. Kiranya aku kira lagi la komen2 yang korang tinggalkan sampai lah minggu depan.

April fool nanti aku umum hokeh. Dan terus bagi hadiah. Amacam? Ok tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...