Hampir empat tahun bekerja dengan bangsa bukan Melayu cukup mengajar aku bagaimana untuk menghormati masa sendiri dan juga masa orang lain. Walaupun waktu bekerja mula jam 9 pagi, tapi 8 pagi dah terpacak kat pintu opis (ni kalau suami hantar). Kalau drive sendiri pulak, aku akan pastikan sekurang2nya 10minit awal dah sampai opis. Supaya ada masa untuk bertenang-tenang dulu. Tak kalut. Tu aku cukup tak suka.
Jangan kerap kali jadikan kesesakan jalanraya sebagai alasan. Kita yang mengurus waktu, sekali-sekala tersasar tu biasalah. Tapi jangan jadikan amalan!
Jangan kerap kali jadikan kesesakan jalanraya sebagai alasan. Kita yang mengurus waktu, sekali-sekala tersasar tu biasalah. Tapi jangan jadikan amalan!
Tapi nampaknya bukan semua orang tahu uruskan waktu sendiri kan. Majlis diberitakan akan bermula jam 8 - 8.15 mlm untuk ketibaan tetamu, 8.15 utk VVIP. Tapi jam 9.30 mlm pun masih kelihatan lagi tetamu biasa menyelinap masuk ke dalam majlis tanpa ada perasaan bersalah mengganggu VVIP yg berucap di depan - yg sampai tepat pada waktunya. Eh, sapa VVIP ni?
Kadang aku tak faham sangat2, kenapa perlu LEWAT? kalau tanyakan setiap orang....pasti ada alasan sendiri... tapi kalau aku dah seLEWAT macamtu... lebih baik TAK HADIR dari mengganggu kelancaran majlis.
Tapi aku suka nasihat ayah ngah aku ni.
UNTUK BERJAYA, TEPATI MASA BUKAN PILIHAN TAPI KEMESTIAN
Dah cukup utk jelaskan segalanya...
*Nota Aku: Teringat disiplin Fasha Sandha di lokasi penggambaran, walaupun kontroversi peribadi sana sini, ternyata dia masih pelakon yg berkualiti dan berdedikasi sbb tau menghormati masa!
Kakcik dah terikut dengan suami yang sentiasa mahu mendahului masa bila berjanji... :)
ReplyDeletesetuju..! :)
ReplyDeleteBetul sangat...dan satu lagi jgn buat org tertunggu2 kalau dah janji kan..
ReplyDelete