Air laut pasang dan surut.
Ombak kadang-kadang tinggi, kadang-kadang langsung tak ada.
Cuaca cerah, adakalanya mendung.
Hujan rintik-rintik, adakalanya lebat.
Ribut adakalanya manja-manja, tapi selalunya mengganas taufan.
Itu lah sebenarnya yg mewarnai kehidupan kita. Setuju kan? Hati yang selalu disabarkan dengan iman, bila-bila masa sahaja boleh kalah dengan bisikan syaitan. Tambah-tambah lagi bila bersendirian. Syaitan bersorak riang sebab mudah nak menang.
Sebab tu lah dalam dunia ni kita diciptakan berpasangan. Hidup bermasyarakat. Supaya sentiasa ada yang membantu untuk berpesan-pesan andainya kita lalai. Ya. Adakalanya lalai yang hanya beberapa saat bisa membunuh. Membunuh nyawa yang tidak berdosa.
Ya Allah, jauhkan lah syaitan dari terus mendampingi hidupku. Dan anak-anakku.
Monday, May 6, 2013
Deactivate Facebook. Kenapa?
Friday, May 3, 2013
Romantika De Amor : My Precious Iris (MyPI) by Suami Terchenta!
Opss...sorry, should be by Melur Jelita la kan..ahaha... saja kreditkan khas buat suami yg susah payah dapatkan novel ni pada hari pertama pelancarannya, setelah 3 kali menjejak Bilik Melaka. Oke, malas nak celoteh panjang kisah sadis nak dapatkan novel ni... let's review!
Bg yg tak tahu lagi.. Novel ni merupakan sambungan I Love you Stupid (ILUS). Kisah Iris, Firman Ebrahim, divas, mai tuan, Fatimah, Matt dll...
Jujur kuakui, mula2 belek ILUS - timbul rasa bosan dengan perangai divas Iris n the gang! But slowly rasa itu hilang bila Iris ke Kemboja.
Oke, done ILUS. Now MyPI.
Siri ke 2 ni sangat banyakkkkkk menyemarakkan perasaan kasih dan sayang suami isteri. Seriously said, kalau anda ada berantakan dengan suami, apakata sama2 duduk dan baca novel ini dengan penuh penghayatan... Aku yakin korang takkan rasa nak sia-siakan pasangan masing2 dengan membazir masa utk bertengkar sepanjang masa. Ada erti?
Dan langit tak selalunya cerah, realiti dalam alam rumahtangga. Perselisihan faham pastinya timbul. Tapi cara kita menangani dengan penuh kasih dan sayang, contohilah Firman.
Tak banyak aku boleh review novel ni sebab nak hormati divas lain yang belum membaca. Cuma part yg buatkan aku gelak2 sambil membaca di tengah malam:
"Siput babi konpius.. aku ni siput atau babi... sebab tu dia jalan lambat... jalan sambil berfikir!"
Opss... dan lagi PERINGATAN untuk divass:
AMALAN SUKA BACA LOMPAT2 ATAU BACA BAB ENDING DULU ADALAH DILARANG KERAS - nanti korang jugak yang meroyan tak faham jalan cerita!
Thursday, May 2, 2013
Masuk Kelas MakeUp. Bukan Perfect365 ye....
Oke let's start with tempekan gambar pelajar dan tok guru mekap besar2... ambik feel nak hapdet belog yg nak bersawang ni. Perangai yg kalo xde gambar rasa malas nak hapdet...haha! kenal kan cikgu sayaaaaa...
Leuniey Natasha.
tak kenal? Oke takpelah...sob...sob....
Mula-mula aku terjah kelas mekap ni sorang2...tp balik dapat kenal ramai kawan2. Ni la yg aku cari... bukan nak belajar sgt, sebenarnya lebih kepada nak bersosial... nak kenal orang... Maklumlah dh setahun lebih menetap kat sini tapi masih kurang kawan :(
Partner kat sebelah ni bakal guru. Budak Raub. tapi belajar di KB. Cantik kulitnya. Aku pesan kat dia dah pas ni nak nikah tak payah bazir bayar ratus2 utk mekap. Buat sendiri je dah cantik sangat aku tengok hasil sentuhannya.
SEBELUM
SELEPAS
Ada beza kan? Bukan guna apps Perfect365.
Lepas join kelas baru aku tau apa guna berus2 mekap ni. Dah satu kerja plak skang ni tergila2kan beli berus...hahaa
Yang ni berus untuk blusher :)
Dan ini solekan utk siang hari....simple
Yang kat bawah ni pulak solekan untuk malam.
oke, now dah tahu teknik2 nak kekalkan mekap. best jugak gi kelas ni. At least kalau ada event biasa2 je, tak payah la gi tadah muka kat jurusolek...conteng sendiri ponnn boleh :)
Last but not least, with cikgu yg cantik jelita.... dan kawan2 baru...
Tuesday, April 23, 2013
Fiesta Wedding Glam: Feeling2 Pengantin Yuuu ^_^
Whoaa... Zaman aku kawen dulu kann.. tak merasa pakai dress2 gojes camni haa.. Mampu tempah yg kosong pastu jaet manik sendiri je...kikiiii... Untuk event ni (yg banyakkkk giler dramanya), dress dan mekap disponsor by Wan G (gambar bawah). Dan aku bertindak sebagai pengacara karpet merah. Sebab tu baju tak ikut tema :)
So, kalau berminat nak dapatkan khidmat pereka yang base di Kota Bharu Kelantan ni boleh la contact Wan G. Search Glamoneg Couture di FB ye :)
Yang bawah ni bersama staff Giffarine - One of penaja utama Fiesta Wedding Glam
Staff Giffarine ...
Juru mekap yang bekerjasama dengan Wan G
Full dress :)
Bersama penyanyi tempatan, Mannan yang di 'rampas' dengan kejam mikrofonnya semasa menyanyiii....opsss! This is Kota Bharu :)
Last but not least, Leuniey Natasha pon ada, since dia pon terlibat dalam bridal ni kann...
THE END
Monday, April 22, 2013
PCB Resort, Kota Bharu: Kisah bulanmadu di hari ulangtahun perkahwinan
First of all - ni adalah entry yg sebulan lepas. Tak tahu lah kenapa peram je. Mungkin sebab bukan honeymoon jauh2 kot... hahahaa... Jarak tempat ni dgn rumah pon dlm setengah jam je.
Masa mula2 nak up entry ni, hati tengah membara2 lg nak marah. Sebab tu biarkan je upload gambar dulu without story/caption. Now dah cool down.. So all I can say - PCB Resort ni kira resort bajet je la. Dan sebab murah jugak (RM 150 semalaman) pihak pengurusan suka2 hati tutup pool sebelum tiba masanya.. Agaknya lahhh

Cuma tirai langsir ni je penyejuk hati. Ehem ehem....

Anak2 hanya dapat berendam dalam pool pagi keesokan harinya.






Pilihan untuk breakfast pulak hanya ada kuey teow goreng dan roti bakar je - So what do you expect dgn RM 150?

And luckily ada tab mandi dlm bilik... So frust nak ke pool pd petang hari tu kira dibayar balik dengan tab ni laa... Boleh gitu?


Cukuplah coretan untuk Anniversary yg ke-5 pada 15 Mac 2013 - Dah lamaaaaa giler kann ^_^
Cerita oleh
Ibu Muda 30series
pada
4:32 PM
7
maklum balas
Kategori:
Makan Angin Keluar Asap,
Review Hotel
Subscribe to:
Posts (Atom)






















