Monday, August 24, 2015

Resipi Tiram Air Asam

Tiram air asam #dapurshaz

Disebabkan tak puas makan yg kat kedai hari tu... dan kebetulan terjumpa orang jual tiram di Pantai Tujuh, Tumpat maka belilah tiram mentah.

Balik rumah menung jap tak reti nak masak macamana. Husband cungkil2 nak bukak tiram fuhh mencabar jugak. Dapatlah sekilo je kot bukak..pastu surrender.

So masaklah yg sekilo tu dulu...

Puas google resipi..tak ada pilihan dan tak ada yg sama macam makan kat kedai. Godek sendiri aje lah ye.

Resipi mudah versi campak-campak je:

Isi tiram
1 btg serai diketuk
Air perahan asam limau yg mencukupi ~ kalau kt Kelantan ni byk jual jus limau dalam botol sebab orang Siam memang banyak guna dlm masakan
Hirisan bawang besar
Secubit belacan
Cili potong
Seasoning

Campak semua dalam periuk. Didihkan. Air jangan banyak sangat. Boleh juga rebus tiram dulu, dah mendidih baru masuk bahan2 lain.


5 comments:

  1. Salam Sayang...
    nieyl singgah pagi kat sini...

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. Kat sini takda org jual tiram. Tu yg kat sana popular megi tiram smua tu ye wanie?

    Buat sendiri lg berbaloi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sbb kawasan ni banyak tiram kot sis LM. Yg sy perasan dari last year lg... dan tak bermusim agaknya

      Delete
  3. Replies
    1. Sy masak yg simple2 je..kalau renyah malas nak buat...hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...