Kengkawan FB rata-rata dah penah nampak status aku yg ni kira-kira sebulan lepas kan:
"Tadi masa parking keta (garaj mengadap dapur jiran) ternampak la org tua tido kat kaki5 dapur umah je, anak menantu dia tutup tmpat tu dgn kanvas biru je. Then hujung pangkin tu dlm jarak 1 meter je kot ada reban ayam pulak. Selama ni dok tgok je pakcik tu jalan2 pg2 dan ptg2 nk ke kedai, tp dia guna jalan jauh (keluar masuk kot pntu dapur je) rupanya memang 'bilik' dia kat situ. Trgamak sungguh anak menantu dia buat cmtu :("
Dan banyak komen yg aku terima suh report... tapi masa tu aku fikir yang aku ni baru kan, tambah2 lagi duk kat sini sensorang dgn anak kecik. Kang apa-apa jadi kat aku, sapa plak nak tolong fikirkan?
Lepas tu, aku dah lama tak nampak pak cik tu keluar jenjalan.
Life makin sibuk dengan kerja, dengan anak-anak yang aku jaga sensorang... Cerita pak cik tu aku letak tepi seketika.
Tetiba, semalam join jiran2 bersidang.
Rupanya jiran (A) yg terdekat dengan jiran #@%^$^U ni memang dah lama tak bertegur sapa dengan dia kes kena tengking sebab dia ambil pemberian pakcik tu. Si A ni kata, pak cik tu baru je dibawak ke sini lepas kerajaan duk umum BR1M tu... Well, ada udang di sebalik batu la tu kan.
Asalnya aku ingat, si pompuan ni menantu dia...rupanya anak kandung! Masya Allah...Tergamak dia menengking2 dan maki2 bapak sendiri. Bila si A tu trdengar dari rumahnya, dia cepat2 pergi pulangkan semula pemberian pakcik tu.
Jiran A: (Suara tinggi sebab tau perempuan tu duk menyorok belakang pintu) Saya kesian kat pak cik. Tapi nasib la pak cik ni orang luar dengan saya. Kalau pakcik ni bapak saya, sekarang jugak saya 'kerjakan' perempuan tu.
PakCik: Tak pe lah nak, nasib pak cik dah ni. Tak payah layan sangat, gila tu (merujuk pada anak dia).
Dah lama tak nampak pakcik tu, rupa-rupanya kata si A, kaki dia bengkak...dah tak boleh jalan. Dan sejak tak nampak pakcik tu kuar jenjalan, kata si A kawasan pak cik tu duduk dah mula berbau. Dia syak yang pakcik tu berak/kencing kat situ jugak. Hopkos la si A tau sebab tempat dia parking keta tu setentang dengan dapur jiran $&^%(*& Jaraknya dalam semeter gitu je...
Sorang lagi jiran aku, si B...kira dah duk lama sikit dari aku la kan. Dia ni lagi best. Duk ingat tempat pakcik tu duduk tu merupakan tempat lepak siang2 je. Dia tak pernah terpk tu lah tempat pakcik tu tidur. Sebab si B ni tak penah kuar malam... so, tak pernah trserempak.
Maka...bila dah tau keadaan sebenar pakcik tu...kami dah bersepakat.
Sepakat apa? Tunggu je lah.
Fakta: Jiran %*&^)(*& dah duk lama kat situ. Si A dan B baru je duduk beberapa bulan sblom aku duduk. Sebab perumahan kitorang tu baru siap.
kesian sungguh pakcik tu wani eh...wani pakat la ngan jiran2 lain..buat la yg terbaik utk pakcik tu..kesian sangat dh tu..dah la sakit kaki..alahai...ya ALLAAAAAAAAAH...(tetiba naik sebak lak huhu...)
ReplyDeleteKesiannya. :(
ReplyDeletemmg patut dilapor segera wani. Kesian pakcik tu.
ReplyDeletekesiannya...tolong ambil tindakan yang sewajarnya...kesian pakcik tue..anak tak de hati perut langsung...
ReplyDeletekalau pun tak hormat sebagai bapa.. sebagai manusia dia takde rasa kemanusiaan ke? gila betul buat orang tua macam tu..
ReplyDeletereport jah..xpatut dia wat gitu ke ayah sendiri..huhu
ReplyDeleteMasyaAllah...tergamaknye anak buat mcm tu.jht sungguh.nth ape jd kt pakcik tu...hidup x lagi tu?ish sedihnye :-(
ReplyDeletekejamnye anak dia. T__T tak tau seksa akhirat nanti..masyaAllah tak ciuam bau syurga.
ReplyDeletesalam kenal to wani. =)
kesiannya pakcik tu...
ReplyDeletememang kurang ajar betul anak dia tu... memang elok report je! tak mengenang budi langsung..
ReplyDeletejgn lama sangat nak buat sambungan ye...
ReplyDeletetapi kan kesian kan kat pakcik tu...
sampai hati anaknya buat begitu kat bapak sendiri...
ReplyDeletewah...bagus kwn aku ni dah pndai join mesyuarat tgkap..hehehe..em..tak elok die wat macam tu...kalau tak nak bela...baik hantar je g umah org tua2..ade gak org jaga makan minum pakcik tu....takat nak kan BR1M tu tp mcm tu, tak berkat duit tu...
ReplyDeleteisk..isk..isk..sian kat pakcik tu..sanggup dia buat orang tua camtu..adeh!!!
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Ya Allah..kesian nye
ReplyDeletesebab dada acu terbayang kan keadaan pakcik tu :(
anak kandung buat ayah sendiri camtu? sgguh tak kenang budi.
ReplyDeletelaporkan kat badan kebajikan masyarakat...
ReplyDeletethen bila diinvestigate, we will know the truth..
sedeh pulak tgk keadaan macam ni. patut ambik tindakan ni kan? :)
ReplyDeletekejam bebeno le anaknya tu.
ReplyDeletejahatnyaaaaa anak diaaa!!! hishhh! geram laaa!
ReplyDeleteapepuntakboleh...terimalah balasan wahai si anak durhaka!
ReplyDeletekisah2 orang tua ni
ReplyDeletemmg menyedihkan ...tapi...
report pada pihak berwajib agar kehidupan pakcik tu lbh terurus & terjamin..kesiannya...
ReplyDeletehi salam kenal...sy pun rasa patut repot...kesian la kan..sampai hati dia buat mcm tu...agaknye mental kot?
ReplyDelete